Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Jumaat, 3 Februari 2012

BANTU MULA : CPR


Semua orang tahu CPR adalah satu cara bagi memulihkan pernafasan mangsa lemas. Namun ia bukan semudah melakukan hembusan mulut ke mulut atau menekan dada mangsa. Berapa ramaikah dalam kalangan kita yang benar-benar tahu teknik CPR yang betul?



CPR dengan menggunakan kaedah dan teknik yang betul berkemungkinan besar dapat menyelamatkan nyawa mangsa lemas. Ini kerana, bantuan paramedic selalunya tiba lewat dan dalam tempoh menunggu itu, orang yang berdekatan berkemungkinan dapat menyelamatkan mangsa. Peluang menyelamatkan mangsa lemas mungkin tidak tinggi tetapi sekurang-kurangnya kita perlu mencuba dan pastikan bantuan kecemasan tiba.



Lemas berlaku apabila salur pernafasan ke paru-paru terganggu iaitu paru-paru tidak dapat membekalkan oksigen kepada jantung yang berfungsi menyalurkannya melalui darah ke seluruh tubuh. Keadaan lemas biasanya disebabkan oleh lemas dalam air, lemas terhidu asap, lemas terhidu gas beracun, lemas tercekik dan pelbagai lagi.


Cara bagi memulihkan jantung dan pernafasan apabila denyutan nadi dan nafas dapat dikesan adalah dengan melakukan CPR iaitu gabungan teknik hembusan mulut ke mulut dan tekanan di bahagian dada. Namun ada beberapa situasi yang memerlukan kita melakukan teknik hembusan mulut ke mulut sahaja jika nadi dapat dikesan tetapi tiada nafas. Jika nadi dan nafas mangsa dapat dikesan tetapi mangsa tidak sedarkan diri, tindakan kita ialah lakukan baringan pemulihan sahaja iaitu membaringkan mangsa di sisi badan (mengiring).




Aktiviti CPR boleh dihentikan apabila:


Muka mangsa bertukar daripada pucat kepada kemerahan yang bererti darah 
mula mengalir.

Mangsa memberi respon sama ada mencelik mata atau batuk.

Diri anda sendiri letih dan boleh memudaratkan kesihatan anda.

Bantuan paramedic tiba.

Keadaan tidak mengizinkan seperti lokasi tersebut tidak selamat dan berbahaya    
kepada diri anda.


Untuk peringatan anda:


Lakukan CPR iaitu tekan di bahagian luar dada sebanyak 30 kali dan kemudian   hembus nafas sebanyak dua kali dalam tempoh dua minit sebanyak lima pusingan jika nadi dan nafas mangsa tidak dapat dikesan.


Lakukan hembusan mulut ke mulut iaitu sebanyak 12 kali dalam seminit jika nadi 
dapat dikesan tetapi tidak mengesan pernafasan mangsa.


Lakukan baringan pemulihan iaitu mangsa dibaringkan ke sisinya jika nadi dan 
nafas mangsa dapat dikesan tetapi belum sedarkan diri.





Jika mangsa ialah bayi iaitu sehingga usia 12 bulan, hanya dua jari digunakan 
untuk teknik tekanan di luar dada dan sedalam dua inci sahaja.


Jika usia kanak-kanan mencapai 1-9 tahun, sebelah tangan sahaja digunakan 
untuk teknik tekanan di luar dada.


Kedua-dua belah tangan digunakan bagi teknik tekanan luar dada orang 
dewasa sedalam 4-5cm.

Bantuan pernafasan untuk bayi ialah dengan menekup mulut dan hidung bayi itu 
dengan mulut kita lalu hembuskan nafas kerana saiz mereka yang kecil.

Jika mangsa muntah, tidak semestinya dia telah sedar.

Jika mangsa berdarah, hentikan pendarahan itu dahulu dan baru beri bantuan   
CPR.


Jika tulang rusuk mangsa patah atau perut penuh dengan air, tetap teruskan 
prosedur bantuan CPR.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...