Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 20 Oktober 2014

Kecerdasan Pelbagai: Implikasi Kecerdasan Pelbagai Kepada Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah


Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah serta galakkan komunikasi dan interaksi antara pelajar. Selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah. Mengurus murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual tugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti  pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan secara teratur mengikut rancangan. Pengurusan bilik darjah juga melibatkan penyediaan persekitaran sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik.

Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik atau kelas merupakan satu keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas, murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik atau kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri atau keperluan mengikut teori-teori kecerdasan pelbagai (TKP) perlu diambil kira.

Suasana Dan Iklim Bilik Darjah
Keberkesanan  pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Sebagai pengurus bilik darjah keperluan jelas membuktikan bahawa guru memainkan peranan penting sebagai pengurus bilik darjah kerana ini merupakan titik permulaan untuk guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam suasana bilik darjah yang kondusif dan mengenalpasti kekuatan guru sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. Di mana guru akan lebih berkeyakinan dan bersedia untuk membantu murid meningkatkan lagi kecerdasan mereka dalam menjana idea baru dan membina aktiviti pembelajaran yang merangkumi teori kecerdasan pelbagai.
Selain daripada itu, keadaan fizikal bilik darjah juga boleh diubahsuai untuk menyesuaikan persekitaran dengan keceradasan pelbagai murid. Berikut adalah beberapa fokus yang boleh digunakan di antaranya:
  • Stesen kecerdasan
  • Perhiasan bilik darjah
  • Lawatan luar
  • Sumber bilik darjah
Persekitaran bilik darjah yang berasaskan teori kecerdasan pelbagai ialah:
  • Gunakan sumber yang sedia ada
  • Pembelajaran tidak perlu tinggi atau banyak
  • Berkongsi guru dan bilik darjah.
  • Guru tidak perlu menyediakan semua bahan bersendirian
  • Benarkan murid menghasilkan bahan yang diterapkan melalui pengajaran dan pembelajaran
Oleh itu, nyatalah bagi kita bahawa pelbagai faktor telah mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Guru sebagai pengurus dalam bilik darjah haruslah bijak melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.selain daripada itu beberapa faktor boleh dikelaskan dalam pembentukan sesebuah bilik darjah. Faktor-faktor tersebut ialah faktor fizikal, kemanusiaan dan teknikal. Penumpuan di sini kami khususkan pada pembentuk sebuah bilik darjah kelas pendidikan pemulihan khas.

Faktor fizikal
Sistem persekolahan yang lama tidak dapat menumpukan perhatian terhadap persekitaran fizikal dan dan hubungan guru dengan murid serta hubungan antara murid dengan murid. Pakar-pakar pendidikan telah menjalankan berbagai-bagai penyelidikan dan merumuskan bahawa suasana fizikal yang baik akan menjamin kelicinan dan kecerdasan pengajaran dan pembelajaran.

Di antara faktor-faktor fizikal bilik darjah yang perlu dipertimbangkan ialah saiz bilik darjah, suasana am bilik darjah, peralatan, keadaan cahaya dan udara bilik darjah. Ini merupakan sebahagian daripada satu cara menggalakkan interaksi antara guru dengan murid serta murid dengan murid. Dengan kata lain, suasana sosial dan emosi akan bertambah sihat lagi. Penyusunan kerusi dan meja murid secara kumpulan dapat melaksanakan penggunaan kaedah pengajaran secara kumpulan dan individu. Di mana aktiviti-aktiviti pemulihan dan pengayaan lebih mudah di laksanakan. Bersama ini disertakan satu situasi contoh lakaran sebuah bilik darjah yang diluluskan  dalam RMK9 dan contoh cd pengurusan sebuah bilik darjah kelas pendidikan pemulihan khas mengikut teori kecerdasan pelbagai yang disertakan bersama dan faktor-faktor fizikal lain ialah:

A. Saiz Bilik Darjah
Saiz bilik darjah penting kerana ia menjamin keselesaan murid-murid di dalamnya, ukuran bilik darjah yang dianggap sesuai ialah 7 x 9 meter (3 bay). Walaubagaimanapun, guru perlu menggunakan budi bicaranya jika bilik darjah yang diperuntukkannnya lebih kecil daripada saiz yang sepatutunya.

B. Suasana Am Bilik Darjah
Suasana bilik darjah yang ceria atau yang dihiasi lebih menarik serta dapat menggalakkan proses pembelajaran. Ini merupakan satu lagi aspek yang penting. Guru perlu mendapat kerjasama daripada murid untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang menarik.

Oleh itu, bilik darjah boleh dihiasi dengan gambar-gambar yang berwarna warni, carta-carta, poster-poster, lukisan-lukisan hasil murid dan model satu objek konkrit yang lain. Papan kenyataan dan almari disediakan untuk mempamerkan hasil projek individu dan kumpulan supaya murid-murid dapat belajar daripada kawan-kawan. Papan pameran juga boleh digunakan untuk mempamerkan hasil kerja murid dapat juga memberikan perasaaan kejayaan serta pengakuan kepada mereka.

Di samping itu, pelbagai ruang pembelajaran yang bersesuaian dengan teori kecerdasan pelbagai dapat disediakan di dalam bilik darjah bagi mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif. (rujuk cd yang disertakan).

C. Peralatan
Peralatan yang terdapat di dalam bilik darjah terdiri daripada kerusi dan meja murid-murid, kerusi dan meja guru, papan kenyataan, rak-rak buku dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (sebagaimana yang diperuntukkan dalam RMK 9). Di dalam bilik darjah yang lain, meja dan kerusi disusun mengikut barisan dan kumpulan mengikut kesesuaian bilik darjah dan jumlah bilangan murid.

Selain daripada itu, saiz kerusi dan meja perlulah sesuai dengan ketinggian murid-murid. Ketinggian kerusi dan meja yang sesuai akan menjamin keselesaan murid-murid. Bagi kelas pendidikan pemulihan khas, bentuk meja segiempat  juga perlu diubah menjadi bentuk trapezium contohnya, kerana ia mudah dicantum untuk mewujudkan ruang kerja yang lebih besar atau seperti separuh bulatan dan sebagainya. 

Papan hitam dan papan pameran perlu dipasang selaras dengan penglihatan murid-murid untuk memudahkan mereka membaca bahan yang dipamerkan dan bahan-bahan yang dipamerkan juga perlu ditukar dari semasa ke semasa supaya dapat menarik minat murid. Maka dengan ini akan mendorong mereka untuk membaca segala apa yang dipamerkan. Bahan-bahan di papan pameran seharusnya tidak terlalu banyak kerana ini menyusahkan murid-murid membaca. Pelbagai alatan hendaklah disimpan dengan kemas dan tersusun, keadaan ini akan melicinkan pengajaran dan pembelajaran.

D. Keadaan Cahaya Dan Udara Bilik Darjah.
Sesebuah bilik darjah seharusnya mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi. Tingkap dan pintu seeloknya dibuka untuk membolehkan pengedaran udara yang secukupnya di dalam bilik darjah. Kekurangan udara akan menyebabkan keadaan bilik darjah yang panas dan murid-murid akan mengantuk serta gelisah. Situasi seperti ini mendorong timbulnya masalah-masalah disiplin.

Cahaya yang cukup juga penting bagi murid-murid. Bilik darjah yang gelap atau tidak cukup terang dan pengedaran udara yang kurang akan menjejaskan penglihatan murid-murid. Situasi tersebut juga boleh menyebabkan murid-murid cepat berasa letih dan mengantuk dan secara tidak langsung pengajaran dan pembelajaran tidak berjaya dilaksanakan.

E. Faktor Kemanusiaan
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak hanya bergantung pada bilik darjah yang selesa atau kaedah pengajaran yang efektif. Ia juga bergantung pada faktor kemanusiaan seperti personaliti guru, cara guru melayan pelajar-pelajar dan juga suasana sosiemosi yang wujud di dalam bilik darjah, diantaranya ialah:
1. Kasih Sayang
Guru perlu menyayangi kanak-kanak. Jika dia tidak berupaya belajar menyukai dan menyayangi mereka, maka dia tidak akan menjadi seorang guru yang baik. Kasih sayang berpunca daripada pengetahuan dan kefahaman tentang kanak-kanak. Mereka tidak akan dapat belajar, membesar dan berkembang dengan baik tanpa pemahaman dan kasih sayang daripada guru dan ibubapa.   

2. Keadilan
Selain kasih sayang dan pemahaman, guru hendaklah bersikap adil dan tidak pilih kasih. Semua murid di dalam kelas harus dilayan secara saksama.

3. Demokrasi
Guru hendaklah sentiasa mengamalkan demokrasi di dalam bilik darjah. Contohnya guru tidak melantik ketua darjah, tetapi meminta murid-murid lain untuk memilihnya. Selain daripada itu juga, guru sanggup mendengar dan menerima pendapat yang baik daripada murid-muridnya.

4. Bertimbangrasa
Guru yang bertimbangrasa dan bersopan-santun akan juga membentuk sikap murid-murid tersebut terhadap kawan-kawan mereka.

5. Kecindan
Guru yang baik juga patut menyelitkan unsur kecindan ke dalam pengajarannya. Guru yang pandai bergurau dari semasa ke semasa akan dapat menghilangkan rasa kebosanan  semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Guru tersebut hendaklah ketawa bersama-sama muridnya untuk menyatakan akan kelucuan atau jenaka yang telah dibuat. Di samping itu, guru janganlah menggunakan bahasa sindiran terhadap murid-muridnya. Ini akan menyebabkan murid-murid berasa rendah diri atau terhina.

Suasana bilik darjah yang tidak mempunyai unsur kecindan merupakan suatu tempat atau situasi yang membosankan dan tidak menarik. Sebaliknya,unsur kecindan dapat membantu perhubungan yang mesra antara guru dengan murid-muridnya. Ia juga menjadikan bilik darjah suatu tempat yang bahagia dan digemari  murid-murid. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Faktor Teknikal
Faktor ini meliputi beberapa perkara seperti kemahiran guru, komputer, projektor overhead, transparensi, slaid, pita rakaman dan sebagainya.

Kemahiran serta pengetahuan guru penting demi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu, selain pendidikan perguruan yang diterima di maktab mahupun universiti, guru hendaklah menghadiri seminar, forum dan bengkel dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kemahirannya. Alat Bantu mengajar seperti projektor overhead, pita rakaman dan slaid yang digunakan secara berkesan juga akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan serta menarik.

Di samping itu, segala aktiviti pengajaran adalah ditujukan untuk menghasilkan aktiviti pembelajaran yang berkesan. Dengan perkataan lain, objektif pengajaran utama ialah membawa hasil pembelajaran dengan membentuk perubahan tingkahlaku dari satu tahap rendah ke suatu tahap yang lebih tinggi.

Pengajaran tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia gagal mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Sesungguhnya, segala pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar adalah berlandaskan kepada segala teori dan ciri pembelajaran. Hal ini adalah memastikan bahawa segala usaha pengajaran akan menghasilkan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, kaedah dan teknik mengajar seperti kaedah perbincangan, kaedah demonstrasi serta strategi pembelajaran seperti strategi pemusatan murid dan bahan adalah berhubung rapat dengan keberkesanan mengurus aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

Organisasi sebuah bilik darjah mestilah mengandungi suatu ciri keistimewaan iaitu di samping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan, pula disediakan. Sehubungan ini, banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti sudut atau ruang matematik, ruang verbal linguistik, ruang nuteralis, ruang muzik, ruang visual-ruang, ruang kecerdasan kinestetik, ruang kecerdasan interpersonal dan intrapersonal. Berasaskan pada CD yang disertakan satu model pengurusan bilik darjah sebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas

Aktiviti-aktiviti yang biasanya dijalankan dalam sudut atau ruang pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan, perbincangan, bercerita dan aktiviti jual beli. Di samping itu, ruang-ruang  pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja daripada murid-murid di dalam kelas. 

Dalam kerja pengurusan sudut atau ruang pembelajaran, guru harus memastikan bahawa sudut atau ruang dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang bersesuaian dengan murid-murid dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang atau sudut pembelajaran dengan cara yang betul.

Di dalam bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah:-
  • Mengurus rutin bilik darjah.
  • Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi.
  • Mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah.
  • Mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih konusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.
  • Mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.
Oleh itu, setipa guru tidak dapat melarikan diri daripada kerja-kerja berbentuk rutin Rutin dalam bilik darjah juga boleh dikaitkan dengan pengurusan bilik darjah. Pengrusan bilik darjah yang berkesan ini sangat penting terutamanya untuk menjimatkan masa dan tenaga. Ia juga bertujuan memberikan peruntukkan yang lebih kepada pembelajaran. Menurut Asmah Hj. Ahmad (1989), rutin merupakan kerja biasa di bilik darjah. Kecekapan dalam kegiatan bilik darjah didapati melalui amalan-amalan harian.

Rutin merupakan satu cara tetap untuk menjalankan aktiviti bilik darjah. Penggunaan rutin dalam bilik darjah menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti seperti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan dan menyediakan bahan-bahan pengajaran, menyediakan berbagai-bagai rekod dan sebagainya.

Sesetengah tugas tersebut boleh dijalannkan oleh murid-murid. Antara tugas tersebut ialah membersihkan bilik darjah, membuka tingkap dan pintu, membersihkan papan hitam, mengedar dan mengutip  bahan-bahan pembelajaran, menyusun kerusi dan meja, menghias bilik darjah dan mengemaskini bahan-bahan pada papan kenyataan. Semua tugas ini harus dijalankan dan diselesaikan dengan penuh tanggungjawab. Tujuannya ialah untuk menimbulkan suasana tindakbalas yang sesuai, yakni guru-guru mengajar sementara murid-murid pula belajar.

Di antara faedah-faedah melaksannakan rutin dalam bilik darjah ialah:
  1. Segala aktiviti di bilik darjah dapat berjalan dengan lebih teratur. Proses pembelajaran tidak terganggu sementara proses pengajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan 
  2. Rutin menjimatkan masa dan tenaga guru dan murid-murid. Dengan adanya rutin, kerja-kerja memberi dan mengutip buku latihan, bahan dan alat ujikaji yang digunakan dapat dijalankan dengan lebih cepat. 
  3. Rutin dapat menolong mengelakkan kekecohan di bilik darjah. Murid-murid yang ditugaskan pada hari yang ditentukan akan menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual yang telah disediakan. 
  4. Peraturan bilik darjah membantu mengawal dan meningkat disiplin murid. Peraturan ini akan menolong mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah. 
  5. Dengan adanya rutin, kemalangan di dalam bilik darjah akan dapat dielakkan. 
  6. Murid-murid yang diberi tanggungjawab akan mendapat pengalaman bertugas yang seterusnya akan memberi peluang untuk mempelajari dan memperoleh kemahiran kepimpinan dan tanggungjawab. 
  7. Murid-murid akan mengambil bahagian menjalankan rutin secara aktif. 
  8. Rutin akan memberi perasaan selamat kepada murid-murid. 
  9. Rutin akan memberi peluang kepada murid-murid untuk bekerjasama; tolong-menolong, bertolak ansur, bertimbang rasa dan mengamalkan sikap-sikap sosial lain yang baik. Setiap kanak-kanak memberi sumbangan kepada kelas semasa menjalankan tugas masing-masing. 
  10. Rutin memberi peluang untuk memilih ketua dan ahli jawatankuasa untuk menjalankan sesuatu tugas. Murid-murid diberi kesempatan untuk mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi. 
  11. Rutin menolong murid mengamalkan pemindahan pembelajaran.
Pengurusan Rutin Dalam Bilik Darjah
Pengurusan rutin bilik darjah yang teratur bukan setakat mewujudkan iklim bilik darjah yang baik malahan menimbulkan suasana yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengurusan rutin ini, guru memainkan peranan yang penting; rutin bilik darjah perlu diterangkan kepada mrid-murid sejelas-jelasnya dan penerangan ini ada baiknya dibuat pada awal tahun atau awal semester persekolahan seperti kata Earl J. Montague (1987)
……Spend some time at the beginning of the year teaching student the classroom routines they will be usig the rest of the year.

Rutin bilik darjah mestilah jelas dan tidak mengelirukan murid-murid dan apabila telah ditetapkan maka ia  perlu diterangkan kepada murid supaya mereka tahu akan prosedur rutin tersebut dan melakukannya tanpa sebarang bantahan.

Joseph F. Callahan dan Leonard H. Clark (1988), pula berpendapat bahawa guru seharusnya menerangkan rutin yang hendak dijalankan dengan jelas supaya mereka tahu mengikut rutin yang ditetapkan. Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Joseph F. Callahan (1988), W.F. Cannell (1981), rutin bilik darjah boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:-
  1. Rutin bilik darjah yang dilakukan oleh guru
Rutin tersebut biasanya dilakukan oleh guru bersendirian. Ada pula rutin yang dianggap sulit, khasnya yang berkaitan dengan rekod peribadi murid-murid. Rutin-rutin berikut juga mesti dilakukan oleh guru-guru sendiri seperti mengutip yuran, mengambil kedatangan pelajar, memunggut buku latihan dan sebagainya,

  1. Rutin bilik darjah yang dilakukan oleh pelajar
Murid-murid dianggap sebagai pembantu guru untuk menjalankan rutin dalam bilik darjah. Aktiviti-aktiviti yang disarankan oleh guru ialah membersih dan mengemaskan bilik darjah, memunggut dan menghantar buku, menghias bilik darjah dan sebagainya. Rutin yang hendak dilakukan oleh murid-murid mestilah ditetapkan terlebih dahulu supaya ia dapat dijalankan tanpa menunggu arahan.

Cadangan-cadangan menjalankan rutin 

  1. Rutin mestilah teratur supaya ia dapat memberi pengalaman yang luas kepada murid-murid.
  2. Rutin yang diadakan harus menjimatkan tenaga dan masa murid-murid dan guru.
  3. Rutin yang paling sesuai haruslah dipilh dan diamalkan sehingga menjadi kebiasaan, sementara rutin yang baik hendaklah dikekalkan.
  4. Rutin yang baik sentiasa menggalakkan dan memperkembangkan insiatif murid-murid.
  5. Murid-murid harus digalakkan mengambil bahagian menjalankan kerja-kerja rutin seperti menjaga kebersihan kelas, tempat duduk, pergerakan murid-murid menyampaikan bahan-bahan lukisan, memberi dan mengutip buku-buku latihan. Dalam keadaan ini, semua murid seharusnya diberi peluang.
  6. Semakin besar sesebuah kelas, semakin diperlukan rutin-rutin yang efektif.
  7. Murid-murid harus memahami bagaimana sesuatu tugas dijalankan dan kelebihan yang diperoleh daripada sesuatu rutin yang digunakan.

Penyimpanan Rekod
Rekod-rekod murid-murid sememangnya penting dalam menyediakan, menganalisis dan menyimpan maklumat tentang seseorang murid. Berdasarkan rekod-rekod tersebut guru akan dapat membuat penilaian tentang prestasi murid terhadap mata pelajaran yang diajar.

Biasanya bagi guru pemulihan khas penyimpanan rekod ini boleh membantu guru mengetahui akan kelemahan dan kebolehan seseorang individu dan guru bertujuan untuk menolong seseorang individu mencapai kebajikan am, pendidikan dan kestabilan emosi yang maksimum terutama dari segi intelek, rohani, jasmani dan social.
 
Selain daripada itu, jika digunakan dengan cermat, rekod dan laporan ini akan dapat menolong guru mengajar mengikut perbezaan  individu dan tidak menggunakan kaedah secara kelas (pengajaran seluruh). Jadi seorang guru haruslah menyingkirkan tanggapan bahawa kerja menyimpan rekod adalah tugas yang remeh dan membuang masa. Sebaliknya, rekod dan laporan akan membantu guru mengajar dengan lebih berkesan lagi.

Rekod yang disimpan mestilah tepat, lengkap, sah dan senang dibaca. Selain itu, ia harus disiapkan dalam masa yang ditentukan. Dalam pendidikan moden, perkara yang dipentingkan ialah perbezaan individu di dalam kelas. Tujuan menyimpan rekod ialah untuk membekalkan keterangan (maklumat) yang tepat dan lengkap tentang perbezaan.

Rekod dapat menolong guru

  • menilai murid-murid secara jangka panjang
  • mengembangkan bakat dan minat murid-murid
  • memahami dan menyelesaikan masalah disiplin
  • menilai pengajarannya sendiri
  • membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan
  • menasihatkan murid-murid tentang gerak kerja luar
  • menyediakan dan memilih ujian-ujian yang sesuai
Penutup             
Berdasarkan pada penerangan di atas dan contoh sebuah model kelas dalam CD yang disertakan, dapatlah dinyatakan bahawa implikasi teori kecerdasan pelbagai guru sebagai pengurus bilik darjah memainkan peranan penting di dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara formal berlaku dan berlangsungnya proses pemindahan ilmu atau pelajaran daripada guru kepada murid.  Oleh itu bilik darjah merupakan medan pembinaan dan penerimaan ilmu yang paling penting bagi murid.  Jesteru sebahagian besar masa belajar berada di dalam bilik darjah semasa waktu persekolahan.  Pembinaan budaya ilmu dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan akan wujud apabila budaya serta suasana bilik darjah yang positif dapat dijelmakan kerana pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan memberangsangkan serta bermakna.

Sehubungan itu bilik darjah merupakan aspek utama yang harus diberi perhatian dengan mewujudkan ciri-ciri budaya kelas positif kearah memantapkan lagi pengisian konsep “Sekolahku Syurgaku” di kalangan murid.  Sekiranya pengurusan bilik darjah tidak cekap dan berkesan maka secara langsung  murid akan merasa jemu, tidak seronok atau tidak selesa untuk terus berada di bilik darjah bagi menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.  Kepimpinan guru yang efektif (kreatif, inovatif serta imaginatif) adalah penting dalam mewujudkan suasana yang mendorong kepada pengajaran dan pembelajaran berkesan lagi bermakna serta menyeronokkan bagi murid dalam suasana dan budaya yang sihat dan positif.   

Ganjaran yang diberikan untuk murid juga dapat mengubah tingkah laku dan menggalakkan minat serta keseronokkan murid untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran dan hadir ke sekolah.  Amalan Psikologi melalui pendekatan yang sesuai dengan tahap dan keadaan serta teknik memotivasikan dan membentuk geraklaku seperti penghargaan atau pujian dan lain-lain akan memberikan satu impak yang positif.

Jelas di sini bahawa penerimaan persekitaran bilik darjah yang sentiasa berkembang akan mempengaruhi perkembangan kognitif dan percambahan minda murid.  Ini menjadikan asas kepada corak pemikiran seperti pemikiran konsep, penyelasaian masalah dan kreativiti murid.  Kebanyakkan teori pembelajaran masa kini adalah berorentasikan kognitif  Teori Fenonilologi atau Humanistik pula membuat penekanan kepada sikap dan perasaan, kesempurnaan diri, kebebasan pembelajaran dan penjelasan nilai.  Selain daripada itu beberapa elemen penting yang mempengaruhi kewujudan bilik darjah, guru sebagai pengurus dan implikasi teori kecerdasan pelbagai terdiri daripada faktor fizikal, sosial emosi, moral guru atau murid, kepimpinan guru, teknologi serta suasana pengajaran dan pembelajaran.                  


Biblografi
  1. Ee Ah Meng, Psikologi Perkembangan Aplikasi Dalam Bilik Darjah Edisi Ke-2 ,Penerbit Fajar Bakti.
  2. Abdul Rahman Abd Rashid, 1999, Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah, Utusan Publicatioans & Distributors Sdn Bhd.
  3. Ee Ah Meng, Murid Dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2, Penerbit Fajar Bakti.
  4. Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI 1 (Komponen : Profesionalisme Keguruan), Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.
  5. Ee Ah Meng, Pedagogi IV Edisi Ke-2, Penerbit Fajar Bakti.
  6. Ee Ah Meng, Ilmu Pendidikan Pengetahuan Dan Ketrampilan Kehtiasan (Semester 2), Penerbit Fajar Bakti.
  7. JPNJ, Penyemai Kreativiti Guru Bestari1 (Koleksi Guru Johor) Edisi Ke-2, Terbitan Khas Sempena Hari Guru Negeri Johor.
  8. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran, KPM.

Teori Kecerdasan Pelbagai


Pengenalan

Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple  Intelligences )  telah  diasaskan  oleh  Howard  Gardner (1983) seorang  profesor  dalam bidang  pendidikan  di Harvard  Universiti. Menurut Gardner  kaedah  lama untuk  mengukur  tahap  kecerdasan  manusia, iaitu  berdasarkan  ujian  IQ  adalah  terlalu  terhad. Manakala  mengikut   pandangan  tradisional  pula,  kecerdasan  seseorang  telah  ditetapkan  semasa  ia  dilahirkan  dan  ia  hanya  meliputi  tiga  bidang  iaitu   bidang  bahasa,  matematik  dan  visual/spatial.

Justeru, Dr. Howard  Gardner  yang  telah  membuat  kajian  mengenai  teori  kognitif telah  mengemukakan  teori  kecerdasan  pelbagai  sebagai  satu  cara  untuk  mengukur  potensi  kecerdasan  manusia  sama ada  kanak-kanak  atau  orang  dewasa. Teori  ini menyatakan bahawa manusia mempunyai sekuran-kurangnya lapan kecerdasan(intelligences)  dan  merangkumi  pelbagai  kebolehan, keupayaan, bakat  atau  kemahiran  yang  wujud  secara  semulajadi.
  
Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung. Seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Sesuatu  kecerdasan  boleh  dimanifestasikan  dalam  pelbagai  bentuk  dan  cara.  Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, galakan,  pengalaman dan persekitaran.

Oleh  itu  Teori  Kecerdasan  Pelbagai  ini  bukan  sahaja  memperluaskan  keluarga  kecerdasan  setiap  individu, malah  telah  menjana  definisi  dan  konsep kecerdasan  yang  relevan  dalam  pendidikan  hari  ini.


Definisi  Teori  Kecerdasan  Pelbagai

Dalam  konteks  Teori  Kecerdasan  Pelbagai  ini  Howard  Gardner  telah  mendefinisikan  kecerdasan  seperti  berikut;

“  An intelligences entails the ability to solve problems or fashion product that are of consequence in a particular cultural setting. The problem-solving skill allows one approach a situation in which a goal is to be obtained and to locate the appropriate route to that goal. The creation of a cultural project is crucial to capturing transmitting knowledge or expressing one's view or feelings. The problems to be solved range from creating and end to a story to anticipating a mating move in chess to repairing a quilt. Products range from scientific theories to musical composition to successful political campaigns.”

                                                                                       (David G. Lazear, 1991: xi )

David G. Lazear telah mempermudahkan Teori Pelbagai Kecerdasan dengan meperkenalkannya sebagai “Seven Ways of Knowing”. Beliau juga memperkembangkan teori itu sebagai “Seven Ways of Teaching” dan seterusnya sebagai “Seven Pathways of Learning”.

Thomas Armstrong memberi tumpuan kepada jenis kecerdasan pelbagai berdasarkan inventori linguistik, logik-matematik, ruang, kinestetik-badan, muzik, interpersonal. Armstrong juga kreatif menyesuaikan istilah kecerdasan pelbagai sebagai “Armstrong’s Multiple Intelligences Pizza” iaitu pizza kata, logik, gambar, badan, muzik, orang dan diri.

Elaine Winter pula menggunakan asas Teori Kecerdasan Pelbagai dalam konteks gaya atau cara pembelajaran dengan memberikan tumpuan kepada indera bermain seperti bermain dengan kata, bermain dengan soalan atau perkaitan, bermain dengan gambar, bermain dengan muzik, bermain dengan pergerakan, bermain dengan kegiatan sosial, dan bermain sendirian.

Berdasarkan  definisi  yang  telah  dikemukakan  oleh  beberapa  tokoh  maka Linda  Campbell, Bruce  Campbell  dan  Dee  Dickinson  dapat   merumuskan  bahawa  teori  kecerdasan  pelbagai  ini  merujuk  kepada  kebolehan  menyelesaikan  masalah  yang  dihadapi dalam  kehidupan,  menghasilkan  keluaran  atau  perkhidmatan  yang  bernilai  dalam  lingkungan  sesuatu  budaya  dan  potensi  mencari  atau  mencipta  masalah  yang  membolehkan  individu  memperolehi  pengetahuan  baru.


JENIS-JENIS KECERDASAN

Jenis Kecerdasan
Penerangan

Kecerdasan  Muzik
Berkebolehan mengesan dan menikmati irama  dan  lagu, membuat persembahan atau mencipta karya seni muzik dan peka kepada pitch, ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaran.
KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.
CONTOH: Adnan Abu Hassan, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti Nurhaliza,


Kecerdasan
Logik-Matematik
Berupaya menggunakan angka secara berkesan dan  bijak  berhujah, menaakul secara deduktif atau induktif.  Mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak.  Memhami  prinsip  sebab  akibat  serta  kebolehan  menjangka.
KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan
CONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton


Kecerdasan
Interpersonal
Boleh memahami orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi, tabiat  hasrat   dan  dapat berkerjasama dengan orang lain secara berkesan. Berupaya memahami emosi, matlamat, tujuan, kekuatan dan kelemahan secara kendiri
KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
CONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj.
Nawawi


Kecerdasan
Naturalis
Peka dan  berkebolehan tentang  pola, corak persekitaran dan alam semula jadi ( flora  dan  fauna ), serta mampu menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara terperinci. Ia  juga  bekebolehan  untuk  mengenali  artifak  budaya  dari  segi  pakaian  dan  makanan.
KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar  ,Geologist
CONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin

Kecerdasan  Kinestetik
Berkemampuan mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan idea, meluahkan perasaan dan  menyelesaikan  masalah, termasuklah kemahiran  fizikal seperti koordinasi, keanjalan dan menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu.
KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.
CONTOH: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Jackie Chan


Kecerdasan
Visual- Ruang
Boleh mengesan dan menggambar bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang digubah secara mental.
KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.
CONTOH: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci

Kecerdasan
Verbal-Linguistik 
Kebolehan menggunakan kata-kata  secara  berkesan  dalam lisan dan penulisan termasuklah  keblehan  mengingat  maklumat, meyakini  orang  lain, serta  bercakap  tentang  bahasa  itu  sendiri.
KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah.
CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William  Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle


Kecerdasan
Intrapersonal
Boleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri. Dapat  membantu  individu menangani  perasaan, beradap  sopan serta  mengawal  kemarahan  atau  kesedihan  diri.
KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi
CONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget



Definisi  Guru  Penyayang

Menurut  Kamus  Dewan edisi  keempat, terbitan  DBP  pada  tahun  2005  penyayang membawa  maksud  orang  yang  kasih  akan  yang  lain, pencinta, bersifat  belas  kasihan. Oleh  itu  berlandaskan  pengertian  ini,  guru  penyayang dapatlah  didefinisikan  sebagai   guru  yang  mempunyai   sifat  yang  pengasih  dan amat  menyayangi  serta  memahami  murid-muridnya.

Tugas  seorang  guru  bukan  terhad  kepada  menyampaikan  ilmu  sahaja  malah  ia  turut  menggalas  pelbagai  peranan  seperti   peranan sebagai  pendidik, pengajar , pembimbing, mentor, fasilitator  malah  juga  sebagai  guru  penyayang.  Justeru, sebagai  guru  penyayang selaras  dengan  kehendak  teori  kecerdasan  pelbagai perlulah  mempunyai  ciri-ciri  seperti  bersikap  ikhlas  dan  mempunyai  empati  yang  tinggi, memahami  kehendak  dan keperluan  murid  dari  segi  jasmani, emosi, rohani dan  intelek, sentiasa memberi  peluang  dan  ruang  kepada  murid, bertanggungjawab dan  perihatin  serta  mampu  menangani  masalah  murid  samada  dari  segi  pengurusan  tingkah  laku  mahu  pun  masalah  pengajaran  dan  pengajaran.

Mengapa  Teori  Kecerdasan  Pelbagai  perlu  diaplikasikan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran

Terdapat beberapa faktor yang  menyebabkan Teori Kecerdasan Pelbagai perlu  diaplikasikan  dalam pengajaran dan pembelajaran:
  • Menyokong  pembelajaran    bersepadu  yang  menyeluruh  selaras  dengan  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  dan  keperluan  murid
  • Menerima  persamaan  dan  perbezaan  antara  individu  dengan  mengakui  bahawa  setiap  murid  adalah  unik  dan  belajar  dengan  cara  yang  berlainan.
  • Meningkatkan  kecerdasan  pelbagai  seseorang  dan  menyedari  bahawa  potensinya  tidak  terbatas
  • Meningkatkan  harga  diri,  kreativiti  dan  motivasi  melalui  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  menyeronokkan
  • Meningkatkan  profesionalisme  guru  dan  menggalakkan  inovasi  dan  penyelidikan  baru  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran
  • Mempelbagaikan  cara  penilaian
  • Mewujudkan  suasana  kolaboraif  di  sekolah

Implikasi   Teori  Kecerdasan  Pelbagai  kepada  guru  penyayang

(a) Menggunakan domain kecerdasan pelbagai murid dalam membantu pembelajaran mereka secara berkesan.

Seorang guru sering diharap dapat menjadi seorang pengajar, konselor, jurulatih, dan apa sahaja yang diharapkan oleh masyarakat pada masa kini. Namun guru juga akan dipersalahkan seandainya tidak dapat mengajar murid mengikut sukatan yang telah ditetapkan, walhal setiap murid adalah berbeza tahap penerimaan pembelajaran mereka walaupun diajar atau dibimbing oleh guru yang sama. Adalah mustahil seorang guru yang prihatin dan menyayangi muridnya tidak mahu melihat kejayaan setiap anak didik mereka. Guru dengan bebanan tugas yang berat dan imbuhan yang tidak setimpal masih tetap seorang guru yang akan mengambil berat setiap kebajikan muridnya.

“Menurut Howard Gardner (1995), guru-guru yang menggunakan kecerdasan pelbagai murid dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran akan lebih berjaya berbanding dengan guru tradisional yang lebih menekankan kepada dua kecerdasan utama iaitu logic matematik dan verbal lingustik semata-mata”

“Keith Golay di dalam bukunya ‘Learning Patterns and Temperament Styles’ menyebut bahawa perangai atau tabiat seseorang adalah perkara perkara permulaan yang akan berubah apabila diberi jalan berfikir, menyedari kekurangan, emosi dan menunjukkan tingkahlaku seseorang akan membentuk cara belajar sendiri yang akan merangkumi beberapa jenis kecerdasan”

“Memetik daripada kata-kata Golay, Debra Bell di dalam bukunya The Ultimate Guide to Homeschooling memberi cadangan bagaimana guru boleh mengambil kesempatan daripada domain kecerdasan murid untuk sesi pembelajaran mereka disamping meningkatkan kecerdasan yang lemah pada diri seseorang pelajar”

Sebagai seorang guru penyayang, sudah pasti dia ingin melihat anak muridnya dapat menerima pembelajaran dengan baik. Teori kecerdasan pelbagai yang dipelopor oleh Howard Garner dapat memberi kesan yang dikehendaki oleh guru seandainya guru mengambil kira domain kecerdasan yang ada pada anak murid mereka. Guru yang menggunakan teori ini akan mendapati di dalam sesebuah kelas wujud murid dengan pelbagai kehendak dan kecerdasan. Kebolehan guru mengenalpasti kecerdasan yang paling domain dengan murid-muridnya akan dapat membantu proses pembelajaran untuk lebih berkesan. Teori ini akan memudahkan guru untuk mencari bahan rangsangan yang sesuai dalam setiap sesi pembelajaran murid.

Berdasarkan teori kecerdasan pelbagai, murid-murid akan diajar berdasarkan apa yang diminati bukan apa yang dikehendaki oleh guru semata-mata. Jika sebelum ini murid yang mempunyai kecerdasan muzik dan kinestatik menjadi murid yang sering didenda oleh guru, kerana dianggap tidak serius dalam belajar serta menjadi gangguan di dalam kelas. Namun dengan menggunakan kecerdasan domain  murid ini, guru akan dapat menukarnya kepada impak yang positif dengan memasukkan unsure-unsur muzik dan kinestatik di dalam setiap sesi pembelajaran murid. Ini akan turut membantu murid yang lemah di dalam domain ini untuk meningkatkan kecerdasan muzik dan kinestatik mereka.

Guru juga akan dapat menarik minat murid untuk belajar matapelajaran yang mungkin kurang diminati  contoh mata pelajaran yang menggunakan kecerdasan logik matematik dan verbal linguastik. Kecerdasan matematik dan verbal linguastik yang lebih akademik ini akan lebih menarik setelah guru memasukkan unsur-unsur visual ruang, muzik dan kinestatik. Implikasinya, guru akan dapat meningkatkan prestasi dan minat murid di samping mengembangkan kecerdasan domain murid yang lain.

Guru penyayang juga akan dapat melahirkan pelajar yang mampu memotivasikan diri dan orang lain, memahami perasaan orang lain serta bekerjasama di dalam kumpulan sebaya. Dengan menggunakan kecerdasan interpersonal dan intrapersonal, seseorang guru dapat membantu murid untuk menjadi proaktif dan bertanggungjawab di dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Implikasinya guru akan mudah untuk mengajar murid-murid ini serta dapat meningkatkan kemahiran belajar dan kemahiran bersosial mereka.

Disamping tujuh kecerdasan yang biasa dibincangkan, Howard turut memasukkan kecerdasan naturalis yang mana kecerdasan ini melibatkan kebolehan murid memahami alam dan budaya sekitar. Guru yang memahami teori ini akan dapat menerangkan tentang budaya kepada murid lain dengan menggunakan kecerdasan naturalis murid. Bagi murid yang lemah mereka boleh dirangsang dengan memasukkan eleman domain kecerdasan yang mereka ada. Implikasinya guru tidak terlalu terikat dengan sukatan pelajaran tetapi turut membuat penghubungkaitan dalam membantu pembelajaran murid.

Penggunaaan kecerdasan pelbagai ini tidak hanya merujuk kepada pelajar, guru-guru juga sebenarnya mempunyai domain kecerdasan mereka sendiri. Guru yang menyedari domain kecerdasan mereka akan dapat menggunakannya bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik. Contohnya, guru yang ada kecerdasan muzik boleh memainkan alat muzik atau menyanyi  sewaktu mengajar matematik atau matapelajaran lain. Kecerdasan guru ini akan turut menarik perhatian murid serta menjadikan pembelajaran mereka lebih menyeronokkan. Implikasinya sudah tentu murid akan dapat belajar dengan lebih baik dan santai.
               
Penggunaan domain kecerdasan ini turut memberi implikasi yang negative seandainya guru gagal mengenalpasti domain kecerdasan sebenar murid.  Terdapat murid yang tidak mengenali atau malu menunjukkan kebolehan mereka, murid ini  lebih suka mengikut rakan-rakan sebaya tanpa guru dapat mengembangkan potensi serta bakat mereka. Murid-murid begini akan terus ketinggalan dan besar kemungkinan tidak berjaya pada masa hadapan. Oleh itu dalam mempraktikkan teori ini guru-guru perlu mempunyai perancangan dan strategi yang pelbagai supaya apa juga objektif yang ingin dicapai memberi manafaat kepada murid.  Kekangan masa turut memberi kesan kepada guru penyayang dalam mengekplotasikan kecerdasan murid dan akan terikat dengan cara tradisional yang lebih mementingkan kejayaan di dalam peperiksaan tanpa mengambil kira potensi individu yang boleh dikembangkan.


(b)  Meningkatkan  profesionalisme  seorang  guru  penyayang

Tak kenal, maka tak cinta. Begitulah juga dengan seorang guru penyayang. Perasaan penyayang akan lahir apabila guru tersebut mengenali profesionnya. Profesion perguruan merupakan kerjaya yang professional yang berteraskan ilmu dan mampu memperlihatkan kemajuan, kecekapan dan kepakaran yang tinggi. Oleh itu, ilmu dan pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai akan turut mengundang impak yang sangat baik kepada seorang guru yang penyayang. Guru penyayang akan menyayangi dan menghargai profesionnya, muridnya, rakan sejawatnya dan lain-lain. Hal ini akan mendorong guru tersebut untuk mengenal pasti kecerdasan muridnya yang pelbagai dan seterusnya mengeksploitasikan kecerdasan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam kehidupannya. Secara tidak langsung guru tersebut dapat memberikan perkhidmatan perguruan yang bertambah baik dan bermutu tinggi serta berkesan. Hal inilah yang menyumbang kepada meningkatnya profesionalisme guru tersebut.

Guru penyayang yang sayang akan profesionnya akan terpanggil untuk sama-sama meningkatkan kualiti latihan guru yang bukan hanya sekadar menyebarkan pengetahuan dan maklumat tetapi turut memupuk semangat baru terhadap pengajaran. Suntikan semangat baru ini akan lebih hidup dengan mengenali kekuatan guru dan murid dalam kecerdasan pelbagai. Dengan mengenali kekuatan yang ada tentu sekali seorang guru penyayang mampu merancang pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan seterusnya mampu menjana kecemerlangan dalam profesion perguruan.

Selain itu juga, mengenali Teori Kecerdasan Pelbagai, inovasi dan penyelidikan baru dalam pembelajaran dan pengajaran juga akan meningkat. Guru penyayang tentu sekali akan mengambil peluang ini untuk membuat penyelidikan baru bagi meningkatkan profesionalisme mereka. Berpandukan teori yang diketengahkan, seorang guru penyayang akan menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang pelbagai dan bahan-bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan. Dengan kesedaran yang ada dan ilmu yang ada, guru ini mampu meneroka keunikan-keunikan yang dimiliki oleh dirinya sendiri dan juga keunikan yang ada pada murid-muridnya. Dinamika perubahan dan cabaran yang ditemui dalam dunia pendidikan hari ini akan diterima sebagai satu peluang bagi cetusan idea-idea baru yang lebih menarik dan bermakna. Hasilnya tentu sekali akan meningkatkan profesion guru penyayang itu sendiri.

Guru penyayang yang mempunyai kecenderungan intrapersonal ini juga mampu membuat keputusan dan menetapkan matlamat. Dalam profesionnya, guru ini mampu membuat keputusan dalam aspek perancangan Rancangan Pelajaran Harian, penetapan objektif, pemilihan kaedah atau teknik pengajaran dan aspek-aspek lain yang memerlukan keputusan dibuat terutama dalam menghadapi kekangan yang ada. Guru yang menyedari kecenderungan yang sama pada muridnya akan menyediakan aktiviti seperti pemberian projek individu berbentuk arahan kendiri, memberi murid belajar pada kadar kendiri dan juga melibatkan murid dalam penulisan jurnal dan refleksi. Mengenali kecenderungan yang ada pada murid, secara tidak langsung akan mengurangkan bebanan seorang guru penyayang dalam melaksanakan tugasnya. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru ini mencapai objektif yang ditetapkan.


(c)  Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dari Segi Emosi

‘Guru Penyayang, Murid Sayang’. Slogan ini membawa pengertian bahawa seorang guru yang bersifat penyayang, akan disayangi oleh murid-muridnya. Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2002, penyayang bermaksud orang yang kasih akan yang lain, pengasih, pencinta dan memiliki sifat belas kasihan. Oleh itu guru penyayang dapat dikaitkan dengan sifat guru yang pengasih, pencinta dan memiliki perasaan belas kasihan. Bagi murid dan guru yang saling menyayangi dalam konteks pendidikan, akan wujud pertalian emosi atau perasaan sesama mereka. Dalam situasi seperti ini, melalui pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai hubungan guru dengan murid dan rakan sejawat akan lebih mesra dan bermakna. Kemesraan yang wujud hasil daripada pertalian emosi ini akan mewujudkan situasi yang kondusif dan memudahkan proses pemindahan ilmu sesama mereka.

Dalam aspek emosi, Teori Kecerdasan Pelbagai dapat membantu seorang guru penyayang memahami pengaruh terhadap kecerdasan muridnya. Guru yang cenderung ke arah kecerdasan interpersonal misalnya, akan peka terhadap perasaan dan angin(mood) orang lain termasuk murid-murid dan rakan sejawatnya. Pemahaman ini secara langsung akan menjadikan interaksi guru tersebut dengan orang di sekelilingnya lebih berkesan. Sekiranya rakan sejawat atau murid-murid sedang menghadapi konflik, guru yang penyayang ini akan berempati atau mampu menyelami perasaan mereka. Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi cara atau pendekatan yang digunakan semasa berlakunya interaksi sesama mereka.

Selain itu juga, melalui Teori Kecerdasan Pelbagai, guru penyayang yang  cenderung dalam aspek intrapersonal akan peka kepada perasaan dan angin(mood) dirinya sendiri. Guru begini sedar akan kekuatan dan kelemahan sendiri dan akan dapat mengawal emosinya sendiri dengan lebih baik. Guru boleh menggunakan kawalan emosinya untuk mengembangkan potensi dirinya sendiri dan juga murid-muridnya sepanjang beliau mengendali pengajaran dan pembelajaran. Permasalahan yang mungkin timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan dapat ditangani secara professional kerana guru ini mampu mengawal emosinya sendiri dan dapat mengelakkan tindakan-tindakan melulu yang boleh mendatangkan kesan negatif.

Menyedari kepelbagaian kecerdasan menerusi Teori Kecerdasan Pelbagai, membolehkan guru menggunakan pengaruh emosi dalam mengembangkan minat murid dan menyalurkannya ke arah perkembangan diri yang lebih bermakna. Guru juga mampu menggunanakan pelbagai teknik pembujukan melalui pendekatan-pendekatan dalam penyampaian ilmu kepada murid-muridnya. Kesedaran tentang teori ini juga membolehkan guru penyayang ini menggabungjalin pelbagai jenis kecerdasan dalam sesi pengajarannya. Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran akan ‘hidup’. Emosi murid akan turut terbentuk bagi penerimaan mesej yang dikehendaki. Guru seperti ini mampu mengeksploitasi emosi murid-muridnya dan memberi kesan yang intrinsik yang lebih berkekalan kepada murid-murid  tersebut.


(d)  Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dari Segi Sosial 

Seorang guru penyayang pastinya tidak akan dilupai oleh anak murid mereka. Oleh itu lahirlah pelbagai bentuk sanjungan dan penghargaan daripada anak didik kepada guru mereka ataupun bekas guru mereka.   Anak didik mereka sedar bertapa mulianya jasa guru mereka, tanpa guru siapalah mereka.  Dengan adanya guru mereka dapat mengenal bertapa luasnya pengetahuan yang dapat ditimba hasil titik peluh dan usaha daripada guru mereka.

Kecerdasan interpersonal merupakan salah satu faktor seorang guru itu menjadi seorang guru penyayang. Kecerdasan interpersonal  ialah hubungan antara individu dengan individu yang lain ataupun antara individu dengan sesuatu kelompok individu.  Seseorang guru yang memahami keperluan atau keinginan individu lain akan menyebabkan ia menjadi seorang guru yang penyayang.  Kecerdasan dalam diri murid-murid  mestilah dikenal pasti dari awal dan diberi peluang untuk berkembang serta dapat dimanfaati oleh masyarakat, negara dan dunia. Jika guru yang mengajar murid-murid tersebut tidak mempunyai sifat penyayang sudah tentu kecerdasan murid-murid ini tidak dapat berkembang dan besar kemungkinan akan terbantut dan akhirnya menjadi masalah kepada masyarakat jika mereka ini keluar daripada bangku sekolah.

Bagaimanakah kecerdasan interpersonal ini menyebabkan guru menjadi seorang penyayang? Guru yang memahami kecerdasan interpersonal sama ada dalam dirinya mahu pun diri murid-murid mereka, sudah tentu akan dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tidak semua orang sanggup melayani kerenah murid-murid  yang datang dari pelbagai latar belakang, sosio-ekonomi dan budaya. Hanya guru yang mempunyai niat ikhlas, sabar dan berilmu dapat ‘bertahan lama’ dalam bidang perguruan.  

Sehubungan dengan itu kesan kecerdasan interpersonal, menyebabkan seseorang guru itu ’tahan’ melayan kerenah anak-anak murid mereka.  Tanpa kecerdasan interpersonal yang tinggi sudah tentu  sesorang guru itu tidak akan menjadi seorang guru yang penyayang.  Ini membuktikan bahawa kecerdasan interpersoanal menyebabkan seseorang guru itu menjadi seorang pendidik yang penyayang kepada anak murid yang diajar sama ada dalam bilik darjah atau sebaliknya.

Kecerdasan intrapersonal juga akan menyebabkan seseorang guru itu menjadi seorang penyayang.  Ini kerana sebagai seorang guru, mereka akan merenung diri mereka sendiri dan menilai kekuatan dan kelemahan  diri sendiri.  Jika seorang guru itu dapat menilai diri sendiri sudah tentu mereka akan dapat menilai diri murid-murid mereka.

Sebagai seorang guru, sudah tentu mereka akan menghadapi pelbagai ragam murid-murid.  Setiap murid ada kelemahan dan kekuatan masing-masing, semuanya ini perlu diurus dengan baik oleh guru tersebut.  Sebagai seorang guru penyayang, mereka akan mengenalpasti apakah kecerdasan yang paling menonjol dalam diri murid-murid mereka.

Murid yang cenderung kepada intrapersonal, mereka akan lebih suka bersendirian dan membuat kerja atau aktiviti tanpa gangguan orang lain.  Oleh itu guru mestilah faham akan tabiat murid yang sedemikian agar dapat memberikan aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan murid ini.  Jika guru dapat memahami murid ini dan memberi kerja-kerja atau aktiviti yang sesuai dengan murid ini maka boleh kita anggap bahawa kesan daripada kecerdasan intrapersoanal menyebabkan guru itu menjadi seorang yang penyayang.

Guru ataupun pendidik adalah  golongan yang dipikulkan amanah untuk mendidik murid-muri atau pelajar agar menjadi insan yang baik, bermanfaat serta tahu berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Justeru, guru yang penyayang  sangat diperlukan bagi melahirkan insan yang seimbang dari semua segi.  Ini terbit kesan dariapada kecerdasan intrapersoanal yang difahami oleh guru tersebut.

Dalam usaha untuk menjadi guru penyayang, mereka harus bertanggungjawab terhadap diri dan kerjaya. Mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi memastikan dinamisme profesion itu berterusan. Untuk itu, kaum guru perlu bijak berkomunikasi, mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh para pelajar serta sentiasa bersikap profesional terhadap kerjayanya. 

Guru-guru juga perlu mengawal keadaan fizikal dan emosi supaya proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak menjadi bercelaru dan lebih kepada guru penyayang. Memahami persekitaran yang berubah-ubah merupakan satu keperluan yang akhirnya akan menentukan nasib sektor perguruan negara. 

Bagi menghadapi persaingan baru untuk mencapai kecemerlangan, guru perlu bersedia mengalami perubahan sikap terhadap pendidikan yang berasaskan teknologi tinggi bagi membantu mereka merealisasikan wawasan negara. Ini perlu kerana profesion perguruan sentiasa berkembang, justeru guru perlu bertugas mengikut keperluan dan perkembangan semasa.


(e)  Meningkatkan  pengajaran  guru  penyayang

Proses  pengajaran  dan  pembelajaran  merupakan  satu  proses  yang  amat  penting.  Di sini  peranan  seorang guru  amat  diperlukan.  Oleh  yang  demikian  guru  perlulah  kreatif  untuk  menghasilkan  Rancangan  Pelajaran  Harian  yang  menarik. Bagi seorang  guru  penyayang  dia  perlulah  memikirkan  bagaimana  Teori  Kecerdasan  Pelbagai  boleh  diaplikasikan  ke dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.  Malahan  guru  penyayang  juga  perlu  memikirkan  cara  yang  dapat  memaksimumkan  potensi  persekitaran  terutama  sekali  keadaan  di  dalam  bilik  darjah.  Akhir  sekali  guru  boleh  menggunakan  cara  yang  berbeza  untuk  mengendalikan  penilaian  dengan  cara  yang  dicadangkan  dalam  Teori  Kecerdasan  Pelbagai.  Secara  tidak  langsung  guru  penyayang  akan  lebih  bersedia  dan  berkeyakinan  untuk  menjana  idea  baru  serta  membina  aktiviti  pembelajaran  yang  merangkumi  Teori  Kecerdasan  Pelbagai.

Perkara  asas  sebelum  guru  memulakan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  ialah  memastikan  keadaan  fizikal  bilik  darjah  yang  ceria  dan  bersih.  Malahan  guru  boleh  mengubahsuai  keadaan  fizikal  yang  terdapat  dalam  bilik  darjah  tersebut  bagi  menyesuaikan  persekitaran  dengan  kecerdasan  pelbagai  murid.  Di  sini  peranan  yang  dimainkan  oleh  guru penyayang  yang  mana  boleh  memberi  fokus  kepada  beberapa perkara  iaitu  stesen  kecerdasan,  perhiasan bilik  darjah,  lawatan  luar  dan  sumber  bilik  darjah.  Guru  perlu  menggunakan  sumber  yang  telah  disediakan  serta  tidak  melibatkan  perbelanjaan  yang  tinggi.

Melalui  stesen  kecerdasan  ini, guru  perlu  bijak  mewujudkan  beberapa  sudut.  Di  mana  setiap  sudut  yang  terdapat  di  dalam  bilik  darjah  di  mana  setiap  stesen  mestilah  mempunyai  unsur  kecerdasan  seperti  mengadakan  flora  dan  fauna  untuk  stesen Naturalis.  Malahan  boleh  juga  diwujudkan  sudut  mengikut  tema  atau  kecerdasan  secara  bergilir-gilir  untuk  mengatasi  kekangan  ruang  berlaku.  Sebagai  contoh, guru  penyayang  perlu  mewujudkan  stesen  tumpuan  intrapersonal.  Pastikan  juga  sudut  ini  berada  jauh  daripada  gangguan  serta  murid-murid  boleh  dibekalkan  dengan plag-telinga  supaya  suasana  menjadi  sunyi  dan  membolehkan  murid-murid  membaca,  menulis  diari,  berfikir  dan  berefleksi  sendiri.  Di  sini  guru  penyayang  perlu memastikan  setiap  sudut  yang  disediakan  itu  dapat  memberi  manafaat  dan  digunakan  oleh  murid-murid  dengan  sepenuhnya.

Di  samping  itu  juga, seorang  guru  perlu  menitikberatkan  perhiasan  bilik  darjah.  Di  mana  seorang  guru  itu  perlu  mempelbagaikan  bahan  bantu  mengajar  untuk  dipamerkan di  dalam  bilik  darjah.  Sekali  gus  dapat  menceriakan  keadaan  bilik  darjah  serta  dapat  menarik  minat  murid-murid  untuk  melalui  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.  Selain  daripada  itu  juga  seorang  guru  perlu  menghias  bilik  darjah  dengan  maklumat  yang  boleh  dihargai  oleh  setiap  kecerdasan.  Contohnya  seorang  murid  yang  cenderung  kepada  Verbal-Linguistik.  Guru  penyayang  boleh  menarik  minat  murid  tersebut  dengan  menyediakan  poster  beberapa  orang  penulis  terkenal.  Selain  itu  juga,  murid  yang  cenderung  kepada   Logik  matematik  bolehlah  digantungkan  model  bentuk   atau  formula  di  sekeliling  bilik  darjah.  Boleh  juga melekatkan  contoh  wang  syiling  dan  kertas  serta  nama  negeri  atau  negara  dan  nilainya.

Guru  tidak  semestinya  mengadakan  sesi  pengajaran  di  dalam  bilik  darjah  sahaja.  Guru  tersebut  boleh  membawa  murid-murid  keluar   dari  bilik  darjah  adalah  satu  perkara  yang  amat  memberangsangkan.  Di  mana  dengan  melihat  suasana  luar  bilik  darjah,  murid-murid  dapat  memerhati  dan  memahami  bagaimana  setiap  individu  mempunyai  dan  menggunakan  kecerdasan  pelbagai  sendiri.  Malahan  peranan  ini  turut  dimainkan  oleh  ibu  bapa.   Sebagai  contohnya, guru  boleh  membawa  muridnya  ke  nurseri  untuk   mengenal  pasti  jenis  tumbuhan  serta murid  boleh  menemubual  pekerja  di  nurseri  tersebut  untuk  mendapatkan  maklumat  tentang  proses  yang  terlibat  dalam  penjagaan  tumbuhan.

Banyak  sumber  boleh  digabungjalinkan  dengan  kecerdasan  pelbagai  murid  untuk  meningkatkan  minat  murid  untuk  belajar.  Sebagai  contohnya  penggabungjalinan  antara  visual  ruang, kinestetik  dan  intrapersonel.  Peranan  guru  penyayang  amat  diperlukan  di  sini.  Di  mana  guru  penyayang  tersebut  perlu  menggunakan  kecerdasan  pelbagai  untuk  menarik  minat  murid  untuk  mengikuti  sesi  pengajaran  pada  hari  tersebut.  Selain  daripada  itu  juga,  guru  boleh  memilih  satu  atau  dua  kecerdasan  dan  digunakan  dalam  pengajaran  secara  tidak  langsung.

Akhir  sekali  adalah  proses  penilaian,  di  mana  cara  penilaian  yang  dilalui  oleh murid  selalunya  lebih  tertumpu  kepada  dua  kecerdasan  utama  iaitu  Verbal  Linguistik  dan  Logik  Matematik.  Penilaian  biasanya  mengukur  kebolehan  murid  terhadap  pengajaran  yang  telah  dijalankan.  Oleh  yang  demikian, guru  penyayang  memainkan  peranan  yang  amat  penting.


Kesimpulan

Sebagai  guru  penyayang  intergrasi  kecerdasan  pelbagai  banyak  memberi  implikasi  baik  dalam  mewujudkan  situasi  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  berkesan.  Kecerdasan  yang  pelbagai  dapat  dimanipulasikan  secara  optimum  dalam  merealisasikan  hasrat  kerajaan  untuk  melahirkan  generasi  yang  lebih  seimbang  dan  tidak  hanya mementingkan  pencapaian  akademik  semata-mata.

Hakikatnya  murid  yang  dapat  dikembangkan  domain  kecerdasannya  akan  menjadi  manusia  yang  lebih  berjaya  berbanding  murid-murid  yang  hanya  bergantung  kepada  keupayaan  intelek  semata-mata.  Guru  adalah  insan  yang  diharapkan  mampu  mengembangkan  potensi  individu  tanpa  bersiakap  prejudis  terhadap  anak didik mereka. 


Bibliografi

  1. Dewan  Bahasa  Dan  Pustaka,  Kamus  Dewan ,  Dewan  Bahasa  Dan  Pustaka, Edisi  keempat , 2005
  2. Ainon  Mohd  dan  Abdullah  Hassan,  Guru  Sebagai  Pendorong  Dalam  Bilik  Darjah, PTS , 2003
  3. Ee  Ah  Meng,  Psikologi  Perkembangan  Aplikasi  Dalam  Bilik  Darjah,  Edisi  Ke-2,  Penerbit  Fajar  Bakti
  4. Abdul  Rahman  Abd Rashid, Siri  Pengajian  Dan  Pendidikan  Utusan  Profesionalisme  Motivasi  Pengurusan Bilik  Darjah, Utusan  Pulicatioans & Distributors Sdn Bhd, 1999
  5. Ee  Ah  Meng,  Murid  Dan  Proses  Pembelajaran  Asas  Pendidikan 2, Penerbit  Fajar  Bakti
  6. Mok  Soon  Sang,  Ilmu  Pendidikan  Untuk  KPLI  1 ,  Kumpulan  Budiman  Sdn  Bhd,  Subang  Jaya.
  7. Pusat  Perkembangan  Kurikulum (PPK),  Aplikasi  Teori  Kecerdasan  Pelbagai  Dalam  Pengajaran  dan  Pembelajaran, KPM, 2001
  8. Salhah   Abdullah ,  Ainon  Mohd,  Guru  sebagai  Mentor, PTS, 2005
  9. Salhah  Abdullah, Guru  Sebagai  Fasilitator, Bentong: PTS  Professional  Publishing  Sdn. Bhd, 2005

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...