Amphetamine merupakan sejenis dadah peransang sentatik.
Amphetamine berupaya mengaktifkan sistem tertentu dalam
otak menyebabkan ketagihan kronik.
Dadah ini akan merembeskan neurotransmitter dopamine iaitu
sejenis bahan kimia yang merangsang sel-sel otak, sekali gus memberikan satu
perasaan keseronokan dan keterujaan.
Berikut merupakan kesan-kesan dadah amphetamine terhadap tubuh:
Pengguna yang baru pertama kali mengambil amphetamine, kesan yang
dirasai ialah peningkatan fokus dalam aktiviti yang dilakukan, peningkatan
kadar nadi serta tekanan darah, tidak boleh tidur, dan hilang selera makan.
Wujud perasaan yakin pada diri sendiri dan boleh berjaga
tanpa tidur selama 2,3 hari.
Amphetamine boleh menghilangkan keletihan, menimbulkan rasa
kesegaran, percaya kepada diri sendiri dan berasa gembira. Namun, ia akan
diikuti dengan perasaan kecewa atau sugul.
Penagih akan mula gelisah, fikiran keliru, kesakitan dada
dan abdomen, mual dan muntah, sakit kepala dan suhu badan meningkat.
Penagih akan mengalami tekanan darah tinggi, jantung tidak
dapat berfungsi secara normal, pendarahan pada otak akibat tekanan darah
tinggi, kancing gigi dan sawan.
Penagih juga boleh menunjukkan ciri-ciri psikotik (kurang
siuman), antaranya halusinasi pendengaran, gangguan mood dan delusi.
Penagih kronik akan berasa mempunyai kebolehan luar biasa
dan akan bertindak ganas. Mereka mampu melakukan aksi berani seperti cubaan
terbang dari bangunan tinggi.
Jika terlalu kronik, penagih boleh menjadi gila sekiranya
tidak berakhir dengan maut.