Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Sabtu, 18 Mac 2017

Bahaya Amphetamine


Amphetamine merupakan sejenis dadah peransang sentatik.

Amphetamine berupaya mengaktifkan sistem tertentu dalam otak menyebabkan ketagihan kronik.

Dadah ini akan merembeskan neurotransmitter dopamine iaitu sejenis bahan kimia yang merangsang sel-sel otak, sekali gus memberikan satu perasaan keseronokan dan keterujaan.

Berikut merupakan kesan-kesan dadah amphetamine terhadap tubuh:

Pengguna yang baru pertama kali mengambil amphetamine, kesan yang dirasai ialah peningkatan fokus dalam aktiviti yang dilakukan, peningkatan kadar nadi serta tekanan darah, tidak boleh tidur, dan hilang selera makan.

Wujud perasaan yakin pada diri sendiri dan boleh berjaga tanpa tidur selama 2,3 hari.

Amphetamine boleh menghilangkan keletihan, menimbulkan rasa kesegaran, percaya kepada diri sendiri dan berasa gembira. Namun, ia akan diikuti dengan perasaan kecewa atau sugul.

Penagih akan mula gelisah, fikiran keliru, kesakitan dada dan abdomen, mual dan muntah, sakit kepala dan suhu badan meningkat.

Penagih akan mengalami tekanan darah tinggi, jantung tidak dapat berfungsi secara normal, pendarahan pada otak akibat tekanan darah tinggi, kancing gigi dan sawan.

Penagih juga boleh menunjukkan ciri-ciri psikotik (kurang siuman), antaranya halusinasi pendengaran, gangguan mood dan delusi.

Penagih kronik akan berasa mempunyai kebolehan luar biasa dan akan bertindak ganas. Mereka mampu melakukan aksi berani seperti cubaan terbang dari bangunan tinggi.

Jika terlalu kronik, penagih boleh menjadi gila sekiranya tidak berakhir dengan maut.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...