Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 17 Julai 2016

Kaki berasa semut-semut" atau kebas bila duduk lama




Pernah rasa kebas di kaki selepas bangun dari duduk, atau bersila? Kebas bukan sesuatu yang normal. Persoalannya, kenapa kebas? Ada beberapa kemungkinan. Kebiasaanya disebabkan kurangnya darah turun ke kaki atau mungkin disebabkan saraf. Terdapat saraf di belakang kaki yang dipanggil sciatica. Sciatica adalah saraf terbesar di badan yang mana boleh mencecah saiz jari terkecil.

Saraf ini terbentuk daripada kumpulan saraf dari pinggang melalui bahagian punggung dan turun ke kaki. Jika saraf ini tertekan, anda boleh berkeadaan tidak selesa sehingga menyebabkan sakit. Simptomnya termasuk kebas, rasa terbakar, rasa mencucuk, sakit, dan lemah di bahagian kaki. Terdapat beberapa keadaan menyebabkan sciatica termasuk protrusion atau hernia di bahagian tulang belakang menyebabkan tekanan dan peralihan tulang belakang atau dipanggil subluxation.

Satu lagi penyebabnya adalah piriformis syndrome. Piriformis adalah otot di bahagian dalam punggung yang diikat di sacrum kepada tulang pinggul. Apabila berlaku pergerakan yang berputar, ia mungkin menyebabkan sarat sciatic ditekan. Antara pergerakan berpusing adalah duduk, atau bersila. Kebanyakan kes yang teruk adalah disebabkan alignment pelvik dan pinggul tidak berada di tempat sepatutnya. Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan atau menghentikannya? Betulkan kembali alignment dan kurangkan keketatan pada otot piriformis.


Kebanyakan kes tidak merbahaya tetapi ada juga kes yang dikaitkan dengan stroke dan tumor. Pengaliran darah juga mungkin berkurangan disebabkan beberapa kondisi seperti arteriovenous malformation, buerger’s disease,deep vein thrombosis, frostbite, peripheral artery disease atau dikenali juga sebagai peripheral vascular diseaseyang mana salur darah mengecil disebabkan plak dan kolestrol dan seterusnya menyebabkan darah kurang dialirkan kebahagian badan tertentu.

Masalah kecederaan pula yang boleh menyebabkan kebas di kaki termasuk kecederaan pinggang atau belakang, degenerative disk disease, herniated disk, osteoporosis dan sebagainya. Manakala masalah neurologikal pada saraf boleh disebabkan oleh alkohol, kecederaan belakang dan leher, diabetis dimana saraf rosak disebabkan terlalu tinggi gula dalam darah, keracunan besi berat seperti plumbum, hypothyroidism, multiple sclerosis, peripheral neuropathy, kecederaan spinal cord atau tumor, stroke atau angin ahmar, systemic lupus erythematosus, transverse myelitis dan kekurangan vitamin B12.

Keadaan kaki kebas boleh menyebabkan keadaan jadi lagi teruk jika dibiarkan. Jika anda sudah membetulkanalignment pinggul tetapi masih berdepan masalah sama, dapatkan pengesahan pakar. 



susulan yang dikaitkan dengan kaki kebas termasuk;
– Amputation
– Ketidakupayaan

– Kegagalan organ
– Paralysis
– Kehilangan kekal deria
– Sakit kekal

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...