Ketika anda pergi ke kedai barangan sukan untuk membeli kasut
bola baru, pernahkah anda jumpa dengan istilah-istilah FG, HG, SG, TF, AG dan IC?
Faktor pemilihan kasut bola
- Apabila anda ingin membuat pembelian kasut bola yang baru, perkara yang pertama yang harus anda pertimbangkan adalah jenis padang yang anda akan beraksi.
- Secara amnya,terdapat 6 jenis permukaan padang, dan setiap satunya mempunyai kasut bola khusus untuk setiap jenis padang.
- Menggunakan kasut bola yang salah di permukaan padang yang salah boleh mengganggu cara anda bermain. Paling menakutkan, kaki anda juga berisiko untuk ditimpa kecederaan.
FG – Firm Ground (tanah padat)
- Sesuai digunakan di permukaan tanah padat, padang kering dengan rumput pendek.
- Kebanyakkan kasut bola yang dipamerkan di rak kedai-kedai kasut di Malaysia adalah dari jenis Firm Ground (FG) ini.
- Terdapat dua jenis corak studs yang biasa digunakan oleh kasut jenis ini iaitu studs jenis kon dan studs jenis blade.
- Studs jenis kon lebih sesuai digunakan ketika keadaan padang adalah lembap dan studs jenis blade pula lebih sesuai untuk keadaan padang yang lebih kering.
HG – Hard Ground (tanah keras)
- Sesuai digunakan di permukaan padang rumput yang kering dan keras
- Kasut bola jenis ini sebenarnya amat mirip dengan jenis FG. Cuma di UK dan Ireland mereka lebih gemar memanggil dengan terma Hard Ground (HG), terutamanya syarikat Umbro.
- Jika kasut bola FG boleh digunakan di permukaan padang lembap dan kering, kasut bola HG khas untuk permukaan padang kering sahaja.
- Jumlah studs-nya juga lebih banyak dan pendek. hati-hati, studs jenis blade sangat berbahaya untuk dipakai jika permukaan padang tak rata.
- Sesuai digunakan di permukaan padang yang lembut, becak, berlecah atau mempunyai rumput yang panjang.
- Kasut bola dari jenis Soft Ground (SG) ini biasanya menggunakan studs logam berbentuk bulat. Jumlah studs pula sedikit berbanding kasut bola FG dan HG.
- Rekaan klasik kasut jenis ini biasanya mempunyai hanya 6 studs – 4 studs di bahagian tapak dan 2studs di bahagian tumit.
- Dengan jumlah studs yang minimum, kasut bola SG tidak akan mudah lekat di permukaan padang yang basah dan berlecah.
- Berbanding kasut bola FG yang lebih universal penggunaannya, kasut bola SG ini jarang digunakan.
- Kini penggunaannya banyak diharamkan dalam liga amatur, kerana studs logam senang mencederakan pemain.
AG – Astrograss / Artificial Grass (padang tiruan)
- Sesuai digunakan di permukaan padang rumput tiruan.
- Kasut bola jenis Artificial Ground (AG) biasanya mempunyai banyak studs pendek dan tebal. Ini adalah untuk memberi cengkaman tambahan ketika beraksi di atas padang tiruan.
- Kasut jenis ini juga biasanya kelihatan lebih berkilat kerana ia mempunyai lapisan laquer – sejenis lilin khas yang melindungi kasut tersebut dari ketajaman rumput tiruan.
- Studs kasut bola AG juga ada kalanya berlubang untuk memberikan lebih cengkaman dan membuatkannya lebih ringan.
- Terdapat dua jenis rumput tiruan yang popular di Malaysia – 3G dan 4G.
- Padang tiruan 3G mempunyai biji-biji getah kecil pada permukaannya.
- Manakala padang rumput tiruan 4G lebih realistik, dengan rumput yang lebih panjang dan mempunyai gabungan biji-biji getah kecil dan pasir dibawah permukaannya.
IC – Indoor Court
- Sesuai digunakan di permukaan gelanggang futsal.
- Kasut bola jenis ini Indoor Court (IC) atau Indoor Trainer (IT) direka khusus untuk perlawanan bola sepak indoor seperti futsal.
- Kasut jenis ini umumnya mempunyai tapak yang lebih rata, dengan kebolehan untuk melentur.
- Ia juga amat fleksibel dan lebih selesa dipakai berbanding jenis kasut bola yang lain kerana mempunyai tapak getah sintetik.
ST – Street Soccer
- Sesuai digunakan di permukaan tar jalan raya
- Kasut bola jenis Street Soccer (ST) ini tak banyak bezanya dengan kasut futsal, tetapi direka dengan jahitan berkembar dan tapak getah yang lebih keras.
- Kasut jenis ini tidak mempunyai pengelasan yang khusus, namun sesetengah pengeluar kasut melabelkan kasut bola khas untuk street soccer sebagai ST.