Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 22 Julai 2014

Soalan Sains Sukan Tahap 2


1.  Rangsangan keadaan “Regulatori” dan rangsangan  “Non Regulatori” dalam sukan tersebut.
Suasana ransangan “regulatori” adalah ransangan yang berkait terus dengan matlamat. Sebagai contohnya dalam permainan bola sepak, keluasan padang dan ukurannya, tiang dan palang gol, bola, jaring, bendera penjuru serta jumlah pemain pihak lawan. Dengan kata lainnya, suasana ransangan “regulatori” adalah keadaan yang tetap ataupun tidak akan berubah-ubah. Manakala “non regulatori” pula ialah keadaan yang boleh berubah-ubah mengikut persekitaran contohnya dalam permainan bola sepak seperti faktor cuaca, cahaya, sorakan penonton dan pengadil. Secara lebih jelasnya “non regulatori” ialah perubahan ransangan yang tidak dapat dijangka semasa permainan berlansung.

            Permainan bola sepak adalah antara permainan yang terkenal dan mungkin salah satu permainan yang digemari oleh masyarakat malaysia mahupun peringkat dunia. Justeru itu tidak hairanlah sekiranya permainan bola sepak telah lama bertapak di Malaysia mahupun di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Malahan permainan ini juga terkenal dan menjadi permainan rutin di serata pelosok masyaarakat tidak kira mengikut perikat umur, etnik dan jantina.

            Di Malaysia juga telah banyak dipertandingkan sukan bola sepak dari berbagai peringkat contohnya sekolah, daerah, zon, institusi-institusi pengajian tinggi, negeri dan peringkat tertinggi iaitu pada peringkat negara. Seperti mana yang kita tahu, permainan ini memerlukan kemahiran-kemahiran asas dan seterusnya kepada kemahiran pada tahap yang tertinggi. Kemahiran-kemahiran asas yang boleh diberi perhatian untuk melibatkan diri dalam permainan ini ialah seperti menjaring, menanduk, mengelecek, hantaran leret, hantaran tinggi dan menerima hantaran. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya banyak badan-badan organisasi yang menganjurkan klinik-klinik bola sepak untuk memberi peluang kepada individu yang berminat untuk menceburi permainan ini di samping mencungkil bakat-bakat baru.

Dalam memberi ketepatan pada pukulan, kefahaman dan ransangan antara simulasi dan pergerakkan akan memberi suatu keputusan yang baik. Selain latih tubi banyak membantu ketepatan dan konsistensi pergerakkan motor seseorang individu. Oleh yang demikian ransangan regulatori dan bukan regulatori amat di perlukan dalam setiap permainan.

Dalam memberi kemahiran dan ketepatan dalam semua kemahiran di dalam permainan bola sepak, kefahaman dan ransangan antara simulasi dan adaptasi pergerakkan yang berulang kali akan memberi suatu keputusan yang baik. Sealain latih tubi banyakmembantu ketepatan dan konsistensi pergerakkan motor seseorang individu yang mengaplikasikannya. Oleh yang demikian ransangan “regulatori” dan “non regulatori amat diperlukan bukan sahaja dalam permainan bola sepak bahkan setiap permainan-permainan lain.

Ransangan Regulatori
Ransangan “regulatori” dalam sukan bola sepak ia merupakan stimuli atau ransangan yang kekal, tidak berubah ataupun tetap. Sebagai contoh, keluasan padang, keadaan fizikal, undang-undang permainan, tempoh masa dan jumlah pemain. Mengikut Kesatuan Bola Sepak Dunia (FIFA), jarak bagi panjang padang mestilah diantara (100  hingga 110meter) dan jarak bagi lebar adalah (65 hingga 75meter). Selain itu, lebar dan tinggi tiang gol pula adalah (lebar = 7.32 meter) manakala (tinggi = 2.44 meter). Selain itu, ransangan seperti kedudukan tiang bendera, jaring dan lain-lain turut boleh dikategorikan sebagai ransangan regulatori. Semua ransangan ini tidak berubah dan tetap dalam semua keadaan permainan.

Ransangan  Non Regulatori
Ransangan “non regulatori” dalam permainan bola sepak merujuk kepada ransangan yang tidak tetap dan sentiasa berubah mengikut situasi atau keadaan tertentu. Sebagai contoh, cara pengadilan, penonton, cuaca, bunyi, cahaya dan juga pergerakan pemain pihak lawan. Ransangan ini memberi kesan kepada matlamat perlakuan dan sentiasa berubah. Pengaruh penonton yang bersorak adalah ransangan yang tidak boleh diramal selain daripada keadaan cahaya lampu atau matahari yang menyekat jarak penglihatan pemain. Selain itu, pengadil yang membuat keputusan turut boleh dikategorikan sebagai ransangan “non regulatori” yang sentiasa berubah-ubah dan megikut keputusan semasa. Dalam kemahiran terbuka (open skill), pemain perlu memadankan setiap pergerakan dengan situasi yang sentiasa berubah untuk mencapai matlamat yang dirancang. Lebih banyak latihan dengan perubahan ransangan situasi dan suasana adalah lebih baik dan berkesan.

2. Bagaimana seseorang atlit membuat penumpuan dalam proses pembelajaran motor? Huraian anda merangkumi konsep-konsep :-
A.    Matlamat
B.     Ransangan
C.    Pemilihan Tumpuan
D.    Penentuan Ransangan Motor
E.     Perlaksanaan Ransangan Motor


 A. Matlamat
Melakukan sepakan leret dengan betul dan tepat dengan menggunakan dalam kaki. Bagi setiap perlakuan, pemain mestilah mempunyai matlamat yang jelas dan mudah difahami oleh membolehkan pemain melakukannya dengan lebih berkesan.

B.Ransangan

Terdapat 2 ransangan yang mempengaruhi perlakuan yang telah dirancang. Ransangan tersebut adalah “regulatori” dan “non regulatory”. Bagi sepakan leret, pemain mestilah mengetahui akan beberapa ransangan seperti keadaan ataupun permukaan padang, kedudukan bola dan arah sepakan yang akan dibuat. Sebagai contoh, ketebalan rumput dan permukaan padang boleh mempengaruhi sepakan yang akan dibuat. Oleh yang demikian adaptasi perlu dilakukan dengan segera untuk mengurangkan kesilapan yang boleh berlaku. Selain itu, ransangan ini perlu diambil kira sebelum pelaksanaan ataupun pelan tindakan dibuat. Dalam situasi permainan sebenar, ransangan seperti pihak lawan, kedudukan pemain dan lain-lain akan mempengaruhi perlakuan yang dibuat. 

C. Pemilihan Tumpuan

Beberapa tumpuan perlu dibuat setelah beberapa ransangan diambil kira. Dalam perlakuan ini, keadaan struktur tubuh, pergerakan kaki amatlah dititik beratkan. Kontek bola dengan kaki adalah penting untuk menghasilkan sepakan yang betul dan tepat. Sebagai contoh, kaki yang tidak menyepak mestilah berada selari dengan bola. Ini adalah penting untuk menghasilkan sepakan yang leret dan tidak melambung. Sepakan ini mestilah tepat kepada seorang rakan yang menunggu dalam jarak 5 meter. Kontek bola mestilah tepat di tengah bola dan mata perlu memandang ke arah bola yang akan disepak. 

D. Penentuan Ransangan Motor

Penentuan ransangan adalah meliputi beberapa aspek seperti rakan yang menerima bola, keadaan bola, permukaan padang dan teknik sepakan yang akan dibuat. Arah sepakan yang dibuat perlu ditentukan oleh pemain dengan melihat di mana arah rakan berada. Ini adalah penting untuk meningkatkan ketekalan mencapai matlamat. Jurulatih perlu membanyakkan suasana dan situasi ransangan yang berubah-ubah untuk meningkatkan lagi kemahiran pemain dalam situasi permainan yang sentiasa berubah.

E.        Perlaksanaan Ransangan Motor

Pelaksanaan ransangan berlaku apabila semua penentuan ransangan telah dipilih. Sebenarnya ianya berlaku dalam masa yang singkat dan perlu diulang untuk meningkatkan lagi kemahiran yang dibuat. Bagi kemahiran yang dipilih, pelaksanaan ransangan motor melibatkan beberapa fasa seperti persediaan, sepakan dan fasa ikut lajak (follow through). Dalam fasa persediaan, pemain mestilah bersedia dengan berada di depan bola dan mata melihat ke arah sepakan yang akan dibuat. Dalam  fasa sepakan, badan direndahkan, lutut yang tidak menyepak dibengkokkan, kontek kaki pada tengah bola dan buku lali mesti dikunci (lock). Dalam fasa ikut lajak, kaki yang menyepak mestilah dilajakkan ke arah sepakan yang dibuat untuk mendapatkan sepakan yang tepat dan mengelak kecederaan. Latihan ini perlu di ulang untuk meningkatkan kemahiran dan ransangan perlu sentiasa diubah bagi mencapai matlamat yang telah dirancang.

Secara kesimpulannya, semua perlakuan motor mestilah dirancang dengan menetapkan matlamat, ransangan yang terlibat, tumpuan terhadap pemilihan perlakuan  yang boleh dikawal ataupun diperbaiki, selain itu, pembentukan pelan tindakan dengan mengumpul pengalaman lalu dan disimpan dalam otak. Akhir sekali, semua perlakuan motor mestilah mengikut pelan minda yang telah dirancang dan dilakukan berulang kali ataupu adaptasi untuk mencapai matlamat atau objektif yang dibuat. 

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...