1. Rangsangan keadaan “Regulatori” dan
rangsangan “Non Regulatori” dalam
sukan tersebut.
Suasana ransangan “regulatori” adalah ransangan yang berkait terus dengan matlamat.
Sebagai contohnya dalam permainan bola sepak, keluasan padang dan ukurannya,
tiang dan palang gol, bola, jaring, bendera penjuru serta jumlah pemain pihak
lawan. Dengan kata lainnya, suasana ransangan “regulatori” adalah keadaan yang tetap ataupun tidak akan
berubah-ubah. Manakala “non regulatori”
pula ialah keadaan yang boleh berubah-ubah mengikut persekitaran contohnya
dalam permainan bola sepak seperti faktor cuaca, cahaya, sorakan penonton dan
pengadil. Secara lebih jelasnya “non regulatori” ialah perubahan ransangan yang
tidak dapat dijangka semasa permainan berlansung.
Permainan
bola sepak adalah antara permainan yang terkenal dan mungkin salah satu
permainan yang digemari oleh masyarakat malaysia mahupun peringkat dunia.
Justeru itu tidak hairanlah sekiranya permainan bola sepak telah lama bertapak
di Malaysia mahupun di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah,
institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Malahan permainan ini juga
terkenal dan menjadi permainan rutin di serata pelosok masyaarakat tidak kira
mengikut perikat umur, etnik dan jantina.
Di
Malaysia juga telah banyak dipertandingkan sukan bola sepak dari berbagai
peringkat contohnya sekolah, daerah, zon, institusi-institusi pengajian tinggi,
negeri dan peringkat tertinggi iaitu pada peringkat negara. Seperti mana yang
kita tahu, permainan ini memerlukan kemahiran-kemahiran asas dan seterusnya
kepada kemahiran pada tahap yang tertinggi. Kemahiran-kemahiran asas yang boleh
diberi perhatian untuk melibatkan diri dalam permainan ini ialah seperti
menjaring, menanduk, mengelecek, hantaran leret, hantaran tinggi dan menerima
hantaran. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya banyak badan-badan organisasi
yang menganjurkan klinik-klinik bola sepak untuk memberi peluang kepada
individu yang berminat untuk menceburi permainan ini di samping mencungkil
bakat-bakat baru.
Dalam memberi ketepatan pada pukulan,
kefahaman dan ransangan antara simulasi dan pergerakkan akan memberi suatu keputusan
yang baik. Selain latih tubi banyak membantu ketepatan dan konsistensi
pergerakkan motor seseorang individu. Oleh yang demikian ransangan regulatori
dan bukan regulatori amat di perlukan dalam setiap permainan.
Dalam memberi kemahiran dan ketepatan
dalam semua kemahiran di dalam permainan bola sepak, kefahaman dan ransangan
antara simulasi dan adaptasi pergerakkan yang berulang kali akan memberi suatu
keputusan yang baik. Sealain latih tubi banyakmembantu ketepatan dan
konsistensi pergerakkan motor seseorang individu yang mengaplikasikannya. Oleh
yang demikian ransangan “regulatori” dan “non regulatori amat diperlukan bukan
sahaja dalam permainan bola sepak bahkan setiap permainan-permainan lain.
Ransangan Regulatori
Ransangan “regulatori” dalam sukan bola sepak
ia merupakan stimuli atau ransangan yang kekal, tidak berubah ataupun tetap.
Sebagai contoh, keluasan padang, keadaan fizikal, undang-undang permainan,
tempoh masa dan jumlah pemain. Mengikut Kesatuan Bola Sepak Dunia (FIFA), jarak
bagi panjang padang mestilah diantara (100
hingga 110meter) dan jarak bagi lebar adalah (65 hingga 75meter). Selain
itu, lebar dan tinggi tiang gol pula adalah (lebar = 7.32 meter) manakala
(tinggi = 2.44 meter). Selain itu, ransangan seperti kedudukan tiang bendera,
jaring dan lain-lain turut boleh dikategorikan sebagai ransangan regulatori.
Semua ransangan ini tidak berubah dan tetap dalam semua keadaan permainan.
Ransangan Non Regulatori
Ransangan “non regulatori” dalam permainan
bola sepak merujuk kepada ransangan yang tidak tetap dan sentiasa berubah
mengikut situasi atau keadaan tertentu. Sebagai contoh, cara pengadilan,
penonton, cuaca, bunyi, cahaya dan juga pergerakan pemain pihak lawan.
Ransangan ini memberi kesan kepada matlamat perlakuan dan sentiasa berubah.
Pengaruh penonton yang bersorak adalah ransangan yang tidak boleh diramal
selain daripada keadaan cahaya lampu atau matahari yang menyekat jarak
penglihatan pemain. Selain itu, pengadil yang membuat keputusan turut boleh
dikategorikan sebagai ransangan “non regulatori” yang sentiasa berubah-ubah dan
megikut keputusan semasa. Dalam kemahiran terbuka (open skill), pemain perlu
memadankan setiap pergerakan dengan situasi yang sentiasa berubah untuk
mencapai matlamat yang dirancang. Lebih banyak latihan dengan perubahan
ransangan situasi dan suasana adalah lebih baik dan berkesan.
2. Bagaimana seseorang atlit membuat penumpuan dalam
proses pembelajaran motor? Huraian anda merangkumi konsep-konsep :-
A. Matlamat
B. Ransangan
C. Pemilihan Tumpuan
D. Penentuan Ransangan Motor
E. Perlaksanaan Ransangan Motor
A. Matlamat
Melakukan sepakan leret dengan betul dan tepat
dengan menggunakan dalam kaki. Bagi setiap perlakuan, pemain mestilah mempunyai
matlamat yang jelas dan mudah difahami oleh membolehkan pemain melakukannya dengan
lebih berkesan.
B.Ransangan
Terdapat 2 ransangan yang mempengaruhi perlakuan yang telah dirancang. Ransangan tersebut adalah “regulatori” dan “non regulatory”. Bagi sepakan leret, pemain mestilah mengetahui akan beberapa ransangan seperti keadaan ataupun permukaan padang, kedudukan bola dan arah sepakan yang akan dibuat. Sebagai contoh, ketebalan rumput dan permukaan padang boleh mempengaruhi sepakan yang akan dibuat. Oleh yang demikian adaptasi perlu dilakukan dengan segera untuk mengurangkan kesilapan yang boleh berlaku. Selain itu, ransangan ini perlu diambil kira sebelum pelaksanaan ataupun pelan tindakan dibuat. Dalam situasi permainan sebenar, ransangan seperti pihak lawan, kedudukan pemain dan lain-lain akan mempengaruhi perlakuan yang dibuat.
C. Pemilihan Tumpuan
Beberapa tumpuan perlu dibuat setelah beberapa
ransangan diambil kira. Dalam perlakuan ini, keadaan struktur tubuh, pergerakan
kaki amatlah dititik beratkan. Kontek bola dengan kaki adalah penting untuk
menghasilkan sepakan yang betul dan tepat. Sebagai contoh, kaki yang tidak
menyepak mestilah berada selari dengan bola. Ini adalah penting untuk
menghasilkan sepakan yang leret dan tidak melambung. Sepakan ini mestilah tepat
kepada seorang rakan yang menunggu dalam jarak 5 meter. Kontek bola mestilah
tepat di tengah bola dan mata perlu memandang ke arah bola yang akan disepak.
D. Penentuan Ransangan Motor
Penentuan ransangan adalah meliputi beberapa aspek
seperti rakan yang menerima bola, keadaan bola, permukaan padang dan teknik sepakan
yang akan dibuat. Arah sepakan yang dibuat perlu ditentukan oleh pemain dengan
melihat di mana arah rakan berada. Ini adalah penting untuk meningkatkan
ketekalan mencapai matlamat. Jurulatih perlu membanyakkan suasana dan situasi
ransangan yang berubah-ubah untuk meningkatkan lagi kemahiran pemain dalam
situasi permainan yang sentiasa berubah.
E. Perlaksanaan Ransangan
Motor
Pelaksanaan ransangan berlaku apabila semua
penentuan ransangan telah dipilih. Sebenarnya ianya berlaku dalam masa yang
singkat dan perlu diulang untuk meningkatkan lagi kemahiran yang dibuat. Bagi
kemahiran yang dipilih, pelaksanaan ransangan motor melibatkan beberapa fasa
seperti persediaan, sepakan dan fasa ikut lajak (follow through). Dalam fasa
persediaan, pemain mestilah bersedia dengan berada di depan bola dan mata
melihat ke arah sepakan yang akan dibuat. Dalam
fasa sepakan, badan direndahkan, lutut yang tidak menyepak dibengkokkan,
kontek kaki pada tengah bola dan buku lali mesti dikunci (lock). Dalam fasa ikut
lajak, kaki yang menyepak mestilah dilajakkan ke arah sepakan yang dibuat untuk
mendapatkan sepakan yang tepat dan mengelak kecederaan. Latihan ini perlu di
ulang untuk meningkatkan kemahiran dan ransangan perlu sentiasa diubah bagi
mencapai matlamat yang telah dirancang.
Secara kesimpulannya, semua perlakuan motor
mestilah dirancang dengan menetapkan matlamat, ransangan yang terlibat, tumpuan
terhadap pemilihan perlakuan yang boleh
dikawal ataupun diperbaiki, selain itu, pembentukan pelan tindakan dengan
mengumpul pengalaman lalu dan disimpan dalam otak. Akhir sekali, semua
perlakuan motor mestilah mengikut pelan minda yang telah dirancang dan
dilakukan berulang kali ataupu adaptasi untuk mencapai matlamat atau objektif
yang dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan