Kita
sering menonton dan membaca daripada media massa tentang insiden pergaduhan dan
tindakan kasar yang berlaku dalam pertandingan sukan. Fenomena tindakan kasar
yang dilakukan oleh pemain atau atlet sering dikaitkan sebagai tingkah laku
negatif. Tingkah laku ini dikenali sebagai keagresifan. Menurut Baron dan
Richardson (1994), keagresifan adalah apa jua bentuk perlakuan atau tindakan
yang berobjektif untuk mencederakan benda hidup dan bermotivasi untuk
mengelakkan diri daipada mengalami kecederaan. Wann (1997), pula menyatakan
keagresifan sebagai satu tindakan yang bermatlamat untuk mencederakan secara
fizikal, verbal atau psikologikal orang lain sebagai langkah untuk mengelakkan
diri sendiri daripada dicederakan.
Keagresifan
dalam sukan boleh diklasifikasikan kepada tiga iaitu;
KEAGRESIFAN
KETARA
Silva
(1984), menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang
berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain
(ataupun objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami
kesakitan dan ganjarannya pula (kepuasan) apabila melihat individu tersebut terseksa
dengan kesakitan yang dialaminya. Jenis keagresifan ini merupakan perlakuan
secara sengaja mengasari pihak lawan. Keagresifan ini selalunya didorong oleh
rasa marah dan kecewa. Sebagai contoh, seorang pemain bola keranjang telah
dikasari oleh pihak lawan tetapi tidak dihukum oleh pengadil. Oleh sebab
terlalu marah, pemain tadi telah menyiku dada pemain lawan dengan niat membalas
dendam. Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana mempunyai
niat mencederakan akibat daripada perasaan marah. Niatnya pula untuk
mengakibatkan kesakitan kepada pemain tersebut dan ganjarannya (kepuasan) pula
adalah melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.
KEAGRESIFAN
INSTRUMENTAL
Keagresifan
instrumental merujuk kepada tindakan mencederakan pihak lawan yang bermatlamat
untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau
prestij. Individu yang bertindak agresif tadi melihat tindakan tersebut sebagai
”instrumental” (perlu dilakukan) untuk mencapai matlamatnya.. Sebagai contoh,
tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas pemain penyerang pasukan
lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat
beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada
rakannya yang lain. Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan
pasukannya memenangi perlawanan tersebut. Dalam contoh ini, niat untuk
mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain pertahanan
tersebut ialah untuk memenangi perlawanan. Perlu ditegaskan di sini bahawa
kedua-dua jenis tindakan agresif di atas sebenarnya salah serta tidak boleh
diterima dalam konteks sukan. Ini kerana niat untuk mencederakan pemain pasukan
lawan masih ada sedangkan tindakan ini bersalahan dengan peraturan mana-mana
jenis sukan. Penggunaan strategi ini khususnya di peringkat profesional perlu
dibenteras kerana tindakan pemain profesional ini lazimnya akan menjadi ikutan
pemain muda.
KEAGRESIFAN
ASERTIF
Keagresifan
asertif merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang
dibenarkan mengikut peraturan permainan. Dalam hal ini, mereka yang
melakukannya tiada niat langsung untuk mendatangkan kecederaan kepada pihak
lawan bagi mencapai kemenangan. Sebagai contoh, dalam permainan bola tampar,
seorang pemain melakukan aksi merejam sekuat mungkin ke dalam gelanggang pihak
lawan untuk mendapatkan mata sehingga menyebabkan pemain pihak lawan cedera
akibat terkena bola. Jika kecederaan berlaku akibat daripada tindakan asertif,
ia tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan
tersebut dibenarkan mengikut peraturan-peraturan permainan dan tiadanya niat
untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan. Sebagai contoh, penggunaan
“tackle” untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam
permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan selagi
“tackle” tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika berlaku
kecederaan kepada pemain lawan akibat “tackle” bersih yang dilakukan, ia tidak
dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan “bersih”
serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan. Dalam
situasi pertandingan, tugas untuk memastikan sama ada perlakuan itu dianggap
sebagai perlakuan yang agresif atau asertif terletak di tangan pengadil. Adalah
amat sukar untuk menentukan dan menilai niat seseorang pemain apabila mereka
melakukan sesuatu dalam konteks permainan kerana ia berlaku dengan pantas
khususnya dalam sukan yang bercorak dinamik serta kemahiran terbuka (open
skills).
FAKTOR-FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI KEAGRESIFAN
Keagresifan
dalam sukan berpunca daripada faktor psikofosiologi dan faktor-faktor semasa.
FAKTOR
PSIKOLOGI
Sekiranya
seorang atlet atau pemain berasa pihak lawan berniat untuk mencederakannya,
atlet tersebut akan menunjukkan respon agresif apabila berhadapan dengan pemain
tersebut. Hal ini didorong oleh persepsi atlet tersebut terhadap atlet pasukan
lawan yang mempunyai kecenderungan untuk mencederakannya. Unsur-unsur negatif
seperti kekecewaan, kemarahan, kemuraman dan perasaan dukacita juga merupakan
rangsangan negatif yang boleh mencetuskan perlakuan agresif. Pengaruh lain
seperti ganjaran yang ditawarkan dalam sesuatu permainan juga akan menyebabkan
atlet untuk cenderung melakukan lakuan agresif bagi menjamin kejayaan pasukannya.
FAKTOR
SEMASA
Perlakuan
keagresifan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor semasa. Antaranya ialah,
kebangkitan fisiologi. Kebangkitan fisiologi biasanya berkait rapat dengan
suasana persekitaran seperti suhu dan penonton. Keadaan ini akan menyebabkan
atlet atau pemain untuk melakukan tindakan agresif kerana suasana yang kurang
menyelesakan serta merimaskan yang menyebabkan atlet mudah marah. Menurut
Donnerstein dan Watson (1976), suasana yang teramat bising akan merangsang
reaksi agresif atlet. Suhu persekitaran juga boleh menyebabkan atlet berasa
tidak selesa. Keadaan ini menjadi pencetus kepada tindakan agresif walaupun
berlaku kesilapan yang kecil. Tindakan yang diambil oleh atlet tersebut
dianggap keterlaluan dan melampau oleh orang lain.
Selain
itu, persepsi individu juga salah satu factor keagresifan dalam sukan berlaku.
Hal ini berlaku apabila pemain merasakan diri mereka diasak secara kasar oleh
pemain lawan yang sekaligus meningkat keagresifan dalam permainan tersebut.
Di
samping itu, perbezaan mata atau jaringan. Menurut Cox (1999), semakin besar
perbezaan mata atau jaringan, semakin banyak kekasaran atau tindakan agresif
yang akan dilakukan oleh pasukan yang ketinggalan. Keadaan ini berbeza jika kedudukan
seri atau perbezaan mata atau jaringan yang kecil.Keadaan ini akan mengurangkan
perlakuan agresif kerana bimbangkan risiko yang akan dihadapi jika melakukan
kekasaran.
Seterusnya,
lokasi perlawanan. Hal ini berlaku dimana tindakan atau permainan yang lebih
agresif akan ditunjukkan oleh pemain tuan rumah jika mendapat sokongan daripada
penonton. Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia juga bergantung kepada corak
keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan
bola sepak, pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana
merekan ingin mempertahankan kedudukan mereka. Manakala, bagi hoki ais, ia
adalah sama jika bermain di tempat sendiri atau di tempat lawan (Cullen
& Cullen, 1975)
Keputusan
permainan juga memainkan peranan dalam tingkah laku agresif pemain. Pasukan
atau pemain yang merasakan diri mereka akan tewas atau tidak berpeluang untuk
memenangi perlawanan akan bertindak lebih agresif mengikut Teori Frustrasi
Agresif (Cullen & Cullen, 1975)
Akhir
sekali, penggunaan dadah seperti steroid yang mempengaruhi perlakuan agresif
seseorang pemain dalam sukan. Hal ini disebabkan oleh tindakan bawah sedar
mereka akibat daripada pengaruh dadah tersebut.
KESAN
PENDEKATAN AGRESIF TERHADAP INDIVIDU DALAM SUKAN
Menggalakkan
sikap agresif dalam sukan atau menjadi “role model” yang negative terhadap
orang lain.
Menjadikan
sikap agresif sebagai taktikal dalam pasukan bagi setiap kali menghadapi
perlawanan.
Akan
wujud jurulatih yang menggalakkan sikap agresif diterapkan dalam taktikal
permainan.
Liputan
media buruk dan berat sebelah.
CARA-CARA
UNTUK MENGATASI KEGANASAN DALAM SUKAN
Mendisiplinkan
atlet dengan sikap yang betul
Jurulatih
perlu mendisiplinkan pemain mereka dan sentiasa mengingat mereka untuk mengawal
tingkah laku serta baran dalam setipa perlawanan. Jurulatih juga perlu
menerapkan nilai kesukanan seperti adil, hormat terhadap pasukan lawan dan
pengwalan tekanan. Jurulatih juga harus menilai perwatakan atlet seperti
mendapatkan biodata atlet yang merangkumi latar belakan keluarga, masalah
disiplin, rekod kesihatan dan sebagainya.
Ceramah
motivasi
Penyampaian
ceramah-ceramah motivasi oleh pakar-pakar sukan (psikologi) sebelum dan selepas
perlawanan dengan menekankan unsur-unsur “fairplay”. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk member kata-kata semangat, dorongan dan motivasi kepada pasukan
yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri atlet.
Membuat
pemeriksaan terhadap penonton sebelum memasuki lokasi perlwanan
Hal
ini bertujuan untuk mengwal keganasan dari pihak penonton dan penyokong.
Ini
boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi sperti mengharamkan pengambilan
alcohol oleh penonton sebelum dan semasa perlawanan. Pemeriksaan boleh
dilakukan di pintu-pintu masuk lokasi perlawanan untuk memastikan penonton
tidak membawa masuk sebarang objek berbahaya seperti mercun, kayu, senjata api
dan benda-benda tajam.
Memisahkan
penyokong pasukan
Hal
ini adalah untuk mengelakkan sebarang pergaduhan antara penyokong pasukan yang
berbeza yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian.
RUMUSAN
Keagresifan
dalam sukan merupakan perlakuan yang bertentangan dengan peraturan dan norma
permainan. Bagi mengawal keagresifan atlet, disiplin diri dan tahap motivasi
yang tinggi harus diterapkan semasa latihan dan permainan. Kesedaran terhadap
pentingnya semangat kesukanan di kalangan pemain dan atlet perlu dipupuk.
Pemain juga harus disemaikan dengan sikap agar dapat menerima sesuatu keputusan
secara rasional. Mereka perlu sentiasa menyedari keupayaan diri sendiri dan
menghargai orang lain Kemahiran mengawal kebimbangan dapat dilakukan antaranya
melalui terapi, pendekatan kaunseling dan bersenam. Semasa pertandingan, pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung hendaklah mengikut norma dan
mematuhi peraturan pertandingan.Hal ini akan mengawal tingkah laku agresif
pemain, jurulatih dan penonton.