Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Sabtu, 9 Februari 2019

Nasi putih boleh mengemukkan?


Adakah nasi putih benar-benar tak elok untuk badan kita? 

Jika anda menjalani kehidupan biasa, pergi kerja balik kerja, makan minum, tanpa aktiviti tambahan lain seperti bersenam, ianya boleh jadi berlebihan untuk badan anda. 

Jika anda gemuk, jika anda ada masalah metabolic, makan nasi putih tiada bezanya dengan makan kek.

Akan tetapi jika anda seorang atlet atau seorang yang terlibat dalam sukan kekuatan, buat latihan bebanan, nasi putih antara pilihan yang baik jika dibandingkan dengan nasi perang. 

Nasi putih tiada kesan tarikan kembali seperti alergi makanan, masalah kurang penyerapan malnutrisi dan sebagainya.

Nasi perang mengandungi phytic acid. 

Ia menghalang penyerapan sebahagian vitamin dan mineral yang kita perlukan untuk hadamkan protein dan kanji. 

Phytic acid yang tinggi akhirnya membawa kepada kemurungan GI. 

Pengambilan nasi putih tak menyebabkan masalah perut, alergi, kembung dan kesan lain disebabkan pengambilan karbohidrat.

Ramai yang takut makan nasi putih disebabkan takut gemuk. 

Tahukah anda, kalori nasi putih dan nasi perang sebenarnya hampir sama. 

Cuma nasi perang beri rasa kekenyangan lebih lama. 

Daripada segi benefit, saya lebih galakkan nasi putih melainkan anda ada masalah diabetes @ kencing manis.


Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...