TUJUAN:
Mengukur
prestasi koordinasi lengan dan pergelangan bahu.
PERINGKAT UMUR:
Pelajar
lelaki dan perempuan Kolej Matrikulasi Malaysia.
KESAHAN:
0.79
(Scott, 1943)
KEBOLEHPERCAYAAN:
0.89
(Scott, 1943)
OBJEKTIF:
Tidak
dilaporkan
KAWASAN UJIAN:
Padang
permainan bola sepak yang mempunyai keluasan 10 meter (lebar) x 50 meter
(panjang). Jarak dari garisan permulaan balingan ditandakan setiap 3 meter.
ALATAN:
Jam randek,
bola keranjang, pita pengukur dan pita penanda.
PROSEDUR:
- Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
- Subjek dikehendaki membuat balingan sejauh yang mungkin dari kedudukan berdiri tanpa melompat.
- Subjek dibenarkan menggunakan kedua-dua belah tangan dan membuat balingan dari atas bahu dengan tidak memijak garisan balingan semasa membuat balingan.
- Arahan `sedia’ dan `mula’ diberikan kepada subjek untuk melakukan ujian.
- DUA percubaan diberikan kepada subjek.
KIRAAN SKOR:
- Skor dikira dalam unit meter yang hampir berdasarkan jarak dari garisan permulaan kepada tempat jatuh bola keranjang yang dibaling.
- Percubaan yang terbaik daripada dua percubaan yang diberi direkodkan sebagai skor ujian.