Ramai berpengalaman patah-patahkan jari dan dengar bunyi
‘pop’. Juga kepada sendi bahu, pinggang, leher, lutut atau lain-lain sendi. Tapi
yang pelik, apabila berlakunya bunyi ‘pop’ kita rasa seronok, lega dan ‘sedap’
melakukannya tanpa rasa takut sebaliknya kita ketagih pula.
Mengapa sendi kita mengeluarkan bunyi ‘pop’
Kebanyakan bunyi ‘pop’ boleh dikategori sebagai crepitus atau
bunyi-bunyian di sendi. Ia adalah disebabkan cavitation (tak jumpa pulak perkataan
yang sesuai menggantikan cavitation).
Cavitation berlaku disebabkan perubahan tekanan yang
membenarkan karbon dioksida menyerap ke dalam bendalir atau sinovial di
sendi yang mana akan keluar dalam bentuk buih gas. Apabila sendi ditutup dengan cepat, ia menghasilkan bunyi
pop atau bunyi keretakan.
Namun begitu menurut pakar, perbuatan tarik dan letupkan janganlah diamalkan kerana tidak
elok untuk jangka masa panjang.
Secara teorinya, ia akan mengarah ke arthritis tapi
belum ada kajian yang benar-benar membuktikannya.
Ramai yang mengalaminya dan tiada masalah berdepan dengannya
sehingga ke hari tua. Tiada gunanya mengambil glucosamine untuk masalah
ini kerana ianya tidak akan membantu.