Sistem Kardiovaskular
Fungsi utama sistem kardiovaskular semasa latihan ialah
untuk menghantar darah ke tisu – tisu aktif iaitu membawa oksigen dan bahan –
bahan makanan, dan memindahkan bahan – bahan kumuh metabolisme.
Kadar Degupan Jantung
Semasa rehat degupan jantung ialah 60 – 80 denyutan dalam
satu minit (DSM); bagi individu – individu yang paling mendap debaran jantung
(DJ) mungkin melebihi 100 DSM; dan bagi atlit yang mempunyai daya tahan yang
tinggi, DJ mereka ialah antara 28 – 40 DSM seperti pelari marathon.