Autokratik
Satu stail kejurulatihan yang bersifat “kuku besi”, kerana pada stail ini
jurulatih mempunyai kuasa penuh terhadap sesuatu organisasi dan setiap
keputusan yang hendak dibuat. Selain itu pada stail ini juga jurulatih
merupakan ketua dan bukan pentadbir. Ini kerana beliau beranggapan beliau
mempunyai pengalaman yang luas lebih mengetahui selok belok sesuatu acara sukan
yang dilatihnya berbanding atlit. Oleh yang demikian atlit hanya perlu menurut
segala perintah yang diarahkan disebabkan kurangnya penglaman dan pengetahuan.
Secara tidak langsung akan memberikan efek kepada atlit sekaligus merencatkan
perkembangan dan prestasi atlit tersebut. Stail kejurulatihan seperti ini tidak
sesuai untuk digunakan keatas atlit professional tetapi sesuai iuntuk atlit amatur
terutamanya bagi atlit yang berada dibangku sekolah rendah iaitu berumur
dibawah 12 tahun.
Demokratik
Merupakan satu stail kejurulatihan yang bersifat terbuka keatas atlit-atlitnya.
Selain itu, jurulatih yang berprifil seperti ini kebiasaanya memberi peluang
kepada atlet-atletnya ataupun pihak luar untuk bersuara dan membentangkan
pendapatnya untuk kebaikan mereka berdua. Jurulatih yang berprofil seperti ini
kebiasaanya bersifat professional kerana mengambil kira pandangan suara pihak
lain sebelum membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Ini kerana jurulatih
percaya keatas atlit yang muda bahawa mereka boleh melontarkan idea yang bernas
dan sekaligus boleh berkembang atlit yang lebih bermotivasi dan matang apabila
dewasa kelak jika mereka diberikan pendedahan dan peluang yang cukup dan
berkeyakinan. Stail kejurulatihan seperti ini lebih sesuai digunakan keatas
atlit-atlit professional dan kurang sesuai digunakan keatas atlit amatur.
Lassez faire
Merupakan satu stail kejurulatihan yang bersifat rendah yang membenarkan
sesebuah organisasi atau aktiviti itu berjalan dengan sendirinya selain memberi
organisasi itu sendiri yang membuat sesuatu keputusan berbanding jurulatih itu
sendiri atau dengan kata lain jurulatih yang mengamalkan stail ini bersifat
lepas tangan dan suka meletakkan sesuatu beban itu di bahu pihak lain. Jenis
stail kejurulatihan ini tidak sesuai untuk digunakan sama ada keatas sesebuah
organisasi ataupun keatas atlit-atlit terutamanya keatas atlit amatur kerana
secara tidak langsung ianya akan memberi kesan keatas atlit itu sendiri dan
membentuk satu tingkah laku yang tidak elok.
Behaviouristik
Pada stail ini jurulatih lebih banyak melakukan sesuatu tanpa mengikut
undang-undang yang telah ditetapkan “mengikut hati” dan lebih percaya perkara
yang hendak dilakukan itu lebih kepada kerja-kerja sukarela. Selain itu, beliau
juga kurang kompeten dalam memberi panduan dan arahan keatas atlit iaitu beliau
lebih mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk membuat tindakan seperti
pembantunya, pihak atasan atau pihak lain dan akibat daripadanya banyak
kerja-kerja yang tertangguh dan tidak berjalan seperti yang diaturkan. Ini
kerana pengetahuan beliau mengenai kejurulatihan tidak tepat banyak.