Berkelulusan / berkelayakan
Seseorang jurulatih itu perlulah mempunyai kelulusan dan kelayakan yang telah
diakui oleh pihak tertentu sebelum menjadi seseorang jurulatih. Seperti yang
telah ditetapkan, untuk menjadi seseorang jurulatih beliau perlulah mempunyai
kelulusan yang telahditetapkan iaitu salah satunnya mempunyai 2 sijil sains
sukan yang diiktiraf dan mempunyai tahap 2 sijil kejurulatihan. ini bagi
mengelakkan atlit di bawah seliaan kita mamandang rendah keupayaan kita.
Jurulatih perlu mengamalkan etika sebagai jurulatih dari aspek tingkah laku
seperti percakapan,sikap dan sebagainya.selain itu jurulatih juga perlu
mempunyai kawalan diri yang baik iaitu berkelakuan yang boleh diterima umum
iaitu seperti tidak bertindak secara liar ketika meraikan kemenagan dan ketika
meratapi kekalahan.
Berdisiplin
Jurulatih wajib menepati masa seperti yang telah ditetapkan dan juga mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Jurulatih wajib menepati masa seperti yang telah ditetapkan dan juga mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Bersikap positif
Seorang jurulatih perlu mempunyai semangat kesukanan yang tinggi iaitu sanggup untuk menerima kekalahan dengan baik dan tidak menimbulkan masalah. Selain itu jurulatih perlu sentiasa memkirkan adanya peluang kemenangan.