- Achilles Tendon ialah tendon besar yang menghubungkan otot Gastronemius dan otot Soleus dengan tulang tumit kaki (Camcaneus) yang terletak dibelakang kaki.
- Peranan tendon ini adalah untuk menolak kaki ke depan ketika berjalan dan berlari.
- Kajian mendapati punca utama ialah tisu yang merosot dan hilang struktur asal serat tisu.
- Achilles Tendonitis boleh terjadi pada bahagian lekat tendon dengan tulang tumit atau pada pertengahan tendon, selalunya 4 sentimeter dari atas tumit.
- Proses penyembuhan Achilles Tendon selalunya perlahan kerana kawasan itu mempunyai rangkaian bekalan darah yang sangat kurang.
- Tendonitis akut selalunya mempunyai ciri-ciri sakit yang terjadi secara berperingkat dibahagian belakang buku lali, iaitu di atas tulang tumit.
- Keadaan ini berlakui di dalam tempoh beberapa hari dan kesakitan di bahagian ini biasanya terjadi pada masa awal latihan dan berkurangan selepas latihan berlangsung.
- Sakit juga berkurangan dengan berehat daripada melakukan aktiviti latihan berkenaan.
- Kesakitan akan terasa jika bahagian Achilles Tendon ditekan dengan jari.
- Tendonitis kronik boleh terhasil daripada tendonitis akut jika ia dibiarkan tanpa rawatan atau jika ia tidak mendapat rehat secukupnya.
- Tendonitis kronik sukar dirawat terutama dikalangan atlet yang telah berumur.
- Tendonitis kronik bercirikan sakit yang terjadi perlahan-lahan tetapi di dalam jangka masa berminggu-minggu atau berbulan bulan.
- Sakit berlaku ketika melakukan sebarang letihan dan kekal sepanjang latihan itu. Sakit bertambah ketara ketika berjalan, mendaki bukit atau menaiki tangga.
- Sakit dan ketegangan di dalam Achilles Tendon berlaku terutama pada waktu pagi atau selepas berehat.
- Kadangkala ada bengkak pada Achilles Tendon, jika ditekan dengan jari, akan menyakitkan dan juga radang pada permukaan kulit kaki.
- Achilles Tendonitis ialah satu kecederaan yang disebabkan oleh peningkatan aktiviti fizikal yang berlebihan, kurang masa rehat, keadaan kasut, permukaan jalan serta otot betis yang lemah, pendek dan tegang.
- Rawatan awal untuk kesakitan disebabkan oleh Achilles Tendonitis ialah berehat daripada aktiviti lasak serta melakukan terapi sejuk ais.
- Selain itu, amalkan pemakaian alas tumit dalam kasut untuk menaikkan tumit kaki dan mengurangkan bebanan renggangan pada Achilles Tendon. Namun kaedah ini hanya sementara sehingga Achilles Tendon sembuh.
- Pakar akan memberi ubat anti radang untuk mengurangkan sakit, penggunaan pada bahagian belakang kaki mampu memberi sokongan pada Achilles Tendon.
- Jika kecederaan dialami adalah pada tahap teruk, cas plaster mungkin perlu dipasang pada kaki untuk merehatkan kaki dan tendon berkenaan.
- Penggunaan terapi ultrasound akan dilakukan oleh ahli fisioterapi untuk merangsang proses penyembuhan.
- Sesetengah pakar akan meberi suntikan steroid pada bahagian tendon yang radang atau tercedera.
- Bagaimanapun, suntikan terus ke dalam tendon tidak digalakkan kerana sesetengah pakar percaya , suntikan steroid boleh meningkatkan risiko tendon terputus.
- MRI (Magnetik Resonan imaging) dan ultrasound digunakan dapat membantu mengenalpasti tahap radang dan kecederaan Achilles Tendon.
- Kewujudan tisu parut dan tisu nekrotik di dalam Achilles Tendon dapat dikenalpasti.
- Pembedahan akan dilakukan jika rawatan secara konservatif gagal menyembuhkan Achilles Tendon.
- Ketika pembedahan, tisu parut dan tisu nekrotik akan dibuang.
- Jika kecederaan ini mendapat rawatan dari peringkat awal, proses penyembuhan selalunya dapat berjalan dengan baik.
- Penting untuk seseorang itu melakukan rehabilitasi pada bahagian Achilles Tendon dengan teknik betul selepas tendon sembuh supaya tidak mengalami kecederaan berulang.
Contoh-contoh rehabilitasi |