Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 13 April 2016

Proses Sosialisasi Melalui Sukan


Faktor utama proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat mensosialisasikan individu terbabit. 

Elemen-elemen yang terdapat dalam peraturan sukan seperti sikap bekerjasama, berdisiplin, saling menghormati di antara individu serta mematuhi undang-undang dan peraturan dapat membantu untuk pembentukan sifat peribadi individu itu sendiri. 

Melalui sukan sikap individu dapat di bentuk dengan menunjukkan sikap yang baik, nilai-nilai murni, tingkahlaku yang terpuji dan kepimpinan individu terserlah. 

Melalui sukan juga perwatakan individu boleh berubah misalnya, jika dahulu seorang individu itu pendiam maka dengan mengikuti aktiviti sukan individu tersebut bertukar menjadi orang yang agresif. 

Tindakan agresif ini dapat dilihat dalam sukan ragbi dan gusti.

Di samping itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat untuk mengintegrasikan atlit-atlit atau ahli-ahli. 

Dalam pasukan tersebut akan terbentuk sikap saling membantu dan sentiasa memastikan pasukan menang dalam pertandingan sukan dengan mengamalkan sikap saling membantu. 

Sikap ini akan mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli pasukan.

Selain itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan tersebut berunsurkan motivasi kejayaan. 

Pasukan atau individu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan. 

Motivasi yang diterima sama ada berbentuk motivasi intrinsik atau pun motivasi ekstrinsik. 

Melalui motivasi dalam aktiviti sukan tersebut individu atau kumpulan pasukan akan bersama-sama untuk mengharumkan  nama negara  dan keluarga. 

Semangat ini didapati berkesan untuk mendorong atlet  mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan. Misalnya dalam sukan badminton dan skuasy.

Seterusnya, proses sosialisasi melalui sukan juga ialah sukan sebagai alat pertahanan diri. 

Individu akan bersukan adalah untuk mempertahankan diri sama ada untuk mempertahan diri sendiri atau organisasi atau pun disebabkan faktor lain.  

Dengan mempelajari kemahiran yang terdapat melalui sukan tersebut maka individu tersebut berasa lebih selamat. 

Misalnya individu boleh mempelajari seni mempertahankan diri dalam sukan seperti karate do, taekwondo, menembak dan memanah.  

Kesimpulannya, sosialisasi sukan melibatkan individu dan juga agen-agen sosialisasi hasil daripada proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui sukan. 

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...