- Selama ini sebahagian besar orang ramai boleh dikatakan kurang mengambil garam kerana terpengaruh dengan persepsi, mineral itu mampu memudaratkan kesihatan selain menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit.
- Walau bagaimanapun, menurut satu hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik daripada Falkulti Perubatan di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) selama Sembilan tahun, pengambilan garam jika mengikut sukatan yang ditetapkan sebenarnya mampu memberi kesan yang baik untuk jangka masa panjang.
- Menurut Profesor Kesihatan Pekerjaan di Jabatan Kesihatan Masyarakat (PPUKM), Prof. Dr. Noor Hassim Ismail, pihaknya telah menjalankan kajian itu ke atas pelbagai lapisan masyarakat termasuk pesakit hipertensi dan golongan warga emas.
- Di dalam kajian yang dijalankan itu mendapati garam mengandungi potassium iaitu mineral yang perlu ada di dalam tubuh manusia yang iasanya terdapat di dalam buah-buahan serta sayur-sayuran seperti pisang dan kobis.
- Di dalam kajian, jika garam diambil di dalam skala yang betul, tekanan darah dapat diturunkan. Kajian tersebut merupakan kajian ‘cohort’ iaitu pemerhatian untuk jangka masa panjang selama sembilan tahun bermula pada tahun 2005 dan melibatkan seramai 116,000 responden dari seluruh negara.
Sumber.