Motivasi
intrinsic merupakan motivasi yang berlaku dari dalam dan tidak dipengaruhioleh
ganjaran atau pengaruh luaran. Ia berbentuk dari keyakinan diri serta persepsi
tentang kebolehan yang diperkukuhkan oleh maklum balas positif yang dikaitkan
dengan kejayaan menguasai sesuatu kemahiran.
Dalam
konteks sukan, kita menjangkakan motivasi luaran akan mendatangkan kesan
tambahan terhadap motivasi intrinsic. Jika diteliti, kita akan membuat
kesimpulan bahawa individu yang melakukan sesuatu aktiviti kerana mereka mahu
atau suka melakukan aktiviti tersebut sebagai individu yang bermotivasi intrinsic.
Sebaliknya, jika individu tersebut melibatkan diri kerana ingin mendapatkan
ganjaran, maka individu ini boleh dikelasifikasikan sebagai bermotivasi
ekstrinsik.
Ganjaran
ekstrinsik sebenarnya mendatangkan kesan negative atau melemahkan motivasi intrinsic
atlet muda untuk bertanding di dalam acara-acara sukan. Berdasarkan prinsip
tambahan, atlet yang rendah motivasi intrinsiknya akan menyertai aktiviti
berbentuk pencapaian sekiranya ganjaran yang bakal diterimanya mencukupi.
Ganjaran luaran boleh meningkat atau menurunkanmotivasi intrinsic individu.
Keadaan-keadaan
berikut boleh digunakan dan diterapkan oleh seseornag jurulatih bagi
membolehkan seseorang atlet di bawah bimbingannya dapat meningkatkan seterusnya
mengukuhkan motivasi intrinsik mereka:
- Memastikan tugasan yang dilaksanakan dipelbagaikan agar atlet tidak jemu, malahan ingin terus berusaha untuk mencapai kemahiran baru.
- Libatkan atlet dalam perancangan sesuatu aktiviti atau penilaian program latihan supaya mereka dapat memantau peningkatan diri.
- Ganjaran kerana menyertai aktiviti mestilah khusus kepada individu dan bukannya bertumpu kepada persaingan (menang atau kalah) atau yang berunsurkan perbandingan social.
- Atlet disatukan dalam kumpulan agar mereka dapat berkerja sama dalam meningkatkan kemahiran sendiri (sokongan).
- Penilaian perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah yang pelbagai serta menjurus kepada peningkatan usaha dan pencapaian kendiri.
- Memastikan peruntukan masa yang sesuai bagi memastikan apa yang disarankan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
- Menggunakan arahan dan latih tubi yang berkesan.
- Menggalakan bicara kendiri yang positif.
- Berkeyakinan sebagai jurulatih bagi membina keyakinan atlet.
- Memuji perlakuan atau pergerakan yang baik.
- Proses kesesuaian fizikal yang sesuai untuk aktiviti yang bakal dilaksanakan.