Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Jumaat, 7 Jun 2013

Kesan Ganjaran Ke Atas Motivasi Intrinsik


Motivasi intrinsic merupakan motivasi yang berlaku dari dalam dan tidak dipengaruhioleh ganjaran atau pengaruh luaran. Ia berbentuk dari keyakinan diri serta persepsi tentang kebolehan yang diperkukuhkan oleh maklum balas positif yang dikaitkan dengan kejayaan menguasai sesuatu kemahiran.

Dalam konteks sukan, kita menjangkakan motivasi luaran akan mendatangkan kesan tambahan terhadap motivasi intrinsic. Jika diteliti, kita akan membuat kesimpulan bahawa individu yang melakukan sesuatu aktiviti kerana mereka mahu atau suka melakukan aktiviti tersebut sebagai individu yang bermotivasi intrinsic. Sebaliknya, jika individu tersebut melibatkan diri kerana ingin mendapatkan ganjaran, maka individu ini boleh dikelasifikasikan sebagai bermotivasi ekstrinsik.

Ganjaran ekstrinsik sebenarnya mendatangkan kesan negative atau melemahkan motivasi intrinsic atlet muda untuk bertanding di dalam acara-acara sukan. Berdasarkan prinsip tambahan, atlet yang rendah motivasi intrinsiknya akan menyertai aktiviti berbentuk pencapaian sekiranya ganjaran yang bakal diterimanya mencukupi. Ganjaran luaran boleh meningkat atau menurunkanmotivasi intrinsic individu.

Keadaan-keadaan berikut boleh digunakan dan diterapkan oleh seseornag jurulatih bagi membolehkan seseorang atlet di bawah bimbingannya dapat meningkatkan seterusnya mengukuhkan motivasi intrinsik mereka:
  • Memastikan tugasan yang dilaksanakan dipelbagaikan agar atlet tidak jemu, malahan ingin terus berusaha untuk mencapai kemahiran baru.
  • Libatkan atlet dalam perancangan sesuatu aktiviti atau penilaian program latihan supaya mereka dapat memantau peningkatan diri.
  • Ganjaran kerana menyertai aktiviti mestilah khusus kepada individu dan bukannya bertumpu kepada persaingan (menang atau kalah) atau yang berunsurkan perbandingan social.
  • Atlet disatukan dalam kumpulan agar mereka dapat berkerja sama dalam meningkatkan kemahiran sendiri (sokongan).
  • Penilaian perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah yang pelbagai serta menjurus kepada peningkatan usaha dan pencapaian kendiri.
  • Memastikan peruntukan masa yang sesuai bagi memastikan apa yang disarankan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
  • Menggunakan arahan dan latih tubi yang berkesan.
  • Menggalakan bicara kendiri yang positif.
  • Berkeyakinan sebagai jurulatih bagi membina keyakinan atlet.
  • Memuji perlakuan atau pergerakan yang baik.
  • Proses kesesuaian fizikal yang sesuai untuk aktiviti yang bakal dilaksanakan.



Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...