Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 8 April 2013

SISTEM ENDOKRIN

Sistem endokrin merupakan himpunan kelenjar yang mengeluarkan rembesan bahan kimia perutusan dikenali sebagai hormone. Hormon ini bergerak melalui saluran darah kepada organ-organ sasaran dan menghasilkan pertukaran kimia dalam tubuh.
Kelenjar endokrin utama
  



  • Kelenjar Pineal
  • Kelenjar Pituitari
  • Kelenjar Tiroid
  • Timus
  • Kelenjar Adrenal
  • Pancreas
  • Ovari
  • Testis

TIMUS
Timus merupakan satu organ khusus dalam sistem imun. Timus ‘mengawal’ T-Limfosit (Sel-T) iaitu antara sel terpenting dalam sistem imunisasi adaptif. Setiap sel T menyerang benda asing yang dicamnya dengan reseptornya yang dihasilkan dengan merombak sigmen-sigmen gen secara rawak. Setiap sel T menyerang satu antigen yang berbeza. Sel T yang menyerang protein badan sendiri disingkirkan dalam timus. Sel epithelium timus menyampaikan protein-protein utama dari mana-mana anggota lain dalam badan dan sel T yang membalas kepada protein iyu disingkirkan secara kematian sel terprogram (apoptosis).


Timus terdiri dari dua pasang seiras dan terletak di mediastinum anterior atas, di hadapan jantung dan belakang sternum. Timus adalah paling besar dan paling aktif sewaktu baru lahir dan zaman pra remaja. Menjelang awal belasan tahun, timus mula mengecil dan stroma timus diganti oleh tisu adipos (lemak). Namun demekian, saki-baki limfopoiesis T kekal di sepanjang usia dewasa.




GINJAL
Ginjal merupakan oprgan komplaks yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah mengekalkan imbangan homoeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit seperti urea dan galian dari darah yang menyingkirkannya bersama air sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potassium, hydrogen, oksigen dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat dan glukos dalam plasma, ia merupakan pengawal penting bagi tekanandarah, metabolite glukos dan eritopoiesis (sel darah merah (eritrosit) dihasilkan.



Fungsi Ginjal
Rembesen Hormone
Ginjal merembeskan pelbagai hormone. Eritropoietin dibebaskan sebagai tindak balas kepada tahap O2 rendah dalam kitaran renal (kencing). Ia merangsang penghasilan eritrosit dalam sum-sum tulang. Renan terbabit dalam pengawalan rembesan aldosteron melalui sistem rennin-angiotensin-aldosteron. Calcitriol, bentuk aktif bagi vitamin D, merangsang penyerapan Ca+2 dari darah dan penyingkiran PO32-, kesemua akan meningkatkan aras Ca2+.

  • Penapisan Darah

Darah memasuki buah pinggang melalui arteri renal dalam sinus renal. Ia berpecah kepada segmental arteries. Kemudian berpecah kepada arteri interlobar menerusi kapsul renal dan merentasi melalui kolum renal dan kemudian melalui pyramid renal. Arteri interlobar kemudiannya membekalkan darah kapada arteri arcuate yang merentasi sempadan cortex dan madula. Each arteri arcuate membekalkan pelbagai arteri interlobar tambahan yang memuatkan ke dalam afferent arterioles untuk ditapis melalui nephron. Selepas penapisan berlaku darah bergerak melalui jaringan venules halus yang bertemu pada interlobar veins. Sebagaimana pengagihan arteriole, pengagihan saluran menurut pola yang sama. Interlobar membekalkan darah pada saluran arcuate kemudian kembali kepada saluran interlobar dan kemudian membentuk saluran renal dari buah pinggang. Penapisan darah berlaku dalam nefron yang terdapat dalam ginjal.

  • Penyingkiran Bahan Kumuh
Ginjal menyingkirkan pelbagai bahan perkumuhan yang dihasilkan melalui metabolism termasuk sisa bernitrogen seperti urea (dari katabolisme protein) dan asid uric (dari metabolic asid nukleik) dan air.

  • Homeostasis
Ginjal merupakan salah satu organ utama yang terbabit dalam homeostasis keseluruhan tubuh. Antara fungsi homeostatiknya termasuk mengimbangi bes-asid, mengawal kepekatan elektrolit, mengawal isipadu darah dan mengawal tekanan darah. Ginjal melaksanakan fungsi homeostatic ini secara bebas dan melalui koordinasi dengan organ-organ lain terutamanya bersama-sama dengan sistem endokrin. Ginjal berkait dengan organ lain melalui hormone yang dirembes ke dalam aliran darah.

  • Mengimbangi Asid – Bes
Ginjal mengawal tahap pH darah dengan menyesuaikan ion-ion H+ dirujuk sebagai penguat kepekatan ion galian termasuk kompisisi air dalam darah.

  • Tekanan Darah
Ion sodium dikawal dalam proses homeostatic yang membabitkan aldosteron yang meningkatkan penyerapan semula ion sodium dalam distal convoluted tubules.

  • Isipadu Plasma
Sebarang peningkatan atau penurunan dalam osmolaliti plasma dikesan oleh hipotalamus yang berhubung secara langsung dengan kelenjar pituitary posterior.Peningkatan dalam osmolaliti menyebabkan kelenjar merembes hormone antidiuretik menyebabkan penyerapan air oleh ginjal dan peningkatan kepada kepekatan kencing. Kedua-dua factor berkait erat bagi memulih osmolaliti plasma kepada tahap normal.

KELENJAR PINEAL
Kelenjar pineal juga disebut badan pineal, epiphysis cerebri, epiphysis, conarium. Ia merupakan satu kelenjar endokrin kecil pada ota vertebrata. Ia menghasilkan serotonin hasil dari melatonin, hormone yang mempengaruhi modulasi pola bangun/tidur. Ia terletak berhampiran pusat otak di antara kedua belahan, terselit di sebuah alur di mana dua talamus membulat bergabung.


KELENJAR PITUITARI
Kelenjar pituitary atau kelenjar hipofisis terletak pada dasar otak besar. Kelenjar ini merupakan kelenjar utama yang menghasilkan pelbagai hormone dan mengatur kegiatan kelenjar lainnya. Oleh kerana itu, ianya disebut juga sebagai kelenjar pengendali (master of gland). Kelenjar pituitari (hipofisis) dibahagi kepada tiga bahagian iaitu anterior, tengah dan posterior.


  • Pituitari Bahagian Anterior – hormone yang dihasilkan:

Hormone yang Dihasilkan
Fungsi
Somatotrophic Hormone (STH) atau Hormone Pertumbuhan
Mengendalikan pertumbuhan tubuh, kelebihan hormone ini mengakibatkan pertumbuhan raksasa dan sebaliknya kekurangnya mengakibatkan pertumbuhan terbantut.
Thyroid Stimulating Hormone (TSH) atau Hormon Perangsang Tiroid
Mengendalikan kegiatan kelenjar tiroid untuk menghasilkan hormone trioksin
Adrenocorticotrophic Hormone (ACTH)
Mengendalikan kegiatan kelenjar adrenal dalam menghasilkan glukokortikoid
Follicle Stimulating Hormone (FSH) atau Hormon Perangsang Pembentuk Folikel
Wanita: mengatur perkembangan ovary (pemasak folikel)
Lelaki: Mengatur perkembangan testis dan supermatogenesis
Lutenizing Hormone (LH)
Wanita: mempengaruhi ovulasi dan membentuk korups luteum.
Lelaki: mengatur sekresi dari hormone testosterone dan aldosteron pada testis.
Hormon Prolaktin (PRL)
Mempengaruhi pertumbuhan kelenjar air susu
Melanocyte Stimulating Hormone
Mensentisis melamin (pigmen warna)
Antidiuretic Hormone (ADH)
Mencegah urin terlalu banyak

  • Pituitari Bahagian Posterior menghasilkan dua jenis hormone:
Hormon antidiuretik (ADH) berfungsi mengatur kadar air dalam tubuh melalui pembentukan urin dan mencegah pengeluar urin yang terlalu banyak.
Hormon Oksitosin berfungsi untuk kontraksi otot dalam proses kelahiran.

  • Pituitari Bahagian Tengah
Kelenjar pituitary bahagian ini menghasilkan Melanosit Stimulating Hormone (MSH) yang berfungsi untu menaikkan pigmentasi kulit (warna kulit).

KELENJAR TIROID
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher. Fungsinya mengeluarkan hormone tiroid. Antara hormone yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolism manusia.


  • Fungsi Kelenjar Tiroid
Sel tiroid adalah satu-satu sel di dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodine atau yodium yang diambil melalui pencernaan makanan. Iodin ini akan bergabung dengan asid amino tirosin yang kemudiannya akan diubah menjadi T3 dan T4. Dalam keadaan normal pengeluaran T4 sekitar 80% dan T3 15% sedangkan 5% adalah hormone-hormon lain.

T3 dan T4 membantu sel mengubah oksigen dan kalori menjadi tenaga (ATP). T3 bersifat lebih aktif dari T4. T4 yang tidak aktif itu diubah menjadi T3 oleh enzim 5-deiodinase yang terdapat di dalam hati dan ginjal. Proses ini juga berlaku di organ-organ lain seperti hipotalamus yang berada di otak.

Hormon lain yang berkait dengan fungsi tiroid ialah TRH (Thyroid Releasing Hormone) dan TSH (Thyroid Stimulating Hormone). Hormon-hormon ini membentuk satu sistem aksis otak (hipotalamus dan pituitary) - kelenjar tiroid. TRH dikeluarkan leh hipotalamus yang kemudian merangsang kelenjar pituitary mengeluarkan TSH. TSH yang dihasilkan akan merangsang tiroid untuk mengeluarkan T3 dan T4.

  • Penyakit Kelenjar Tiroid
Antara yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah: Perempuan
Genetik
Mengidap penyakit pituitary atau endokrin lain
Usia lebih 60 tahun
Merokok

Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu:
Hipertiroidisme/Tirotoksikosis
Hipotiroidisme
Dalam kes-kes hyperthyroidism/thyrotoxicosis, hormone T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada biasa. Antara penyebabnya ialah:
Grave’s disease – antbodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebihan hormone. Selalunya sebahagian besar sel tiroid yang menghadapinya mengeluarkan hormone berlebihan.
Thyroiditis (tiroid bengkak) – selalunya keadaan ini elok dengan sendirinya.
Toxic Nodule Goitre – terlalu banyak iodine di dalam makanan.

  • Tanda-tanda  penyakit;
  1. Bengkak leher
  2. Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  3. Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  4. Mata menjadi besar (bulging)
  5. Osteoporosis (kereputan tulang)
  6. Pengeluaran peluh banyak, bertambah dan kulit lembap.
  7. Suhu badan naik, tidak tahan panas.
  8. Tekanan darah naik.
Orang yang mengidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormone tiroid yang cukup.

PANKREAS
Pankreas merupakan kelenjar panjang, berbentuk tidak sekata dalam haiwan vertebra iaitu terletak di belakang perut. Merembeskanjus pancreas ke dalam duodenum dan insulin, glucagon dan somatostatin ke dalam aliran darah.

Pankreas adalah organ aksesori pada sistem pencernaan yang memiliki dua fungsi utama:
Mengatur kadar gula dalam darah melalui pengeluaran glucogen yang menambah kadar gula dalam darah dengan mempercepat tingkat pelepasan dari hati.

Pengurangkan kadar gula dalam darah dengan mengeluarkan insulin yang akan mempercepatkan aliran glukosa ke dalam sel pada tubuh, terutama otot. Insulin juga merangsang hati untuk mengubah glukosa menjadi glikogen dan menyimpannya di dalam sel-sel.



KELENJAR ADRENAL
Kelenjar ini merembeskan dua hormone iaitu kortisol dan adrenalin. Kelenjar adrenal juga berperanan mempengaruhi organ reproduksi, berperanan dalam metabolism dan memproduksi respon sistem saraf simpatik.

Kelenjar adrenal terletak di atas ginjal yang terdiri atas dua bahagian iaitu madula dalam (inner medulla) dan korteks luar (outer cortex). Madula dalam menghasilkan epinefrin (adrenalin) dan korteks luar menghasilkan kortisol.

  • Fungsi Kortisol
Kortisol adalah hormone steroid yang digunakan untuk mengembalikan keseimbangan tubuh selama period stress. Oleh sebab itu, kortisol disebut sebagai ‘hormone stress.’ Kortisol bersifat antagonis terhadap insulin dan bertugas memecah lemak dan protein sehingga memainkan peranan dalam mengawal bagaimana tubuh menggunakan nuitrisi. Kortisol biasanya menyebabkan penambahan berat badan iaitu memindahkan lemak dari hati ke otot-otot perut dan meningkatkan nafsu makan.

  • Fungsi Adrenalin
Lapisan luar (korteks) dari kelenjar adrenal menghasilkan kortisol, sedangkan lapisan dalam (madula) menghasilkan epinefrin yang juga dikenali sebagai adrenalin. Epinefrin (adrenalin) berkerja dengan sistem saraf simpatik untuk meningkatkan degupan jantung. Adrenalin juga mendorong metabolism karbohidrat.
Ketika sistem saraf pusat melihat adanya situasi berbahaya atau keadaan darurat, adrenalin akan dilepaskan. Adrenalin meningkatkan degupan jantung, melebarkan otot-otot kaki dan meningkatkan gula darah dengan mendorong penggunaan glukosa. Peningkatan aliran darah dan energy meningkatkan pengiriman oksigen dan glukosa ke otot dan otak.



KESIMPULAN
Kelenjar endokrin, fungsinya dan hormone yang dirembes:
Kelenjar Endokrin
Fungsi
Hormon Dirembeskan

Kelenjar Tiroid
Mengawal sensitiviti tubuh terhadap hormone lain.

Mengawal bagaimana badan menggunakan tenaga (mengawal metabolism badan)

T3 (Triiodothyronine)
T4 (Thyroxine)
Calcitonin

Kelenjar Paratiroid
Mengawal jumlah kalsium dalam darah
Paratiroid

Kelenjar Pituitari
Membantu dalam merangsang pengeluaran hormone pada kelenjar lain
Pertumbuhan
Prolaktin
Oxtocin,
TSH

Kelenjar Testis
Menghasilkan sperma

Menghasilkan hormone androgen yang mempengaruhi pertumbuhan lelaki

Androgen
Estradiol
Inhibin

Kelenjar Ovari

Menghasilkan ovum

Progesterone
Estrogen
Androstenedione

Pankreas

Mengawal kadar gula/glukos dalam darah

Insulin
Glucagon
Somatostatin

Kelenjar Adrenal

Merembeskan hormonyang boleh membantu badan bertindak segera dalam keadaan kecemasan

Adrenalin
Noradrenaline
Dopamine

Kelenjar Hypothalamus

Menghubungkan sistem saraf dengan sistem endokrin melalui kelenjar pituitari

Oxytocin
Vasopressin
Dopamine







Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...