Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 16 Oktober 2012

KASUT TUMIT TINGGI PUNCA PAYU DARA KENDUR



Kasut tumit tinggi sejak sekian lama diketahui menyebabkan masalah urat saraf pada kaki wanita yang memakainya, selain salah satu punca tapak kaki menjadi rata. 

Bagaimanapun kajian sekumpulan saintis dari New York menemui satu lagi akibat mengejutkan kepada wanita yang gemar memakai kasut tumit tinggi, apabila ia juga didapati menjadi punca payu dara menjadi kendur.

Menurut penyelidik yang dipetik dari majalah Prevention, pemakaian kasut tumit tinggi akan menyebabkan otot-otot pactrolis major atau otot-otot kecil di bahagian dada menjadi lemah dan ini akan mengakibatkan payu dara menjadi kendur dan tidak kelihatan menarik.

Segelintir wanita beranggapan bahawa mereka akan kelihatan lebih tinggi, menawan, menarik dan seksi ketika memakai kasut tumit tinggi. 

Bagaimanapun mereka tidak menyedari bahawa kasut tumit tinggi menyebabkan sipemakainya mencondongkan tubuh ke hdapan hampir sepanjang masa. 

Keadaan ini menyebabkan otot dada menjadi tegang dan ‘menarik’ bahu wanita secara berterusan. 

Keadaan ini akan mengurangkan kecantikan bentuk tubuh dan lebih buruk lagi, badan yang sentiasa membongkok akan memeberi tekanan di bahagian atas tulang-tulang vertebra (tulang belakang) hingga ke leher dan akan menyebabkan sakit di bahagian bahu.

Otot di dalam tubuh manusia adlah saling berkait antara satu bahagian otot dengan otot yang lain. 

Jika otot menjadi tegang, Ia akan member kesan kepada keseluruhan sendi. 

Penyelidik berkenaan mengesyorkan supaya wanita sentiasa memerhatikan cara duduk kerana cara dududk yang tidak betul boleh memburukkan lagi keadaan otot-otot dada yang kendur akibat penggunaan kasut tumit tinggi. 

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...