Sistem mekanikal merujuk tenaga
kinetik dan keupayaan yang dihasilkan oleh sistem sendi dan kumpulan otot
manusia. Untuk melakukan pergerakan yang stabil, sistem sendi dan otot perlu
bertindak untuk menggerakan sesuatu jasad.
Sistem Tuas
Tuas adalah satu rod yang boleh
dipusingkan pada satu titik tetap. Keberkesanan tuas adalah bergantung kepada
beberapa faktor iaitu daya yang dikenakan (D), kedudukan beban (B) dan fulkrum (F).
Empat komponen tuas ialah: daya
sebagai penguncupan otot; palang sebagai tulang; fulkrum sebagai sendi dan
beban sebagai rintangan. Tuas dikelaskan kepada tiga jenis
iaitu:
Tuas Kelas Pertama
Berfungsi untuk menjaga
keseimbangan, contohnya mengangkat pemberat.
Tuas Kelas Kedua
Berfungsi untuk
menghasilkan daya gerakan contohnya, kedudukan kaki semasa di dalam
keadaan
bersedia untuk memulakan lompatan.
Tuas Kelas Ketiga
Tuas ini mempunyai kelajuan yang tinggi dan julat pergerakan yang luas
contohnya gerakan
tangan sewaktu melemparkan bola.