Double Champion 1991 - Johore Golden Team |
Prinsip latihan boleh ditakrifkan
sebagai rukun yang mesti diikuti oleh setiap atlet, jurulatih atau sesiapa
sahaja yang terlibat di dalam aktiviti fizikal atau latihan sesuatu jenis
sukan. Prinsip latihan pula perlu dijalankan secara bersistematik dan mengikut
prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Antara prosedur yang perlu diamalkan
semasa prinsip latihan seperti di bawah:
Prinsip latihan fizikal
merangkumi prinsip-prinsip berikut:
(i) Prinsip Tambah Beban –
Latihan bebanan melibatkan latihan rintangan yang prograsif dengan
berulang-ulang untuk mendapatkan pergerakan, kuasa, daya tahan otot, kelenturan
dan kekuatan. Tiga pemboleh ubah dalam latihan ialah: (a) intensiti (b) tempoh
masa/jangka masa (c) kekerapan/frekuensi.
Prinsip Tambah Beban |
Bebanan latihan yang berlainan memberi kesan yang berlainan pada pemulihan atlet. |
(ii) Prinsip Perbezaan Individu
Setiap individu unik dan
bertindak balas secara berlainan terhadap latihan. Oleh itu, sesuatu program
harus diubahsuai mengikut perbezaan individu. Antara faktor-faktor yang
mempengaruhi latihan ialah: (a) baka/genatik (b) kematangan fizikal dan mental
(c0 pemakanan (d) tahap kecergasan fizikal.
(iii) Prinsip Pengkhususan
Individu atau atlet diberikan
latihan yang lebih khusus pada kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan acara
yang akan disertainya selari dengan keperluan-keperluan objektif yang hendak
dicapai.
(iv) Prinsip KebolehbalikanAtlet
perlu menjalani latihan secara berterusan untuk mengelak penurunan tahap
kecergasannya. Jika latihan tidak dijalankan dalam satu tempoh yang lama
selepas satu sesi program latihan latihan, tahap kecergasan atlet itu kembali
ke tahap pralatihan semula. Lazimnya prestasi fizikal akan menurun jika latihan
tidak dilakukan lebih dari 72 jam.
(v) Prinsip Kepelbagaian
Untuk mengelakkan kebosanan
ketika menjalani sesuatu sesi program latihan, aktiviti-aktiviti perlu
dipelbagaikan. Contohnya, latihan yang berat selalunya diikuti dengan rehat
atau aktiviti yang ringan dan santai.