Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 1 Mei 2012

Meningkatkan Kualiti Atlet Menerusi Teknologi




Sukan hari ini tidak hanya tertumpu kepada disiplin sains sukan semata-mata, malah pengunaan teknologi yang diaplikasikan kepada peralatan sukan juga memainkan peranan yang cukup penting. Pelbagai peralatan teknologi baru direkacipta khas bertujuan untuk memulih dan merawat anggota badan selain membantu atlet meningkatkan latihan kecergasan mereka.

Peralatan sukan juga direka bentuk mengikut kesesuaian jenis permainan
Kewujudan teknologi moden telah menghasilan satu bidang pengetahuan baru untuk difahami seluruh aspek gerak laku manusia. Pengetahuan ini telah dapat bantu meningkatkan lagi prestasi kuasa motor manusia secara saintifik dan sistematik ke tahap yang optimum.

Sejak tahun 1960, terdapat peningkatan yang mendadak dalam bidang teknologi sukan khususnya terhadap gerak laku manusia. Ia telah melahirkan bidang-bidang kajian baru antaranya biodinamik iaitu cantuman perinsip-perinsip mekanik, kejuruteraan, fisiologi senaman, anatomi dan kinesiologi.

Bidang ini menjurus kepada penumpuan bercorak saintifik dengan bantuan peralatan yang canggih dan berteknologi tinggi. Peralatan mekanik dan elektronik termasuk peraltan computer dan radiotelemetrik kemudiannya dibangunkan dengan meluasdan digunakan bertujuan meningklatkan prestasi dan menganalisis setiap gerak laku tubuh badan mengikut prinsip-prinsip yang betul. Ia dipertingkatkan lagi dengan pengunaan computer yang membolehkan data-data diproses untuk keputusan yang lebih tepat.

Dinamometer Isokenatik digunakan untuk fisiotrapi

Justeru tidak hairanlah, didalam beberapa lapangan sukan di dunia, teknologi telah mendorong kepada kejayaan luar biasa atletnya yang pada logic akal manusia, ia sebenarnya di luar kemampuan atlet itu sendiri. Contohnya penggunaan baju renang terutamanya di kalangan perenang Australia yang dihasilkan daripada gabungan teknologi bembuatan termoden serta aplikasi sains termaju. Hasilnya, penggunaan baju renang itu telah menjadikan perenang-perenang dari negara berkenaan meletakkan mereka sebagai kuasa besar dalam lapangan sukan berkenaan.  


Selain itu, teknologi moden juga digunakan untuk mencipta peralatan dan membina kemudahan tempat bersukan yang lebih selamat. Teknologi berkaitan sains biomekanik juga telah dibangunkan dan diguna pakai untuk membina mesin-mesin untuk tujuan latihan dan pemulihan atlet. Ia melibatan peraltan isokinetik, isometric dan isotonic yang banyak membantu atlet meningkatkan daya fizikal mereka mengikut keperluan sukan masing-masing.

Basikal yang menggunakan teknologi F1 berjenama Koga Kimera
Lapangan atau trek sukan juga tidak terkecuali daripada menerima sentuhan teknologi moden, contohnya pengunaan kamera berkepantasan tinggi. Teknologi ini membolehkan pergerakan tubuh badan atlet dirakam dan dianalisis bagi menentukan kecekapan atau kesilapan pergerakan ketara. Teknologi itu juga digunakan bagi menentukan catatan masa direkodkan dengan tepat.

Adizero F50 kasut bola sepak pintar pertama di dunia keluaran Adidas


Sebenarnya masih banyak lagi teknologi berkaitan sukan yang sudah dan sedang dipelopori. Persaingannya menjadi semakin sengit apabila bidang sukan ini tidak hanya berkaitan kesihatan atau kemenangan semata-mata, malah turut membawa imej sesebuah bangsa dan negara. 

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...