Jantung terletak di bahagian rongga
dada antara dua paru-paru. Jantung ialah organ berotot yang mengepam darah ke
seluruh badan. Jantung dibina daripada otot kardium. Jantung manusia
dibahagikan kepada ruang kiri dan kanan oleh septum serta terdiri daripada
empat ruang iaitu atrium kiri, atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel
kanan.
Atrium kiri dan atrium kanan
terletak di bahagian atas jantung. Kedua-dua atrium adalah lebih kecil dan
mempunyai dinding yang lebih nipis dari ventrikel.
Ventrikel kiri mempunyai dinding
yang lebih tebal dari ventrikel kanan. Ini disebabkan ventrikel kiri perlu
mengepam darah beroksigen ke seluruh bahagian badan manakala ventrikel kanan
hanya perlu mengepam darah ke paru-paru sahaj.
Injap tricuspid mengasingkan
atrium kanan daripada ventrikel kanan manakala injap bicuspid mengasingkan
atrium kiri daripada ventrikel kiri. Kedua-dua fungsi injap ini adalah untuk
menghalang darah daripada mengalir semula ke dalam atrium apabila ventrikel
menguncup.
Injap sabit pula yang terletak di
bahagian aorta dan di bahagian atri pulmonary menghalang darah daripada
mengalir bali ke dalam ventrikel.
Salur darah jantung pula terdiri darupada tiga
jenis iaitu arteri, vena dan kapilari.