Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 17 April 2012

Setinggi Mana Anda Boleh Melompat?



Apabila anda menonton perlawanan bola keranjang atau bola tampar, cuba perhatikan berapa tinggikah pemain melompat untuk mendapatkan dan melontar bola. Bagi mengukur berapa tinggi anda boleh melompat, berdiri di sebelah dinding dengan sebatang pensel di tangan dan angkat tangan setinggi mana yang boleh tanpa mengangkat kaki.

Catatkan ketinggian yang boleh dicapai dan kemudian lompat setinggi mana yang boleh dengan tangan diangkat di atas kepala. Semasa melompat, catatkan sekali lagi ketinggian dan beza antara ke dua-dua ketinggian adalah ukuran setinggi mana anda boleh melompat.

Anda boleh melompat lebih tinggi jika anda membengkokkan kaki sebelum melompat, kerana semasa melompat anda akan menolak lantai dan dapat melompat lebih tinggi. Menghayunkan tangan juga akan menambahkan ketinggian lompatan kerana apabila badan dipaksa ke bawah, ia akan meningkatkan ketinggian lompatan. Ini kerana semangkin lama masa pergerakan sesuatu jasad bergerak, maka daya yang terhasil akan semakin bertambah.

Kaedah mengukur ketinggian lompatan dinamakan Lompatan Sargent sempena nama pengasan Pendidikan Jasmani Amerika syarikat iaitu Dudley Sargent.


Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...