Ion logam perak toksik kepada banyak jenis kulat, virus dan bakteria |
Bagi mereka yang gemar bersukan
tentu sahaja mengalami masalah dengan bau badan selepas sahaja selesai
beriadah. Tentu sahaja mereka memerlukan bahan bagi menghilangkan bau peluh
untuk meningkatkan keyakinan diri selepas bersukan.
Kini terdapat bahan baru yang
digunakan dalam pakaian sukan bagi membantu mengatasi masalah bau badan. Selama
ini, logam perak telah lama digunakan di dalam balutan luka bagi menghilangkan
bau yang tidak menyenangkan akibat aktiviti bakteria.
Logam perak bukan sahaja cantik
tetapi ionnya yang bertoksik kepada banyak jenis bacteria, virus, alga dan
kulat. Oleh itu, apabila logam perak diletakkan di kulit yang cedera atau luka,
ia akan mengurangkan baud an mengubati luka kerana bacteria akan musnah dan
kulit baru akan berkembang tanpa gangguan.
Kini salah satu aplikasi logam
perak yang paling popular adalah X-Static yang digunakan dalam 1,000 jenis
produk daripada pakaian sukan kepada stoking ke cadar hospital dan pakaian
tentera.
Logam perak sangat berkesan
kerana ia mempunyai cirri spectrum microbial yang amat luas. Ini bermakna logam
perak boleh membunuh pelbagai jenis bacteria.Ia bertindakbalas terhadap
kedua-dua organism gram positif dan negative yang menyebabkan bau tidak
menyenangkan. Bagaimanapun bukan bacteria sahaja yang menyebabkan bau tidak
menyenangkan, tetapi juga ammonia dan juga protein.
Logam perak boleh ditemui di
dalam pakaian sukan terutama kasut dan stoking. Biasanya perak akan bergabung
dengan mana-mana ammonia dan protein yang terubahsuai dan menghalang
pengeluaran bau. Buat masa ini, teknologi berkenaan telah digunakan oleh Unifi’s A.M.Y., Milliken’s Alphasan and Nobile Fiber Technology’ X-Static.
Mereka memasukan produk dengan memasukan ion perak pada permukaan pakaian sukan
berkenaan.
Apabila produk pakaian sukan
mengandungi ion-ion perak bersentuhan secara terus dengan kulit, ion perak akan
masuk ke dalam dinding sel orginsma yang tinggal di sana, menggunakan proses
penghasilan tenaga dan menyebabkan mikro organism berkenaan mati.
AWAS, penggunaan logam perak menjadikan kulit semakin gelap yang dinamakan sebagai kesan argyria. Ini tentunya tidak disukai oleh atelt-atlet wanita yang perasan dirinya putih dan cantik. Walau bagaimanapum, yang hitam tetap menawan, macam Beyonce.....Wassalam.