Sejuk membantu
meredakan bengkak dengan mengecutkan saluran darah dan ini akan mengurangkan
pendarahan bengkak di kawasan berhampiran. Sejuk juga membantu otot daripada
terus mengecut tanpa kawalan dan meredakan kesakitan. Tetapi sejuk yang
melampau juga akan merosakan kulit dan sebab itu kita perlu meletakan ais
selama beberapa minit, rehat sekejap dan letakkan ais semula. Ini membolehkan
kulit kembali ke suhu normal semasa rawatan.
Anda perlu
meletakan ais selama 10 hingga 30 minit bergantung kepada bahagian tubuh dan
keselesaan. Kawasan dengan lemak badan yang sedikit seperti lutut dan siku
tidak tahan sejuk berbanding bahagian paha dan punggung. Bungkusan gel sejuk
yang boleh dicair dan dibekukan semula menyejukkan kulit dengan kadar yang
cepat berbanding bag ais biasa yang hanya boleh digunakan dalam masa yang
singkat.
Terapi sejuk
digalakan bagi mereka yang sensetif terhadap kesejukan, salur darah yang
berhampiran dengan permukaan kulit, pesakit diabetes dan mereka yang mempunyai
masalah darah terus mengalir.
Haba juga boleh
merehatkan otot dan mengurangkan kesakitan tetapi bengkak akan bertambah teruk
kerana haba merangsang pengaliran darah. Oleh kesejukan merupakan rawatan
terbaik dan mudah bagi kecederaan selama 48 jam atau bengkak reda. Kemudian
haba digunakan bagi meningkatkan pengaliran darah bagi ‘membersihkan’ kawasan
yang musnah.