Sains sukan
merupakan satu disiplin yang mengkaji prinsip dan teknik aplikasi saintifik
dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi seseorang atlet. Ini kerana,
pergerakan manusia merupakan disiplin saintifik yang berkaitan dengan kajian
semua konteks pergerakan manusia termasuk bersukan.
Kajian mengenai
sains sukan secara tradisionalnya, melibatkan bidang-bidang seperti psikologi,
fisiologi, kawalan motor dan biomekanik dan juga merangkumi topik-topik lain
seperti pemakanan dan diet, teknologi sukan dan analisis prestasi.
Saintis sukan dan
perunding prestasi telah berkembang berdasarkan kepada permintaan. Pengajian
peringkat tinggi dalam bidang sains sukan atau pergerakan manusia juga semakin
meningkat dan popular berdasarkan jumlah pengajian yang ditawarkan oleh university
di seluruh dunia.
Peluang siswazah
dalam bidang tersebut termasuk pengajar pendidikan jasmani, pengajar sains
sukan, ahli pemakanan, analisis prestasi, jurulatih, ahli terapi, pengurus
pusat kecergasan, pentadbir sukan dan juga pengurus peruncitan kedai sukan.
Siswazah ini juga boleh diberi latihan lanjutan sebagai ahli fisiotrapi.