Diabetes adalah penyakit
kronik yang terjadi apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin iaitu
hormone yang diperlukan untuk memproses gula, kanji dan makanan lain kepada
tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian.
Genetik dan gaya hidup
merupakan dua faktor yang memainkan peranan penyakit ini dan tiada penawar
untuk menyembuhkan penyakit ini. Diabetes merupakan penyebab utama kegagalan
ginjal.
Bagi mereka yang sihat,
ginjal mereka mampu memproses albumin iaitu protein. Namun pesakit diabetes,
antara kesan awal pada buah pinggang adalah penghasilan kuantiti kecil protein
dalam urin yang dipanggil microalbuminuria.
Ianya sukar dikesan untuk
lima tahun pertama malah pesakit akan mendapati semuanya normal walaupun telah
melakukan ujian darah. Apabila memasuki tahun kelapan hingga kesepuluh, pesakit
akan mendapati urin mereka berbuih banyak dan bila jumlahnya semakin bertambah,
ia merupakan petanda awal penyakit buah pinggang.
Antara symptom penyakit buah pinggang ialah, sentiasa berasa
letih, selera makan berkurangan, ruam dan gatal-gatal di kulit, muntah-mundan
kaki mula membengkak.
Komplikasi akibat penyakit
ini apabila ia mencapai peringkat akhir ialah pesakit susah bernafas, paru-paru
berair, pengumpulan toksik di dalam badan, senang terkena serangan jantung dan
akhirnya buah pinggang mengalami kerosakan yang memerlukan pesakit memerlukan
proses dialysis.
Jika ada di antara
keluarga terdekat mengalami diabetes, selalulah melakukan pemeriksaan kesihatan
dengan memerikas aras gula dan kolestrol di dalam badan serta menjalani ujian
urin khas untuk ginjal iaitu ujian mengesan albumin.
Pesakit diabetes perlu
mengawal berat badan dan melakukan senaman sebanyak tiga hingga lima kali
selama 15 minit bagi setiap sesi seminggu.
Mengamalkan gaya hidup
yang sihat seperti berhenti merokok, kurangkan keluar mengetih bersama
rakan-rakan, kurangkan pengambilan gula perlu diterapkan terutamanya kepada
mereka yang menyempunyai sejarah keluarga mengidap diabetes.