Satu gelas minuman
berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung, menurut
sekumpulan penyelidik dari Harvard University.
Kajian telah
dilakukan ke atas lebih 40,000 sampel lelaki menunjukkan, minuman yang penuh
dengan kandungan gula itu meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20%
termasuk boleh menyebabkan kematian.
Menurut kajian
berkenaan, tubuh akan bertbertindak mengimbangi pengambilan gula berlebihan
dengan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk
jantung.
Dalam kajian
tersebut, ujian dalam sampel darah menunjukkan mereka yang mengambil minuman
bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang
berkaitan dengan serangan jantung. Keadaan ini menyebabkan paras kolestrol baik
pula menjadi rendah.
Kajian itu juga
menunjukkan lebih banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus
buah-buahan yang ditambah gula ketika dihasilkan, juga boleh meningkatkan
risiko serangan jantung. Keadaan itu diburukan lagi dengan faktor lain seperti
amalan merokok, obesity, pengambilan alcohol dan juga gaya hidup yang pasif.
Pasukan penyelidik
membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisis maklumat yang disediakan oleh
responden melalui soal jawab khas setiap dua tahun, antara tahun 1986 dan 2008.
Namun begitu, kajian tidak melibatkan pengambilan minuman diet berkarbonat.
Sebenarnya, air
masak adalah pilihan terbaik selain susu rendah lemak untuk menjadi minuman
kita, namun adakah jus buah menjadi penganti terbaik????