PERSPEKTIF BERNSTAIN
Di dalam Perspektif Bernstain - PERSEKITARAN akan mempengaruhi SISTEM BIOLOGI dan SISTEM BIOLOGI pula akan mempengaruhi objektif PERSEKITARAN. Kedua-duanya akan mewujudkan hubungan sistematik.
TEORI SISTEM DINAMIK
Di dalam teori ini, lakuan motor adalah sebagai hasil interaksi SISTEM BIOLOGI dengan PERSEKITARAN. Terdapat tiga system mekanikal di dalam persekitaran iaitu griviti, inertia dan geseran. Ianya merupakan daya-daya ekstrinsik dan bersifat dinamik.
KONSEP KAWALAN MOTOR TEORI SISTEM DINAMIK
Ianya merupakan teori yang terkini dan di dalam teori ini, penghasilan lakuan motor adalah daripada kecekapan system biologi ‘mengawal darjah’ kebebasan lakuan yang mampu diwujudkan.
Permis Utama Teori Sistem Dinamik
Ianya merupakan satu idea kawalan motor secara ascending (bottom-up approach). Pemprosesan kawalan berlaku di peringkat periferi dan system saraf pusat berfungsi sebagai mediator. Kemampuan kawalan peringkat periferi natijah: sifat self organizing sistem-sistem yang terlibat; kawalan darjah kebebasan.