Dikenali juga sebagai Hukum Inersia : Sesuatu jasad akan kekal pegun atau terus bergerak secara seragam dalam satu arah kecuali apabila ada daya bertindak ke atas jasad itu dan akan berlaku keadaan terhadap jasad tersebut.
Hukum ini merujuk kepada rintangan terhadap sebarang perubahan yang berkaitan dengan pergerakan. Daya yang diperlukan untuk memeulakan pergerakan, menghalang pergerakan, memecut sesuatu objek, menukar arah pergerakan atau menghenti pergerakan.
Ciri-ciri Inersia ialah : Satu jasad sentiasa berkeadaan pegun tidak akan bergerak dengan sendirinya; Sesuatu jasad akan bergerak apabila satu daya dikenakan ke atasnya; Satu jasad berkeadaan pegun mempunyai kadar pergerakan sifar dan tiada arah sementara jasad yang bergerak mempunyai kadar pergerakan dan arah; Inersia ditakrifkan sebagai sifat semula jadi pada jasad untuk menentang perubahan terhadap keadaan asalnya sama ada pegun atau bergerak; Inersia sesuatu jasad mempunyai hubungan yang rapat dengan jisimnya.
Aplikasi Newton's First Law di dalam aktiviti sukan olahraga ialah, sebelum memulakan larian, atlet berada di dalam keadaan static. Semasa memulakan pecutan, daya dari otot kaki akan membolehkan atlet memecut dari keadaan statik.
Di dalam bola sepak pula, sebiji bola akan sentiasa pegun sehingga digerakkan oleh sepakkan pemain mengikut arah lurus sehingga dipaksa menukar sifat pergerakannya oleh daya-daya persekitaran, seperti rintangan angin, geseran daripada permukaan padang dan sebagainya. Satu jumlah daya yang lebih besar diperlukan untuk mengatasi inersia serta daya rintangan dan daya geseran bagi membolehkan bola tersebut terus bergerak.