Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan saling berinteraksi dengan orang lain. Melalui proses ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya dan menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.
Proses
sosialisasi ini berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan
dan proses sosialisasi melalui sukan. Sosialisasi ke dalam
sukan ialah individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan
dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh
agen-agen sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang
diperlukan dalam sukan yang diceburi. Sosialisasi melalui sukan ialah
sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu tersebut.
Proses
sosialisasi ke dalam sukan banyak memberi faedah dan keuntungan kepada atlet
kerana sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada seseorang
individu. Misalnya dalam berpakaian. Sukan badminton adalah contoh yang jelas
proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku iaitu melalui pakaian pemain yang
ditaja oleh Yonex. Maka dengan role model seperti Lee Chong Wei yang memakai
pakaian tersebut, orang ramai yang meminatinya dan meminati sukan ini akan
menggunakan jenama Yonex sebagai lambang semangat kesukanan di dalam diri
individu terbabit.
Selain itu, ia berlaku apabila kita menerima norma-norma dalam institusi sukan tersebut. Biasanya semasa bersukan kita akan lebih menghormati ketua pasukan. Rasa hormat yang wujud dalam diri individu kepada ketua pasukan menyebabkan kita terikut-ikut nilai yang ada pada dirinya. Misalnya, jika ketua pasukan kita menegah untuk tidak merokok maka sikap merokok di depan ketua tidak akan diamalkan.
Seterusnya, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku hasil daripada interaksi antara ahli pasukan dalam institusi sukan tersebut. Penglibatan dalam sukan membolehkan individu tersebut saling berinteraksi dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan melalui kebebasan bersuara di kalangan ahli persatuan. Misalnya, jika kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu pentadbiran persatuan kita boleh mengemukakan idea tanpa rasa bersalah.
Ia juga berlaku berdasarkan pembentukan atlet dalam acara yang dipertandingkan. Atlet yang dipilih untuk bertanding dalam sesuatu acara akan dipilih berdasarkan kemahiran dan sifat fizikal yang dimiliki. Misalnya, orang yang tinggi dan kurus cenderung terlibat dengan lompat jauh, bola tampar manakala bagi orang gemuk pula cenderung kepada acara sukan seperti lontar peluru dan bagi orang yang berotot cenderung kepada bole sepak, lari pecut.
Kesimpulannya, proses sosialisasi ke dalam sukan banyak memberi faedah dan keuntungan kepada atlet dan pasukan supaya lebih berdisiplin serta bekerjasama. Individu-individu lain yang menjadikan atlet sebagai role model dengan mempraktikkan nilai-nilai dan norma-norma yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan