Sains
Sukan?
Merupakan
satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti
fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, rehabilitasi,
anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan,
sosiologi sukan, dan psikologi dalam sains sukan.
Ia
juga merupakan satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas
dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya
peningkatan prestasi dalam sukan. Selain itu, sains sukan membantu memahami
tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga
dalam badan semasa melakukan aktiviti sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan
jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik dalam aktiviti kesukanan,
manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu saintifik tentang
aplikasi fizikal dan sukan.
Pecahan
Sains Sukan adalah, Biomechanic, Medicine, Paralympic, Performance Analysis, Performance
Lifestyle, Performance Nutration, Performance Psychology, Psychology, Phycho-therapy
& Soft Tissue Therapy, Research & Development, Strength &
Conditioning dan Telent ID.
Sains
Kesihatan?
Disiplin Applied
Science yang berkaitan dengan kesihatan manusia dan haiwan. Dua bahagian
sains kesihatan: (i) kajian, penyelidikan, dan pengetahuan mengenai
kesihatan dan penerapan pengetahuan itu untuk meningkatkan kesihatan,
menyembuhkan penyakit (ii) memahami bagaimana fungsi manusia dan
haiwan. Life Science melihat bagaimana makhluk hidup berbeza
berkaitan antara satu sama lain, dan alam sekitar.
Sains
kesihatan memberi tumpuan kepada penggunaan pengetahuan yang di peroleh
daripada mempelajari tentang tumbuhan dan kehidupan haiwan, untuk merawat dan
mencegah banyak penyakit yang mempengaruhi manusia. Keutamaan sains sukan dan
sains kesihatan akan menyediakan anda pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja
dalam pelbagai peranan dalam bidang sukan dan penjagaan kesihatan seperti Athletic
Trainer, Chairopractor, Medical Sosial Worker, Physical
Therapist, Registered Nurse, Dietitian or Nutritionist, Pharmacist,
Physician, Epidemiologist, Heltcare Administrator, Occuational Therapist and
Physician.