Kadar denyutan jantung boleh
mengukur tahap kecergasan, kehadiran penyakit atau tekanan seseorang individu.
Pada waktu latihan ia menunjukkan
tahap kecergasan fizikal, intensiti senaman, tahap maksimum kemampuan jantung
anda dan merupakan indikator keletihan.
Formula yang sering digunakan
bagi mengenalpasti kadar denyutan jantung seseorang adalah Formula Karvonen.
Formula Karvonen adalah formula
matematik yang membantu anda menentukan zon latihan kadar denyut jantung
sasaran anda. Formula menggunakan kadar denyutan jantung maksimum dan berehat
dengan intensiti latihan yang dikehendaki untuk mendapatkan sasaran denyutan
jantung agar latihan yang anda sasarkan mencapai tahap yang diingini.
Cara Kiraan Formula Karvonen
Kira Kadar Nadi Rehat (KNR):
- 220-umur= Kadar Nadi Maksima (KNM)
- [(KNM-KNR) X (% intensiti)] + KNR = Sasaran kadar nadi maksima dalam seminit
- Contohnya :
- Coach berumur 30 tahun (bukan umur sebenar) kebiasaannya membuat latihan senaman 3 kali seminggu. Kadar nadi rehat coach setelah bangun dari tidur adalah 70 dsm.
Kira Kadar Nadi Maksimum (KNM):
- 220 - 30 = 190 dsm
- (190 - 70) × (70%) + 70 = 154 dsm
* 60% - Intensiti rendah (Jarang
bersenam)
* 65% - Intensiti sederhana
(Bersenam seminggu sekali)
* 70% - Intensiti sederhana
(Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu)
* 75% - Intensiti tinggi (Bersenam
lebih dari 3 kali seminggu)
Kadar Nadi Rehat (KNR)
Kadar nadi rehat (KNR) iaitu
denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR yang tepat,
ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur, sekurang-kurangnya
dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiap-tiap bacaan. Pada waktu
tersebut kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada
bacaan tadi yang telah dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR
untuk selama seminit.
- Contoh:-
- 12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm
Kepentingan Kiraan Kadar Nadi
- Mengetahui keupayaan dan kebolehan diri sendiri dalam melakukan senaman.
- Mengetahui peningkatkan dan mengekalkan kecergasan.
- Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri melalui pengiraan denyutan kadar nadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan