Kursus Kecergasan 2020Estrogen terdapat dalam perempuan dan
lelaki. Lelaki biasanya sedikit. Lelaki lembut biasanya lebih. Majoriti
estrogen dihasilkan di ovari, corpus luteum dan plasenta. Kilang terbesar ovari
tetapi juga dihasilkan sedikit di hati, kelenjar adrenal dan tisu buah dada.
Biasanya apabila kitar haid sudah berhenti, kilang-kilang kedua ini akan
menjadi sumber estrogen pertama. Lemak juga menghasilkan estrogen. Ini
menunjukkan bahayanya menjadi seorang yang lebih atau kurang berat badan.
Fungsi
- Memberi rupa-rupa atau karektor perempuan
- Mengurangkan otot
- Meningkatkan simpanan lemak
- Meransang pertumbuhan endometrial
- Meningkatkan pelincir vaginal
- Menebalkan dinding vaginal
- Mencantikkan kulit dan salur darah
- Menukar bentuk badan daripada endomorph kepada mesomorph ke extomorph
- Meningkatkan pengeluaran hepatik pengikat protein
- Mengurangkan antithrombin III
- Meningkatkan HDL
- Mengurangkan LDL
- Meningkatkan kortisol
- Mengekalkan garam dan retansi air
- Menyokong hormon yang sensitif dengan kanser payu dara
Keinginan seks tidak bergantung pada tahap estrogen tetapi lebih pada androgen. Androgen atau nama lain, testosteron.
Kenapa apabila menggunakan dadah sukan atau steroid untuk bina badan, kebanyakan lelaki menjadi lembut?
Apabila menggunakan testosteron daripada luar, secara tidak
langsung, kilang penghasilan utama iaitu testis akan ditutup. Apabila
testosteron mencecah satu tahap yang tinggi (berbeza mengikut individu), secara
langsung badan akan bertindak menghasilkan estrogen dalam jumlah yang baik.
Lelaki juga mampu menghasilkan estrogen, cuma tidak mempunyai kilang utama
iaitu ovari. Estrogen dihasilkan untuk seimbangkan kembali ratio antara
testosteron dan estrogen. Bila estrogen menjadi terlalu tinggi, badan akan
menunjukkan kesan atau karektor perempuan. Jadi dalam kitar steroid yang
digunakan, ada dimasukkan anti-estrogen untuk menghalang kenaikan estrogen.
Apa itu terapi menggantian hormon?
Terapi penggantian hormon, menggunakan estrogen diberi kepada perempuan postmenopausal untuk mencegah osteoporosis dan juga merawat simtom-simtom menopause seperti kekeringan vaginal, kencing tidak lawas, keletihan, berpeluh dan sebagainya. Manakala lelaki yang ingin menjadi perempuan menggunakannya untuk menjadi lembut dan memiliki karektor-karektor seperti perempuan.
1 ulasan:
Borgata Hotel Casino & Spa - MapYRO
Get directions, reviews and 거제 출장샵 information for Borgata 경상북도 출장안마 Hotel Casino & Spa in Atlantic City, NJ. Borgata Hotel Casino & 밀양 출장샵 Spa. Rating: 8.4/10 · 1,811 화성 출장샵 votes 진주 출장샵
Catat Ulasan