Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 5 Jun 2013

KAYAK DAN KANU



Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan didayung secara melunjur. Kayak merupakan pengangkutan yang biasa digunakan oleh orang Eskimo.

Sejarah Perkembangan Kayak
Seawal peradaban manusia, aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air. Sehubungan itu, manusia di zaman dahulu telah menggunakan jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Pengembaraan melalui jalan air lebih cepat berbanding darat. Kebanyakan kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat dipinggir-pinggir lautan, tasik dan sungai.

Masyarakat  dahulu telah menggunakan kayu-kayan hutan membina kenderaan air dengan cara menebuk atau membakar teras kayu. Kenderaan ini dikenali sebagai Dugout Kenu.

Di negara ini, nenek moyang kita menggunakan kolek, perahu dan sampan. Di Barat, hutannya kaya dengan kayu-kayan jenis lembut dan kulit kayu yang kalis air. Mereka membina kerangka kenu daripada kayu dan dindingnya pula menggunakan kulit kayu birch. Kenderaan ini dinamakan Canadian Kanu.




Penghuni-penghuni Artik pula mempunyai sumber kayu yang terhad, namun mereka memiliki banyak sumber kulit dan tulang dari haiwan seperti ikan paus, beruang kutub dan anjing laut. Mereka membina kerangka kenu dari kayu atau tulang dan disaluti dengan kulit haiwan tersebut. Kenderaan ini dinamakan Inuit atau Eskimo Kayak.Ketiga-tiga situasi ini telah melahirkan pelbagai reka bentuk kenu. Sehingga kini kebanyakan reka bentuk dan kenu masih lagi mengekalkan ciri-ciri asasnya. Namun dengan perkembangan teknologi terkini, terdapat perubahan drastik dari segi reka bentuk, saiz dan berat serta bahan binaannya.



Berdasarkan penerangan di atas, dapat disimpulkan: Kayak merupakan sejenis kenderaan air yang mempunyai geledak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan di dayung secara melunjur, contoh Eskimo Kayak; Kanu pula merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka dengan menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlutut, contoh Canadian Kanu dan sampan kolek.

Bapa Kayak Moden
Seorang bernama John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti berkayak iaitu menjadikan ianya satu aktiviti sukan, riadah  dan pendidikan. Sebagai mengiktiraf sumbangannya, beliau diberi gelaran Bapa kayak Moden.

Beliau  merupakan pelaut berbangsa Scott dan berpengalaman. Pada 1865, beliau mengubahsuai reka bentuk Eskimo Kayak dan menamakan model kayak ciptaannya itu dengan nama Rob Roy. Sepanjang tahun 1865 hingga 1867, beliau menjelajah hampir kesemua sungai-sungai di Eropah dengan menggunakan Rob Roy.

Sejarah Perkembangan Kayak Dunia
Pada 1866, kelab kanu pertama ditubuhkan di Twickenham England. Kelab ini mempopularkan sukan kayak di seluruh England terutama di kalangan pelayar dan golongan bangsawan british. Tujuh tahun kemudian, kelab ini dianugerahkan gelaran Diraja oleh Ratu Victoria. Sehingga ke hari ini, Kelab Kanu Diraja Twickenham tersebut melahirkan ramai pengiat aktiviti kayak.

Persatuan Kanu British telah ditubuhkan pada 1887 dan memainkan peranan besar dalam memperkenalkan aktiviti berkayak di seluruh dunia. Selepas Perang Dunia Kedua, namanya diubah menjadi Persekutuan Kanu British (BCU) dan merupakan sebuah pertubuhan kanu yang terulung di seluruh dunia.

Seorang berbangsa Amerika Syarikat bernama Van Clauseen telah mengilhamkan penubuhan sebuah badan kanu bertaraf dunia. Pada 20 Januari 1924, International Representanten Shaft Des Kanusport (IRK) telah ditubuhkan di compenhagen, Denmark dengan dianggotai oleh 19 buah negara. Tahun 1927 telah berlaku perubahan besar dalam kemahiran aktiviti berkayak apabila Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan Eskimo Roll diadaptasi dari kemahiran berkanu penduduk Artik. Teknik ini bertujuan menaikkan semula kayak yang terbalik tanpa perlu keluar darinya. Di sinilah bermulanya teknik gulingan yang lain.

Aktiviti pertandingan kayak mula berkembang seawall tahun 1924 di mana acara pecut diperkenalkan sebagai acara pertunjukan di Sukan Olimpik ke VII di Paris. Pada 1936, acara pecut dipertandingkan secara rasminya di Olimpik Berlin. Pada 1949, Kejohanan Salalom Dunia telah dianjurkan di Geneva.

Awal tahun 60-an, acara menuruni jeram diperkenalkan. Selepas itu, perkembangan pertandingan sukan berkayak terus bercambah dari Polo Kanu, surfing Kanu hingga ke acara Rodeo.

Perkembangan Kayak Di Malaysia
Sejarah kayak moden bermula di sekitar tahun 60-1n dan diperkenalkan oleh tentera laut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun kegiatannya hanya bertumpu kepada anggota tentera laut dan kaki tangan awam sahaja. Pada masa itu, kegiatan berkayak dipraktikkan di maktab-maktab di seluruh negara dan guru pelatih Pendidikan Jasmani telah membina beberapa unit kayak kanvas dan telah menjalankan pelbagai ekspidisi diseluruh negara.

Sekitar 70-an, Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Antara kejohanan yang pernah dianjurkan oleh negeri ialah Kejohanan Merentas Selat Penang dan Kejohanan mengelilingi Penang. Pada tahun 1980, Penang canoe and Recreation Club telah ditubuhkan. Ia merupakan penubuhan kelab kanu rasmi pertama di Malaysia. Namun aktivitinya hanya tertumpu di Pulau Pinang sahaja.




Kementerian Belia dan Sukan telah merangsang kegiatan kayak di seluruh negara di bawah Program Malaysia Cergas dan ianya menjadi indicator perkembangan menyeluruh sukan ini di seluruh negara.

Pada 1988, pertama kalinya dua orang rakyat Malaysia telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak solo di dalam pengembaraan sejauh 1846 km dalam masa 63 hari.

Acara pertandingan kanu diperkenalkan pada 1980 di Pulau Pinang. Pada 1990, Persatuan Kanu Kuala Lumpur telah menganjurkan Regatta Kanu Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa. Persatuan Rekreasi Wilayah Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di Taman Negara.

Pada 1992, pertama kalinya kayak dipertandingkan di Sukan Malaysia Ke-4 di Johor Bahru. Acara menuruni jeram dan slalom telah diperkenalkan pada 1994 dalam kejohanan War On Water di Jeram Besu, Pahang. Kejohanan kanu polo diperkenalkan di negara ini pada 1995.

Aziz Bin Ahmad dari Johor telah memenangi pingat gangsa dalam acara TK 1000 meter di Kejohanan Kanu Asia di Jepun pada 1991. Bidang slalom mencatat sejarah apabila Salehuddin Bin Ayob telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1996 di Atlanta. Skuad Kayak Sukan SEA 1997 ke Jakarta telah merangkul 3 pingat gangsa melalui penampilan pertama mereka di arena Sukan SEA.

Perkembangan Kayak Di IPTA
Aktiviti berkayak telah lama aktif di maktab-maktab perguruan di seluruh negara. Namun Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak sebagai salah satu aktiviti utamanya di dalam kurusus-kursus Pendidikan Jasmani dan sains sukan di IPTA.  Antara IPTA yang menjalankan aktiviti berkayak di dalam silibus Pendidikan Luar ialah UTM, UPM, UiTM< UIA dan UPSI.

Pada tahun 1999, UPSI telah mencatat sejarah apabila menjadi peneraju utama Kayak Arus Deras di IPTA di negara ini. UPSI juga merupakan universiti pertama di Asia memperkenalkan silibus White Water Kayak di dalam kurikulumnya dan telah melahirkan ramai nama-nama besar di dalam bidang ini di seluruh negara sehingga kini.

Jenis-Jenis kayak
  • Ottersport (Berbentuk U)


Bahagian hull berbentuk U atau rata. Kayak jenis ini mempunyai kestabilan yang sangat tinggi dan sesuai bagi mereka yang baru bermula dalam aktiviti berkayak. Pergerakannya lambat tetapi mudah untuk memindahkan haluan hadapannya.

  • Mandesta (berbentuk V)


Bahagian hull berbentuk V, bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis/lintasan lurus. Kayak jenis ini memerlukan keseimbangan yang tinggi dan digunakan di dalam acara pertandingan race.

  • Slalom (berbentuk O)


Bahagian hull dan bahagian atas kayak ini berbentuk O atau bulat. Kayak jenis ini selalu digunakan di arus yang deras. Bentuk kayak ini memudahkan untuk melakukan teknik Eskimo Roll.


Kategori Kayak
  • Creek Boat


Kayak yang digunakan oleh mereka yang baru menceburi bidan kayak dan kanu. Kayak jenis ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk dikendalikan.

  • Polo


Digunakan di kawasan tasik atau kolam. Kayak ini hampir sama dengan jenis Creek Boat tetapi bentuk belakangnya lebih pipih. Bahagian ini bagi memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak jenis ini digunakan oleh pemain polo berkayak.

  • Inflatable


Kayak jenis ini diperbuat dari gabungan getah dan gentian kaca. Kayak ini mempunyai daya apungan yang sangat tinggi. Kaya jenis ini juga perlu di pam angin sebelum digunakan.

  • Squirt


Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk aktiviti Redeo di arus deras dan catwhell. Kayak ini berbentuk pipih dan tipis dan ruang di dalamnya hanya boleh memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter dan ianya boleh melakukan teknik selaman.

  • Sprint


Digunakan untuk perlumbaan. Kayak ini berbentuk larus dan panjang. Ianya mempunyai kelajuan yang tinggi tetapi kestabilannya amat rendah. Pendayungnya memerlukan skil keseimbangan yang sangat tinggi jika mengendalikannya.

  • Slalom


Digunakan di dalam acara slalom yang memerlukan keadaan selok belok. Bersaiz pendek di hadapannya dan panjang serta lebih mengembung di bahagian belakang. Panjangnya ialah 6 meter dan berbentuk tajam di bahagian hadapan. Kayak ini mempunyai kelajuan dan kestabilan yang tinggi.

  • Downriver


Kayak ini berukuran panjang sekitar 4 meter direka bentuk dan dibina dengan deck leper, di tajam dan larus di hadapan bagi memudahkan pendayung memasuki celahan batu atau celahan pagar slalom.

  • Sea


Digunakan untuk aktiviti di laut kerana kemampuannya mengharungi ombak ganas dan dibekalkan dengan kompas untuk navigasi. Kayak jenis ini juga mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barang semasa melakukan aktiviti. Di bahagian belakang kayak ini terdapat alat kemudi.

  • Sit On Top


Bergerak dengan kelajuan yang perlahan dan amat sukar dikemudi. Kayak ini sukar melakukan teknik Eskimo Roll. Kelebihannya, air tidak akan bertakung di dalamnya kerana telah direka dengan lubang-lubang khas untuk menghindarkan takungan air.

Anatomi Kayak
Kayak mempunyai 10 bahagian asas:


Bow dan Stern (Haluan dan Buritan)


Bahagian muncung hadapan dan belakang yang berbentuk tajam dan bulat. Bow adalah muncung bahagian hadapan manakala stern ialah muncung bahagian belakang. Bahagian ini boleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sebuah kayak. Fungsinya adalah memotong air dan mencecah ombak selain menjadi panduan arah tuju kayak.
  •  Hull

Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak. Ia mempunyai bentuk berbeza-beza bergantung kepada jenis kegunaan sesebuah kayak.

  • Deck (Geladak Atas)


Dinding bahagian atas kayak di manaterletaknya cockpit. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan. Deck hadapan dipanggil foredeck manakala deck belakang dipanggil aftdeck.

  • Toggles


Sejenis tali atau tempat pemegangnya yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern. Ia berfungsi bagi memudahkan mengangkat kayak, berpaut apabila terbalik dan menjadi penambat apabila berada di tebing.

  • Cockpit


Ruang yang terletak di bahagian tengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia merupakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahagian belakang.

  • Seat (Tempat Duduk)


Terletak di dalam cockpit. Terbahagi beberapa jenis iaitu tempat duduk tetap, tempat duduk sederhana (kegunaan rekreasi), tempat duduk ketat (arus deras) dan tempat duduk boleh laras (race).

  • Coaming
Bahagian tepi yang kecil dan tipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dari memasuki cockpit.

  • Knee Brace

Terletak di bahagian coaming di bahagian foredeck. Berfungsi untuk menyokong lutut pendayung dan memberi cengkaman kaki pendayung dengan lebih kuat dan stabil terhadap kayaknya.

  • Towline/Deckline

Tali yang diikat dari hujung bow ke sisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern. Ia berfungsi sebagai tali untuk menyelamat, penunda, mengikat alatan dan mengikat kayak.

  • Keel

Terletak di bahagian geladak bawah kayak. Fungsinya untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membantu kayak bergerak lurus dan cepat.

  • Footrest

Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki pendayung. Berfungsi untuk pemindahan daya semasa melakukan dayungan. Pemindahan daya adalah melalui kombinasi pergerakan kaki – lowerback – bahu dan tangan terhadap penghasilan daya kuak pada dayung untuk menghasilkan tolakkan air ke bahagian belakang, yang menyebabkan kayak meluncur dengan lebih laju.

  • Buoyancy (Bahagian Apungan)

Bahan apungan terdapat pada kayak. Ia terletak di bawah deck bahagian bow dan stern. Berfungsi untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan tuang cockpit dimasuki air. Terdapat tiga jenis buoyancy iaitu bag udara, foam dan polisterin.

  • Deck Eye / Eye Cleat

Lubang atau logam yang terdapat di atas geladak, berfungsi untuk mengikat towline di bahagian atas geladak.

  • Hatches


Lubang penutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck. Berfungsi untuk menyimpan peralatan diri dan perkakasan perkhemahan.

  • Back Strap

Sejenis tali dan lapisan yang diikatkan pada bahagian belakang tempat duduk. Mempunyai pelbagai bentuk. Berfungsi memberikan keselesaan kepada pendayung untuk menyandarkan bahagian belakang tubuh mereka sewaktu mendayung.


Pendayung/Paddle


Berfungsi mengerakkan kayak, mempraktikkan teknik-teknik dan kemahiran-kemahiran kayak, alat untuk keselamatan dan alat untuk sistem isyarat dalam aktiviti berkayak. Mempunyai dua bilah mata pendayung yang setiap satunya berlawanan kedudukan. Teknik ini dinamakan feathering dan berfungsi untuk mengurangkan rintangan angin terhadap mata dayung yang berada di udara sewaktu mendayung.

Anatomi Pendayung


  • Blade (Bilah Mata dayung)

Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa banyak isipadu air bagi menghasilkan pergerakan kayak.



  • Tip (Pelindung Mata dayung)

Kepingan logam yang berada di hujung mata dayung. Berfungsi untuk melindungi mata dayung dari kerosakan akibat hentakan.

  • Shaft/Loom/Bar

Bahagian batang pendayung, berbentuk silinder dab lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.


  • Neck (Leher Pendayung)

Bahagian percantuman antara blade dan shaft.

  • Drip Ring (Bulatan Getah)

Diperbuat daripada plastic atau getah dan terletak berhampiran dengan neck. Fungsinya ialah untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung.

  • Front of Blade (Muka Dayung)

Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.



Spray Cover 
Spray cover dipakai di bahagian pinggang pendayung dan di bahagian bawahnya di 'sangkut pada cockpit rim bertujuan untuk menghalang air dari memasuki cockpit.











Jaket Keselamatan / Buoyancy Jacket / Buoyancy Aid


Merupakan alat keselamatan yang terpenting di dalam aktiviti berkayak. Terdapat dua jenis alat apungan yang popular yang digunakan iaitu jaket keselamatan dan buoyancy aid. Di dalam air, memberikan apungan pada kedudukan 45⁰ dengan muka menghadap ke atas. Mempunyai daya apungan yang tinggi dalam jangka masa panjang selama beberapa jam hingga beberapa hari, bergantung kepada jenis bahan apungan yang digunakan.







Senarai Peralatan Berkayak
  1. Kayak
  2. Pendayung
  3. Jeket Keselamatan
  4. Spray Cover
  5. Booties
  6. Topi Keselamatan
  7. Pakaian Bersesuaian
  8. First Aid Kit
  9. Kompas
  10. Carta navigasi
  11. Wisel
  12. Jadual Pasang dan Surut Air
  13. Flash Light/Flares
  14. Pam Air
  15. Throw Rope
  16. Pisau






Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...