Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 7 Februari 2013

PEMAKANAN ATLET REMAJA




Pemakanan sukan boleh didifinisikan sebagai aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakkan kesihatan, mengadaptasi pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan dan meningkatkan prestasi fizikal.

Diet Yang Diperlukan Oleh Seorang Atlet Remaja
  1. Tenaga yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal serta aktiviti fizikal.
  2. Karbohidrat yang mencukupi untuk menyimpan bekalan tenaga.
  3. Protein yang mencukupi untuk pertumbuhan tetapi tidak berlebihan kerana ianya boleh meningkatkan risiko dehidrasi.
  4. Air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi dan meningkatkan stamina.
  5. Lemak yang mencukupi tetapi tidak berlebihan.
  6. Pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan prestasi atlet. (Vitamin B kompleks membantu tubuh menjana tenaga)
  7. Pelbagai sumber kalsium dan vitamin D untuk memastikan kesihatan tulang.
  8. Makanan yang kaya dengan zat besi untuk mencegah anemia yang boleh mengurangkan stamina dan tahap kecegasan fizikal.
  9. Pelbagai jenis makanan mengikut keperluan kalori sesorang atlet.

Contoh Diet Seorang Atlet Remaja Memerlukan 2500 kcal Sehari

Masa
Menu


SARAPAN
2 keping roti dengan marjerin/mentega
1 biji telur
½ cawan bijirin sarapan
1 potong betik
1 gelas susu rendah lemak

MENU PAGI

2 biji karipap
1 gelas susu soya


MAKAN TENGAHARI
2 cawan nasi
1 ketul ayam/ikan
1 mangkuk sup sayur dengan tauhu
1 cawan daun salad dan timun
1 gelas air kosong
1 biji pisang

MENU PETANG

1 cawan bubur kacang hijau
1 cawan teh
MAKAN MALAM
1 mangkuk mi sup

MINUM MALAM

3-6 keping biskut
1 gelas susu rendah lemak


Corak Pengambilan Makanan Yang Sesuai Sebelum Bertanding
Tujuan utama pengambilan makanan sebelum pertandingan adalah untuk mengelakkan rasa lapar sebelum atau semasa pertandingan dijalankan serta mengekalkan paras yang optimum glukosa dalam darah. Sasaran utama pemakanan adalah untuk menyediakan makanan yang tinggi karbohidrat terutamanya karbohidrat kompleks, jumlah protein yang sedarhana dan sedikit lemak. Jumlah makanan yang perlu dimakan adalah bergantung kepada tempoh masa sebelum sesuatu acara sukan bermula.

Diet Yang Dicadang Selepas Bertanding
Glikogen di dalam otot-otot dapat diganti secara optimum dengan cara pengambilan makanan dan minuman yang tinggi karbohidrat sejurus selepas bertanding atau selepas sesuatu sesi latihan dan sekali lagi pengambilan makanan dan minuman tinggi karbohidrat selepas 2 jam berikutnya.

Kepentingan Air Bagi Seorang Atlet Remaja
Air memainkan peranan yang sangat kritikal di dalam memelihara kesihatan dan prestasi optimum seorang atlet. Semasa dan selepas menjalani sesuatu aktiviti fizikal yang maksimum, otot-otot berkerja untuk menghasilkan tenaga yang mengakibatkan peningkatan suhu badan, maka air akan berfungsi sebagai bahan penyejuk. Peningkatan suhu badan disebabkan aktiviti fizikal akan berlakunya proses perpeluhan dan penyejatan peluh dari permukaan kulit akan mengakibatkan penurunan suhu badan. Air yang tersejat di dalam bentk peluh ini perlu diganti untuk mengekalkan imbangan cecair di dalam badan bagi mengelakkan dehidrasi.

Suplemen Vitamin dan Meneral
Walaupun suplemen vitamin dan mineral boleh memperbaiki status pemakanan seseorang yang mengambil hidangan yang kurang kandungan nutrient, tiada data saintifik yang menyokong pengambilan suplemen makana secara ambagi tujuan peningkatan prestasi seseorang atlet. Suplemen vitamin dan mineral mungkin akan member kepercayaan yang salah di mana peningkatan prestasi akan dikaitkan dengan suplemen dan bukannya atas faktor latihan yang dilakukan. Dapatkan nasihat pakar-pakar pemakanan sebelum membuat keputusan untuk pengambilan sebarang jenis suplemen makanan.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...