Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 25 November 2012

Pendidikan Sex



Sikap malu dan menganggap pendidikan seks adalah bertentangan dengan nilai budaya timur dalam kalangan ibu bapa, merupakan satu kelemahan dalam masyarakat hari ini yang akhirnya member kesan terhadap anak-anak. Cara hidup yang terdedah dengan media massa dan pengaruh sekeliling menyebabkan zina mengakibatkan kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja adalah masalah social yang seharusnya dipandang serius oleh ibu bapa.

Pendidikan seks sebenarnya adalah pemahaman menyeluruh mengenai pengenalan tumbesaran anggota badan, system pembiakan dan proses kehamilan. Pendidikan seks juga member maklumat terhadap impak kehamilan luar nikah, masalah yang bakal dihadapi dan penyakit berhubung dengan aktiviti seks bebas seperti AIDS dan HIV.

Pendidikan seks adalah lebih kepada member kefahaman kepada anak gadis untuk menghargai diri sendiri selain member penjelasan kepada anak lelaki supaya menjadi manusia yang bertanggungjawab dan lebih menghargai kaum wanita. Pendidikan seks merupakan satu perkara mustahak yang seharusnya diperkenalkan oleh ibu bapa terlebih dahulu kerana ibu bapa adalah orang yang pertama dan utama mendidik anak-anak. 

Kita selalunya melihat kaum wanita yang mendapat kesan dan truma yang teruk akibat daripada kehamilan luar nikah seperti kesakitan sepanjang tempoh kehamilan, bersalin dan kesan akibat daripada bersalin bersendirian tanpa mendapat rawatan doktor. Umur antara 10 hingga 15 tahun adalah tempoh kritikal kerana umur yang sedemikian masih dalam fasa yang belum jelas mengenai perkara berkaitan seks, reproduktif kesan dan akibat.   

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...