Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 1 November 2012

KHATAN UNTUK KESIHATAN KELAKIAN ANDA




Kulup atau kulit yang menyalut hujung zakar akan dipotong ketika prosedur berkhatan. Ia dilakukan sebagai prosedur ritual atau mengikut keperluan penganut agama Islam, Yahudi dan Nasrani. 

Namun begitu,Ianya dilakukan sebagai syarat peralihan ke peringkat dewasa di sesetengah kepulauan India Barat dan ianya merupakan penjagaan kebersihan alat kelamin lelaki di kebanyakan negara Barat, negara-negara Afrika dan Cina bagi mencegah penyakit kelamin. 

Selain itu, berkhatan dilakukan jika ada masalah pada kulit kulup zakar seperti phimosis yang mana ia mengetat dan menyempit seterusnya menyukarkan penghujung zakar keluar ketika ereksi. 

Satu lagi masalah ialah paraphimosis yang mana penghujung zakar boleh keluar ketika ereksi, tetapi ‘tercekik’ oleh kulup zakar atau terkoyak ketika ereksi. 

Jika dibiarkan tanpa berbuat apa-apa, setiap kali proses ereksi berlaku, kulit di bawah kepala zakar mudah melicit dan bengkak. 

Kini kaedah berkhatan telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai inisiatif mustahak untuk penjagaan kesihatan seorang lelaki. 

Sesiapa yang belum berkhatan atau bersunat, anda boleh menjalani prosedur itu di mana-mana klinik kelurga atau hospital swasta atau kerajaan atau Tok Mudim di kampung-kampung…..pasti ada kelainannya. 

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...