Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 27 Februari 2012

ANATOMI DAN FISIOLOGI



Sains Anatomi dan Fisiologi


SAINS ANATOMI DAN FISIOLOGI
Anatomi berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud struktur (anatomi). Fisiologi adalah berkaitan tubuh badan manusia.  Anatomi dan fisiologi merupakan kajian atau penyelidikan tentang struktur dan fungsi tubuh badan manusia.

ORGANISASI STRUKTUR MANUSIA
Sel ialah unit asas bagi semua benda hidup. Sel terbahagi dua iaitu: Unisel – terdiri dari sel tunggal;  Multisel – terdiri lebih daripada satu sel bertambah.

Manusia adalah organisma multisel di mana selnya membesar dan bilangan sel-sel juga turut bertambah. Sel-sel badan akan bergabung antara satu sama lain untuk membentuk tisu seperti tisu darah, tisu otot, tisu kardiak, tisu kulit, tisu saraf dan tisu tulang.

Tisu-tisu pula akan bergabung untuk membentuk organ. Organ merupakan satu kumpulan tisu yang menjalankan fungsi yang sama. Contohnya ialah organ mata, telinga, jantung, paru-paru, hati dan lain-lain.

Organ seterusnya manjalankan tugas untuk pelbagai tujuan yang dikenali sebagai system.

Keratan rentas asas sel:








Jenis-jenis sel ialah sel otot, sel saraf,  sel darah putih, sel darah merah:

Sel darah merah (kiri) dan sel darah putih (kanan)



Sel darah merah

Add caption

Sel darah putih







Sel seraf






Sel-sel otot






























Ahad, 19 Februari 2012

DASAR SUKAN NEGARA



Dasar Sukan Negara
Dasar Sukan Negara telah diperkenalkan pada 1998, bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang bertoleransi dan bersatu padu di antara kaum di negara ini, masyarakat yang dinamik serta sihat dan cerdas. Selain itu, dengan tertubuhnya DSN ini, maka akan wujud pelbagai peluang kerjaya di dalam bidang sukan melalui pelbagai pertubuhan sukan, kemudahan latihan dan peralatan serta membina lebih banyak sekolah-sekolah dan institusi-institusi yang melibatkan sukan. Dasar ini juga turut meningkatkan pengetahuan rakyat Malaysia tentang kepentingan gaya hidup sihat. DSN telah memperkenalkan dua silogan iaitu ‘Sukan Untuk Kecemerlangan’ dan ‘Sukan Untuk Semua’.




‘Sukan Untuk Kecemerlangan’
Slogan ini diperkenalkan untuk mempertingkatkan mutu sukan di peringkat antarabangsa. Badan-badan sukan seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), persatuan-persatuan sukan, dan sebagainya perlu mencungkil bakat-bakat sukan yang berpotensi untuk dilatih dengan pelbagai program kecemerlangan untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi yang bertaraf dunia.




‘Sukan Untuk Semua’
Slogan ini diperkenalkan untuk memupuk rakyat negara ini supaya menjadikan sukan sebagai budaya yang merangkumi bidang ekonomi, pendidikan dan sosial.  Sukan bukan sahaja berfungsi sebagai satu cara untuk berekreasi, dan memenuhi amalan gaya hidup sihat semata-mata, tetapi ianya juga berfungsi sebagai alat penyatukan masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini.




Ahad, 5 Februari 2012

GAYA HIDUP SIHAT : Bahaya Perut Boroi



Kata orang, semua penyakit bermula dari perut. Kenyataan itu sememangnya ada kebenaran. Risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah lebih tinggi bagi orang yang berperut boroi berbanding orang yang ramping. Ini menunjukan, lemak di perut telah terbukti ada hubung kait dengan pelbagai masalah kesihatan. Dengan kata lain, perut boroi merupakan isyarat  utama bagi masalah sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit jantung, kencing manis, ghout, darah tinggi dan sebagainya.

Sesungguhnya tiada jalan mudah untuk mengatasi perut boroi kecuali berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalani kehidupan yang aktif seperti bersukan, bersenam, beriadah serta menjaga pemakanan agar seimbang.

Menghilangkan lemak di perut amat sukar dan memerlukan motivasi yang amat tinggi. Justeru sesiapa yang belum berperut boroi, pastikan anda menjaga kesihatan fizikal sebelum mendapat masalah tersebut.

Ada yang mengambil jalan pintas seperti menyedut lemak, mini sauna, barut, bengkung ajaib, ubat-ubatan dan pelbagai makanan “mengempis” perut yang dijual melalui skim MLM dan sebagainya. Walaupun ianya dianggap selamat dan berkesan, tetapi peluang untuk berperut boroi semula juga amat tinggi jika tidak mengamalkan kaedah pemakanan seimbang dan melakukan aktiviti fizikal secara istiqamah.

Moralnya; Semoga kita dapat memotivasikan diri dalam mengatasi masalah ini. Jangan tertarik dengan skim MLM, mereka hanya inginkan wang kita sahaja untuk membayar loan kereta mewah yang mereka gunakan untuk “memancing” orang ramai di dalam skim MLM mereka semata-mata.

Jumaat, 3 Februari 2012

BANTU MULA : CPR


Semua orang tahu CPR adalah satu cara bagi memulihkan pernafasan mangsa lemas. Namun ia bukan semudah melakukan hembusan mulut ke mulut atau menekan dada mangsa. Berapa ramaikah dalam kalangan kita yang benar-benar tahu teknik CPR yang betul?



CPR dengan menggunakan kaedah dan teknik yang betul berkemungkinan besar dapat menyelamatkan nyawa mangsa lemas. Ini kerana, bantuan paramedic selalunya tiba lewat dan dalam tempoh menunggu itu, orang yang berdekatan berkemungkinan dapat menyelamatkan mangsa. Peluang menyelamatkan mangsa lemas mungkin tidak tinggi tetapi sekurang-kurangnya kita perlu mencuba dan pastikan bantuan kecemasan tiba.



Lemas berlaku apabila salur pernafasan ke paru-paru terganggu iaitu paru-paru tidak dapat membekalkan oksigen kepada jantung yang berfungsi menyalurkannya melalui darah ke seluruh tubuh. Keadaan lemas biasanya disebabkan oleh lemas dalam air, lemas terhidu asap, lemas terhidu gas beracun, lemas tercekik dan pelbagai lagi.


Cara bagi memulihkan jantung dan pernafasan apabila denyutan nadi dan nafas dapat dikesan adalah dengan melakukan CPR iaitu gabungan teknik hembusan mulut ke mulut dan tekanan di bahagian dada. Namun ada beberapa situasi yang memerlukan kita melakukan teknik hembusan mulut ke mulut sahaja jika nadi dapat dikesan tetapi tiada nafas. Jika nadi dan nafas mangsa dapat dikesan tetapi mangsa tidak sedarkan diri, tindakan kita ialah lakukan baringan pemulihan sahaja iaitu membaringkan mangsa di sisi badan (mengiring).




Aktiviti CPR boleh dihentikan apabila:


Muka mangsa bertukar daripada pucat kepada kemerahan yang bererti darah 
mula mengalir.

Mangsa memberi respon sama ada mencelik mata atau batuk.

Diri anda sendiri letih dan boleh memudaratkan kesihatan anda.

Bantuan paramedic tiba.

Keadaan tidak mengizinkan seperti lokasi tersebut tidak selamat dan berbahaya    
kepada diri anda.


Untuk peringatan anda:


Lakukan CPR iaitu tekan di bahagian luar dada sebanyak 30 kali dan kemudian   hembus nafas sebanyak dua kali dalam tempoh dua minit sebanyak lima pusingan jika nadi dan nafas mangsa tidak dapat dikesan.


Lakukan hembusan mulut ke mulut iaitu sebanyak 12 kali dalam seminit jika nadi 
dapat dikesan tetapi tidak mengesan pernafasan mangsa.


Lakukan baringan pemulihan iaitu mangsa dibaringkan ke sisinya jika nadi dan 
nafas mangsa dapat dikesan tetapi belum sedarkan diri.





Jika mangsa ialah bayi iaitu sehingga usia 12 bulan, hanya dua jari digunakan 
untuk teknik tekanan di luar dada dan sedalam dua inci sahaja.


Jika usia kanak-kanan mencapai 1-9 tahun, sebelah tangan sahaja digunakan 
untuk teknik tekanan di luar dada.


Kedua-dua belah tangan digunakan bagi teknik tekanan luar dada orang 
dewasa sedalam 4-5cm.

Bantuan pernafasan untuk bayi ialah dengan menekup mulut dan hidung bayi itu 
dengan mulut kita lalu hembuskan nafas kerana saiz mereka yang kecil.

Jika mangsa muntah, tidak semestinya dia telah sedar.

Jika mangsa berdarah, hentikan pendarahan itu dahulu dan baru beri bantuan   
CPR.


Jika tulang rusuk mangsa patah atau perut penuh dengan air, tetap teruskan 
prosedur bantuan CPR.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...