Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Jumaat, 4 Mei 2018

Artikal : Pendidikan Luar / Outdoor education



PENGENALAN 

Pendidikan Luar merupakan corak pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Media utama pendidikan luar adalah alam sekitar. Pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Ia juga bertujuan memupuk perasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar menggalakkan pelajar untuk menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan fizikal seperti berkayak, tali temali, bantu mula, keyakinan dalam air, ikhtiar hidup, menyelam, pengurusan perkhemahan, memanjat dinding, orientasi dan sebagainya. Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, pendidikan luar mampu meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta meningkatkan tahap disiplin diri. Menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan, Pendidikan luar juga dapat menguji semangat kerjasama secara berpasukan. Selain itu, pendidikan luar mampu memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan individu yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

 
DEFINISI
 
Berikut adalah antara defifni Pendidikan Luar. Pendidikan luar sebagai sesuatu yang berkait rapat dengan masa dan tempat. Bagi membantu untuk menjelaskan apakah yang difahamkan dengan ‘pendidikan luar’, beberapa definisi diturunkan di bawah. Tetapi harus diawasi bahawa definisi tersebut boleh berubah dan bertukar mengikut zaman dan wilayah. (Brookes, 1991) Pendidikan luar adalah satu “pendidikan dalam, untuk, dan menenai alam luar” Donaldson & (Donaldson,1958, Outdoor Education : A definition , JOPER,29 (17),63) Pendidikan luar merupakan satu “pendidikan ‘dalam’, ‘mengenai’ , dan ‘untuk’ alam sekitar. (Phyllis Ford, 1986) Pendidikan luar ialah “suatu perkara yang mempunyai perkaitan. Perkaitan tersebut mengenai bukan sahaja sumber semula jadi , tetapi juga manusia dan masyarakat”. (Simon Preist,1986, Redefining Outdoor Education, Journal of Environmental Education, 17 (3) 13) 

Pendidikan luar merujuk kepada sekumpulan kecil mamusia yang menyertai aktiviti-aktiviti “adventure” yang terancang di dalam suasana semula jadi dan menjadikan diri sendiri sebagai sumber utama untuk menyelesaikan masalah. (Neill 2003) Pendidikan Luar merupakan “kaedah pembelajaran melalui pengalaman dengan mengaplikasikan kesemua deria panca indera. Ia berlaku, terutamanya melalui pendedahan kepada persekitaraan semula jadi. Dalam pendidikan luar penekanan untuk subjek yang dipelajari ke atas perkaitan antara manusia dan sumber alam”. (Lund 2002) Pendidikan Luar ialah “satu fenomena pengalaman pendidikan antarabangsa yang melibatkan manusia dalam aktiviti merbahaya bagi meningkatkan kesejahteraan individu, masyarakat dan persekitaraan”. (Neill 2002)

(a) Pendidikan Luar Zaman Purba Tidak 

dapat dipastikan bilakah pondidikan luar bermuIa. Namun menurut Slivors (1989), pendidikan luar telah dijalankan sejak zaman kuno lagi. Ia banyak melibatkan aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula jadi untuk mendapatkan makanan amat penting sejak zaman awal kewujudan manusia. Manusia di zaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapat bahan makanan. Mereka tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak zaman purba dilatih awal lagi untuk membina kehidupan mengikut zaman ilu. Corak latihan zaman purba adalah dalam bentuk memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak merupakan permulaan pendidikan luar.

(b) Pendidikan Luar Era Moden Pada Tahun 1907, 

Lord Badon Povell yang merupakan pengasas pergerakan pengakap dunia telah membawa 12 orang remaja ke Pulau Brownsea. Selepas itu, beliau telah menganjurkan banyak program pendidikan luar. Di peringkat awal, program pendidikan luar lebih tertumpu kepada kekuatan fizikal, kemahiran perkhemahan dan disiplin dalam persatuan serta sebagai ahli persatuan. Di peringkat awal juga, program pendidikan luar dianjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap dan pandu puteri. Sejak awal lagi, manusia sudah berinteraksi dengan alam semula jadi. Hanya kebelakangan ini, manusia mula memisahkan diri dari alam semula jadi. 

Pendidikan wujud sejak manusia dilahirkan, oleh itu pendidikan luar telah bermula sejak kewujudan manusia di dunia ini. Sejarah sosio-budaya menyatakan, pendidikan luar memperlihatkan suatu gambaran interaksi dengan alam sejak manusia berubah tempat tinggal dari alam luar ke bangunan dan rumah. Tamadun barat mendokumentasikan permulaan pendidikan luar secara formal pada awal tahun 60an dengan tertubuhnya pergerakan Outward Bound di Colorado (Neill (2004) yang kemudiannya bercambah melalui Project Adventure (1971) dan National Outdoor Leadership School pada tahun 1974. Secara keseluruhannya Outward Bound, Project Adventure dan NOLS menjadi 3 badan utama dalam pendidikan luar di Amerika hingga kini. Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan aktivinya dijalankan di maktab perguruan untuk pelatih guru yang mengikuti program pendidikan jasmani. Aktiviti seperti berkayak, menjelajah, mendaki gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih yang menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas sejak tahun 60an lagi. Dengan tertubuhnya program Pengajian Ijazah Pendidikan (Pendidikan Jasmani) di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1979, pendidikan luar menjadi satu mata pelajaran formal secara rasmi. Kini hanya dua buah institusi pengajian tinggi sahaja manawarkan kursus formal pendidikan luar dalam program pengajiannya iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia. Aktiviti pendidikan luar sudah pun diterapkan ke dalam kurikulum pendidikan jasmani sekolah tetapi ia hanya bercorakkan aktiviti luar ke arah rekreasi.

MATLAMAT PENDIDIKAN LUAR

Seperti definisinya yang berbagai, matlamat pendidikan luar juga pelbagai rupa. Priest dan Gass (1997) menyenaraikan empat program untuk mencapai tujuan seperti berikut mengikut hairaki kepentingannya;
  • Rekreasi bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat matlamatnya ialah kesenggangan, keseraokan dan bersuka ria. 
  • Pendidikan betujuan untuk mengubah cara manusia berfikir dan merasai nikmat : dimana matlamatnya ialah untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan. 
  • Pertumbuhan bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat, berfikir dan bertindak. Matlamatnya ialah untuk membina objektif kendiri, mendisiplinkan diri sendiri dan menghasilkan “self esteem”.  
  • Pemulihan/Mengubah Panduan bertujuan mengubah cara manusia merasai nikmat, berfikir, bertindak dan menentang. Kepada empat matlamat yang diajukan oleh Priest dan Gass, Neill (2003) bercadang menambah 3 lagi program ke arah matlamat memupuk; kemasyarakatan, Perhubungan/Kekeluargaan, Ekosistem, Rohaniah
Program pendidikan luar mempunyai hasrat untuk perkembangan diri, terutamanya peningkatan kemahiran hidup individu dan keupayaan menghadapi cabaran hidup moden. Memberi peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran alam sektiar dan “adventure” boleh juga menjadi matlamat kepada pelajar untuk mengalami hidup di alam luar. Kemungkinan besar, tujuan umum program pendidiakn luar merupakan “perkembangan individu” - matlamat tersebut untuk meransang :
  • Keyakinan diri 
  • Kesedaran terhadap diri 
  • “team work” tanggungjawab kumpulan 
  • Kemahiran sosial / interpersonal skills 
  • Sikap dan motivasi
Program pendidikan luar juga tidak ketinggalan dapat meningkat serta memberi input dan meransang :
  •  kemajuan akademik 
  • semangat kemasyarakatan dan 
  • kebaikan persekitaran.  
Selain itu banyak kelebihan yang dapat diperoleh daripada Program Pendidikan Luar, antaranya;
  • memberi peluang pembelajaran 
  • memberi cabaran kapada peserta 
  • mendedahkan peserta kepada ilmu menangani bahaya dan risiko 
  • memberi peluang memimpin 
  • melatih diri berdikari belajar berinteraksi antara individu 
  • mengenali, serta menghargai alam sekitar 
  • mendekatkan diri peserta dengan tuhan.

JUSTIFIKASI AKTIVITI

(a) Aktiviti Kembara

Peserta terpaksa merentasi bukit bukau, danau dan sungai. Keadaan ini akan melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan ini akan membentuk mereka untuk menjadi kuat dari segi emosi, jasmani dan zikal. Selain daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terdapat dalam program pendidikan luar, peserta kursus juga berpeluang untuk mengenali serta mengamati jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat di alam semula jadi.

Peserta terpaksa merentasi bukit bukau, danau dan sungai. Keadaan ini akan melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan ini akan membentuk mereka untuk menjadi kuat dari segi emosi, jasmani dan zikal. Selain daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terdapat dalam program pendidikan luar, peserta kursus juga berpeluang untuk mengenali serta mengamati jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat di alam semula jadi.

Aktiviti kembara dapat menyemai nilai-nilai murni seperti:
  • Bekerjasama antara ahli kumpulan
  • Bersyukur dengan kebesaran Tuhan 
  • Memelihara alam sekitar 
  • Berdisiplin 
  • Berdikari 
  • Bekerjasama 
  • Menepati masa 
  • Sabar 
  • Cinlakan negara 
  • Bersikap positif 
  • Kepimpinan 
  • Setia 
  • Kreatif
(b) Aktiviti membaca peta dan kompas

Peserta dapat menganalisa dan mengkaji secara langsung corak struktur muka bumi sesuatu kawasan. Jurulatih yang mempunyai pengetahuan dalam bidang geologi unsur-unsur batuan seperti jenis batuan setempat, dapat menerangkan kepada peserta tentang mineral yang terdapat di sesuatu kawasan. Dalam aktiviti kembara, aplikasi pendidikan matematik seperti mengira menggunakan kos, sin dan tangen boleh digunakan dalam aktiviti mengukur atau mengagak ketinggian. Banyak lagi disiplin ilmu yang boleh diaplikasikan dalam satu program pendidikan luar.

Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti. Antara aspek perlu dikirkan oleh perancang kurikulum pendidikan luar ialah:

(i) Aspek Kognitif
 
Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berkir serta menginterpretasi. Dengan kata lain, pembangunan kognitif melibatkan penjanaan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar membolehkan pelaksanaan pendidikan luar dengan berkesan. Contohnya, sebeIum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik pelaksanaan membawa kepada pelaksanaan yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan zikal tetapi juga kekuatan kognitif. Dengan kata lain, pendidikan luar bukan sahaja memberi latihan zikal tetapi juga unsur kemahiran berkir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti. 

(ii) Aspek kemahiran psikomotor
 
Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Antara aspek kemahiran psikomotor yang perlu difokuskan dalam pendidikan luar ialah:
Imej tubuh:
  • Kawalan objek 
  • Orientasi spatial (ruang) 
  • Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor 
  • Perkembangan kemahiran 
  • Kecergasan
(iii) Aspek afektif

Matlamat utama yang diingini dalam hampir kesemua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, aspirasi dan nilai serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain.

Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar. 

Pendidikan luar menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang dengan berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama secara berkumpulan bagi menjayakan aktiviti zikal. Aktiviti pendidikan luar akan membentuk emosi yang stabil. Contohnya, dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman serta berperanan secara luaran dan dalaman diri.

Pendidikan luar dapat membantu pembangunan sosial. Ia membantu individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur, pendidikan luar berperanan sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial. Penglibatan pelajar di dalam aktiviti fizikal dapat memupuk integrasi antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti fizikal adalah diharapkan negara dapat melahirkan rakyat yang sihat serta menggalakkan integrasi kaum dan mengelakkan perselisihan faham. Penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan sebaya dan mewujudkan perpaduan sesama mereka. 

Tujuan Pendidikan Luar

(a) Tujuan pendidikan Iuar borganlung kopada kolondak ponganjur. Tujuan pendidikan luar perlu menjawab persoalan: Apakah kehendak dan keperluan pondidikan Iuar dianjurkan` Tordapal boborapa kalogori konapa pondidikan Iuar diadakan. Di antara kategorinya ialah:
Pendidikan luar yang bertujuan membina ketahanan zikal. Pendidikan luar ini dilaksanakan bagi melihat keupayaan zikal pesertanya. Peserta dapat membina kekuatan motor serta kemahiran dalam aktiviti zikal. Program pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh badan-badan atau persatuan-persatuan pendidikan luar di peringkat daerah atau negeri. 

(b) Pendidikan luar yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang ilmu pengetahuan dan membentuk disiplin dalam badan beruniform. Dalam pendidikan bercorak ini peserta kursus akan didedahkan kepada ilmu perkhemahan, disiplin dan cara menghormati uniform. Pendidikan luar ini dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah. 

(c) Pendidikan luar yang bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran tradisional di kelas kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak bosan dan boleh berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Pelajar dapat berinteraksi dengan bahan dan keadaan sebenar, contohnya pendidikan luar bagi subjek geogra. Pendidikan luar ini lebih tertumpu kepada aktiviti akademi.

(d) Pendidikan luar yang digunakan untuk membentuk perpaduan. Ia lebih bertumpu kepada aktiviti kerjasama dan berkumpulan. Pendidikan luar ini selalu dianjurkan oleh badan- badan belia dan perpaduan. 

(e) Pendidikan luar yang bertujuan untuk melihat dan mengasah kepimpinan pelajar. Dalam setiap aktiviti pendidikan luar, pelajar akan dipimpin. Ini memupuk dan merangsang sifat kepimpinan dan mempelajari cara kepimpinan. Aktiviti pendidikan luar ini adalah tempat terbaik bagi pelajar mengasah bakat kepimpinan mereka. 

(f) Pendidikan luar yang meneguhkan kepercayaan terhadap kewujudan pencipta alam. Pemerhatian keindahan serta sifat alam semula jadi akan meneguhkan kepercayaan serta rasa kesyukuran terhadap pencipta. Pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh persatuan- persatuan agama. 

(g) Pendidikan luar yang dilihat sebagai jalan terbaik untuk berekreasi. Peserta dapat mengurangkan rasa tertekan dengan menyertai aktiviti zikal yang mencabar. Aktiviti ini dapat mengubah suasana bilik darjah dan rumah kepada suasana lapang dan bebas. 

(h) Pendidikan luar yang merangsang pembentukan sahsiah yang baik di kalangan pelajar. Pelajar ditanam dengan nilai-nilai terpuji. Pendidikan luar ini bertujuan untuk menanam sifat- sifat terpuji serta membentuk sahsiah yang cemerlang.

Aktiviti Pendidikan Luar

Aspek utama yang perlu diperhatikan dengan serius dalam aktiviti pendidikan luar adalah aspek keselamatan. Aktiviti pendidikan luar perlu di rancang dan dilaksanakan mengikut kesesuaian masa, persekitaran serta kemampuan dari aspek kemudahan, peralatan dan kepakaran. Secara keseluruhan aktiviti pendidikan luar perlu dirancang dan dilaksanakan berdasarkan objektif, tujuan dan konsep pendidikan luar.

Secara amnya, terdapat dua aktiviti pendidikan luar yang dilakukan aktiviti air dan aktiviti darat: 

(i) Aktiviti Air

Merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan aktiviti air yang dilakukan sama ada di sungai, tasik dan laut seperti:
  • Berkayak  
  • Snorkelling 
  • Berakit 
  • Keselamatan air
(ii) Aktiviti Darat

Dilaksanakan di kawasan darat sama ada di tepi pantai, di kaki gunung atau di atas gunung. Antara aktiviti darat ialah:
  • Perkhemahan 
  • Kajian alam sekitar 
  • Abseiling 
  • Tracking 
  • Perkhemahan solo 
  • Membina istana pasir 
  • Aktiviti berjalan berhalangan 
  • Orienteering.

RUMUSAN

Pendidikan luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta mempunyai kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek keselamatan dan pendidikan (psikomotor, kognitif dan afektif) sebagai komponen utama. Untuk mencapai objektif yang tersurat dan tersirat, pendidikan luar menggunakan sumber luar bilik darjah. Alam semulajadi bertindak memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap individu. Pendidikan luar meningkatkan kefahaman terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologi serta penghargaan dan tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar.

Pendidikan luar membentuk insan yang mempunyai nilai dan sahsiah yang teguh serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Pendidikan luar juga akan memupuk individu yang dapat menggunakan masa lapang dengan bijak melalui penglibatan dalam kegiatan rekreasi.






Rujukan 

AbduI AIim AbduI Ralim. (1992). Panduan perkhemahan, simpulan dan pioneering, Kuala Lumpur: Fajar Bakti. ModuI Bina Insan Guru. (2OOO). Bahagian pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. 

ModuI Pendidikan Luar. (1993). Balagian Pendidikan Guru Kemenlarian Pendidikan Malaysia. 

IlyIIis Lord. (1981). Principles and practices of outdoor/environmental education. New York: WiIay. C. A. Iovis. (1975). The administration of outdoor education programs. 

Dubuque, IA: Kendall-Hunt. D. R. Hammorman, W. M. Hammorman, & L. I. Hammorman. (1985). Teaching in the outdoors. 

Danville, IL: Interstate. Simon Iriosl. (1986). Redening outdoor education, journal of environmental education, 17(3): 13. 




Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...