Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 7 April 2013

SISTEM SARAF MANUSIA


Sistem saraf manusia menyelaras aktiviti-aktiviti tubuh dengan menghantar masej dalam bentuk impuls sebagai tindakbalas terhadap rangsangan (stimuli). Sistem saraf meliputi seluruh tubuh. 

Sistem saraf manusi terdiri daripada:
  • Sistem Saraf Pusat
  • Sistem Saraf Periferi




SISTEM SARAF PUSAT (CENTRAL NERVOUS SYSTEM/CNS)

Merupakan pusat untuk menerima impuls saraf dari reseptor organ deria untuk ditafsirkan.
CNS meliputi otak dan saraf tunjang (spinal coard)

SISTEM SARAF PERIFERI (PERIPHERAL NERVOUS SYSTEM)
Sistem Saraf Soma
Somatic Nervous System adalah sistem yang mengawal tindakan terkawal (Voluntary Action).
Sistem saraf soma terbahagi kepada dua:
  • Saraf Kranium (Carnial Nerves) – Bertempat di bahagian atas leher yang mengawal aktiviti seperti melihat, menghidu dan mendengar.
  • Saraf Spina (Spinal Nerves) – Bertempat di bahagian bawah leher yang mengawal aktiviti seperti menulis, menari dan berlari.

SISTEM SARAF AUTONOMI
Autonomic Nervous System merupakan sistem yang mengawal tindakan luar kawal (Involuntary Action). Sistem ini mengawal aktiviti seperti rembesen enzaim, bernafas, denyutan jantung dan pencernaan makanan.

Autonomic Nervous System terbahagi kepada dua:
  • Sistem Saraf Simpatetik
  • Sistem Saraf Parasimpatetik

 Perbezaan:
Simpatetik
Parasimpatetik
Membesarkan anak mata
Mengecilkan anak mata
Menahan perembesen air liur
Merangsang perembesen air liur
Mempercepatkan denyutan jantung
Memperlahankan denyutan jantung
Menambahkan tekanan darah
Mengurangkan tekanan darah
Menahan peristalsis
Merangsang peristalsi
  

SARAF DAN NEURON
Saraf
Merupakan tisu khusus berbentuk tali.
Berfungsi untuk mengalirkan impuls dari sistem saraf pusat ke bahagian badan yang lain dan sebaliknya.

Neuron
Merupakan unit asas bagi sistem saraf. Ianya juga dikenali sebagai sel saraf. Satu sel terangsang secara elekterik yang memproses dan memindahkan maklumat melelui isyarat elektrik dan kimia. Isyarat kimia berlaku secara sinaps, satu sambungan khas antara sel. Neuron bersambung antara satu sama lain membentuk rangkaian neural.
Neuron terdiri dari:
  • Badan sel
  • Akson
  • Dendron
  • Dendrit


Tiga jenis neuron:
  1. Neuron Motor – menghantar impuls dari saraf tunjang ke otot.
  2. Neuron Deria/Sensory Neuron – menghantar impuls dari organ ke saraf pusat/CNS
  3. Neuron Perantara/Relay Neuron – menghubungkan neuron deria dengan neuron motor.

SISTEM SARAF PUSAT / CNS

Saraf Tunjang / Spinal Cord
Saraf tunjang ialah bahagian sistem saraf pusat yang terdapat di dalam tulang belakang.
Keratan rentas saraf tunjang menunjukkan jirim kelabu di bahagian tengah dan jirim putih di luarnya. Jirim kelabu terdiri daripada banyak badan sel neuron. Jirim putih terdiri daripada gentian saraf bermeilin.

Fungsi Saraf Tunjang:
  • Bertindak sebagai pusat tindakan reflex.
  • Membolehkan laluan impuls di antara otak dengan sistem saraf periferi.

Otak
Otak merupakan orgam bagi pusat kawalan utama bagi tubuh. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisis maklumat ini kemudian menghantar arahan kepada anggota badan yang mengawal fungsi dan tindakkannya. Otak menyimpan memori lepas dan merupakan pusat bagi fikiran, mood dan emosi.
Otak terbahagi kepada:
  • Serebrum
  • Serebellum
  • Pengkalan Otak (Otak Tengah, Medulla Oblongata,Pons).
Serebrum

Serebrum adalah bahagian terbesar dan disebut dengan nama Cerebral Cortex, Forebrain atau Otak Depan. Serebrum merupakan bahagian otak yang membezakan antara manusia dan haiwan. Serebrum menjadikan manusia memiliki kemampuan berfikir, menganalisis, mengira, berbahasa, kesedaran, mencerna, mengingat dan kemampuan melihat. IQ manusia juga ditentukan oleh kualiti serebrum.

Serebrum terbahagi kepada empat bahagian yang dipanggil lobus. Bahagian lobus yang menonjol disebut gyrus. Keempat lobus ialah: Lobus Frontal, Lobus Parietal, Lobus Occipital dan Lobus Temporal.

Serebrum terbahagi kepada dua bahagian/belahan: Otak Kanan dan Otak KIri. Kedua-dua belahan itu dihubungkan oleh kabel-kabel saraf di bahagian bawahnya. Secara umum, belahan otak kanan mengawal sebelah kiri tubuh dan belahan otak kiri mengawal sebelah kanan tubuh. Otak kanan terlibat dalam aktiviti dan kemampuan artistic sementara otak kiri untuk mengira dan berfikiran rasional.



Fungsi Serebrum:
  • Menerima impuls saraf dan mentafsir impuls.
  • Pusat intelek, ingatan, kewarasan.
  • Pusat kawalan pergerakan.
  • Pusat kawalan deria, pengelihatan, pendengaran, bau, sejuk, sentuhan, panas, tekanan.


Serebellum
Serebellum / Otak kecil terletak di bahagian belakang kepal, berdekatan dengan hujung leher bahagian atas. Serebellum mengawal banyak fungsi automatic otak, antaranya mengawal kelakuan atau kedudukan tubuh, keseimbangan, mengkoordinasi otot dan gerakan tubuh. Serebellum juga menimpan dan menjalankan gerakan automatic yang dipelajari seperti gerakan mengendalikan kereta, gerakan tangan ketika menulis, gerakan mengunci pintu dan sebagainya.

Jika berlaku kecederaan pada serebellum, ianya boleh mengakibatkan gangguan pada sikap dan koordinasi gerak otot. Gerakan jadi tidak koordinasi, contohnya tidak berkemampuan memasukkan makanan ke dalam mulut atau tidak dapat membutang baju.


Fungsi serebellum:
  • Menyelaras pergerakan tubuh.
  • Mengawal keseimbangan badan.


Madula Oblongata
Berfungsi sebagai penyambung saraf tunjang ke otak. Berfungsi sebagai:
Mengawal fungsi automatic tubuh (tindakan luar kawal).
  • Kadar denyutan jantung.
  • Kadar respirasi.
  • Kadar peristalisis.
  • Pengembangan dan pengecutan saluran darah.
  • Batuk, bersin dan muntah.











Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...