Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 7 Februari 2013

Khasiat Bersarapan



Bentuk badan yang kurus dan langsing menjadi idaman setiap wanita terutama mereka yang mengambil berat soal penampilan diri. Justeru ramai wanita hari ini sibuk mengira kandungan kalori setiap kali memeriksa label makanan, sedangkan apa yang mereka perlu titik beratkan ialah mengambil makanan yang memenuhi khasiat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh badan.

Amalan pemakanan yang bijak ialah makan supaya sentiasa sihat bukan makan untuk merampingkan badan. Ini kerana tubuh badan kita memerlukan jumlah protein, karbohidrat, vitamin, mineral dan air yang mencukupi, di samping sedikit lemak untuk kekal sihat. Oleh itu jangan mengurangkan makanan demi merampingkan badan kerana diet yang tidak mencukupi selalunya akan menyebabkan keletihan, kurang bertenaga serta kurang konsentrasi, di mana akhirnya membuatkan seseorang lesu dan pucat lesi.

Bermulalah setiap hari dengan mengambil sarapan yang berkhasiat, seperti bijirin sarapan yang mudah disediakan dan membantu anda menjadi ramping dan sihat. Ramai tersilap anggap, dengan tidak mengambil sarapan dapat mengurangkan kalori makanan mereka. Sekiranya mereka bertabiat tidak mengambil sarapan pagi, lazimnya mereka akan mengambil makanan berlebihan ketika makan tengah hari dan pada waktu-waktu lain. Amalan ini tentunya tidak sihat dan mengakibatkan mereka akan menambah jumlah kandungan kalori dan jumlah lemak yang diambil di dalam masa satu hari.

Meninggalkan sarapan pagi adalah tidak baik untuk kesihatan kerana, selepas semalaman tanpa makan, akan menyebabkan kandungan glukosa dalam darah menjadi rendah di sebelah pagi. Kandungan glukosa yang rendah di dalam darah boleh membawa kepada pelbagai masalah fisiologi dan fizikal seperti pening, pitam, lesu, lenguh, sakit-sakit badan, mudah marah dan sering dihantui dengan perasaan bimbang.

Memilih sarapan yang berkhasiat pada setiap pagi adalah sangat penting bagi menghasilkan diet seimbang. Bijirin sarapan pagi dengan susu adalah pilihan paling ringkas dan lengkap bagi orang dewasa yang menjalani kehidupan yang agrasif dan aktif. Mereka yang makan bijirin untuk sarapan pagi akan mendapat lebih banyak bekalan vitamin, mineral dan serat. Sarapan pagi akan menyediakan 25% daripada jumlah kalori atau tenaga harian. Kunci kesihatan yang baik dan mengidamkan tubuh badan yang ramping ialah penjagaan diet harian yang sempurna, kerap melakukan senaman sedarhana, serta rehat dan tidur yang secukupnya. Diet yang seimbang juga akan memberi tenaga untuk berkerja secara optimum sambil menjadikan sesorang itu sentiasa ceria dan seksi.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...