Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 3 April 2012

SAINS SUKAN



Hari ini, sukan menjadi satu bidang penting bukan sahaja satu bentuk aktivit untuk kesihatan semata-mata tetapi lebih daripada itu telah berkembang sebagai satu industri.

Sukan kini dilihat sebagai aktiviti merentas sempadan negara dan benua, alat perpaduan dan hubungan antarabangsa serta perniagaan komersial yang menguntungkan.

Di sebalik semua itu, perlu diketahui bahawa antara faktor penting kejayaan perkembangan sukan ialah penggunaan sains dan teknologi.



Imej sukan menjadi lebih berprestij kerana faktor sains yang membawa kepada peningkatan prestasi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan perkembangan cabang-cabang sains sukan termasuk perubatan, pemakanan dan penganaliaan.

Tiga pihak yang perlu melihat kepentingan sains sukan ialah jurulatih, pentadbir dan ahli sukan itu sendiri.




Di negara ini, semuanya mendapat perhatian daripada Institut Sukan Negara (ISN) yang beribu pejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai penyelaras aktiviti sukan dan badan penting dalam memajukan bidang sukan.

Pengurusan yang cekap, atlet berbakat sahaja tidak mencukupi dalam meningkatkan martabat sukan sehingga mencapai peringkat membanggakan sekiranya tidak disokong dengan peralatan canggih yang berteknologi tinggi.

Kemudahan sukan yang serba lengkap, pengurusan yang menitikberatkan pendekatan sains dan teknologi antara pelengkap resipi kejayaan atlet.

D ngan kemudahan berteknologi tinggi, ianya boleh member banyak menafaat kepada system latihan dan boleh mengesan tahap latihan optimum bagi mengelakkan kecederaan atlet.



Penggunaan sains sukan akan dapat menentukan jumlah dan jenis pemakanan yang diambil oleh atlet bergantung kepada jenis sukan yang diceburi.

Konsep latihan yang diterapkan oleh jurulaih yang boleh ditentukan bergantung kepada keupayaan seseorang atlet.



Hari ini, setiap pasukan permainan, satu kumpulan sokongan berprestasi tinggi yang mengandungi kepakaran pelbagai cabang sains sukan seperti fisiotrapi, pakar pemakanan dan pakar motivasi telah memainkan peranan yang sangat penting di dalam sesuatu pencapaian.

Namun begitu, sains sukan bukanlah jamianan kejayaan atlet sebaliknya ia bergantung kepada faktor lain termasuk kompisisi badan dan juga kecergasan selain teknik dan tektik seorang jurulatih.



Selain itu, penarapan system latihan dalam usia muda lebih sesuai sekiranya mereka telah mempunyai minat dan disusuli dengan penggunaan sains sukan pada tahap optimum.


Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...