Apa itu kejurulatihan?
- Process yang terancang untuk membantu seorang individu atau kumpulan atlet mempelajari sesuatu kemahiran dan mencapai matlamatnya
- Jurulatih mewujudkan keadaan yang sesuai untuk merangsang pembelajaran dan motivasi atlet
- Kejurulatihan sukan melibatkan 4 aspek iaitu :
- Fizikal, Teknik, Taktikal dan Psikologikal
- Kejurulatihan memerlukan pelbagai kemahiran :
- Merancang , mengurus , melatih , menilai , berkomunikasi , membuat keputusan dan sebagainya
Kepentingan jurulatih yang berpengetahuan
- Latihan yang berlandaskan prinsip – Prinsip Latihan
- Aplikasi ilmu sains sukan
- Penguasaan Teknik yang betul
- Menjauhi kejadian kecederaan
- Latihan yang terancang untuk memuncak pada masa yang sesuai
- Mengelakkan kejadian kesan-kesan negatif
- Mengekalkan motivasi untuk latihan yang lebih mencabarkan
- Autokratik (memerintah)
- Laissez-faire (lebih bebas)
- Demokratik (perbincangan)
- Behavioristik
1. Gaya Kejurulatihan Autokratik
Berdasarkan rujukan dan kefahaman
saya autokrasi adalah satu cara mengurus atau memerintah atau mentadbir dengan
kuasa mutlak kepada seseorang. Dalam hal organisasi sekolah cara urus tadbir
seseorang Pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan cara autokrasi adalah
seorang pentadbir yang mengurus sekolah tanpa menerima pandangan sesiapa. Apa
sahaja yang diarahkan semua guru dan staf mesti akur, jika tidak tindakan disiplin
akan diambil oleh beliau. Dalam pengurusan atau pentadbiran sekolah
kadang-kadang seorang pentadbir harus juga menggunakan kuasa mutlak atau
autokrasi dalam menggerakkan guru-guru dan staf terutamanya kumpulan yang
merasakan diri mereka selesa dan tidak mahu menerima perubahan walhal perubahan
yang dibawa membawa kebaikan.
2. Gaya Kejurulatihan Laissez-faire
Laissez-faire secara amnya
difahami sebagai satu mengurus atau mentadbir yang menjamin kebebasan kepada
individu. Dipandang dari satu sudut cara ini memberi ruang untuk individu lebih
kritis dan kreatif. Dalam pengurusan di sekolah cara ini boleh diamalkan tetap
tidak kepada semua guru dan staf, kerana dikhuatiri ada yang akan mengambil
kesempatan ke atas kebebasan yang diberikan. Kebebasan yang diberikan bukan
bermakna untuk mereka bertindak sewenangnya hingga membawa keburukan kepada
organisasi Cara ini mungkin boleh ditadbir urus oleh pengetua atau guru
besar kepada key personel tertentu seperti Guru Penolong Kanan atau Ketua
Panitia. Kebebasan diberikan kepada mereka yang faham akan tugas sebenar mereka
dalam ertikata lain penurunan kuasa supaya mereka lebih bebas dan dengan
sendirinya lebih kreatif Kesimpulan dalam mengurus tadbir organisasi
sekolah, ketiga-tiga gaya kepimpinan harus digunakan oleh Pengetua atau Guru
Besar berdasar situasi dan masa yang bersesuaian. Setiap satu gaya kepimpinan
ini ada kebaikan dan keburukannya dan ia sebenarnya terpulang kepada individu
bagaimana hendak mentadbir urus berdasarkan situasi, guru-staf dan masa.
3. Gaya Kejurulatihan Demokratik
Demokrasi pula pada pemahaman
saya adalah satu bentuk pemerintahan yang mengamalkan cara mengurus secara
demokratik, dimana setiap seuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti,
jika dalam hal negara ditentukan rakyat jelata. Bertepatan dengan asal
perkataan ini ( Yunani ) yang bermaksud rakyat dan memerintah atau
lebih tepat lagi Diperintah oleh rakyat. Dalam pengurusan atau
pentadbiran sekolah saya banyak mengamalkan cara ini, agar guru-guru dan staf
merasakan pandangan mereka diterima, dan secara tidak langsung mereka akan
mempunyai semangat kekitaan atau kepunyaan. Dari sini diharapkan mereka akan
menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Kebanyakan tindakan
diambil berdasrkan keputusan mesyuarat, ini bermakna pandangan semua pihak
diambil kira.
4. Gaya Kejurulatihan Behavioristik
Menurut teori behavioristik,
adalah perubahan tingkah laku sebagai akibat dari adanya interaksi antara stimulus dan
respon. Dengan kata lain, belajar merupakan bentuk perubahan yang dialami
siswa dalam hal kemampuannya untuk bertingkah laku dengan cara yang baru sebagai
hasil interaksi stimulus dan respon. Seseorang dianggap telah belajar
sesuatu jika ia dapat menunjukkan perubahantingkah laku. Sebagai contoh,
anak belum dapat berhitung perkalian. Walaupun ia sudah berusaha giat,
dan gurunya sudah mengajarkannya dengan tekun, namun jika anak tersebut belum
dapat mempraktekkan perhitungan perkalian, maka ia belum dianggap
belajar. Karena ia belum dapat menunjukan perubahan perilaku sebagai
hasil belajar.
Gaya Kepimpinan Jurulatih
Jurulatih adalah orang yang
menjalankan tugas melatih, mrngajar dan membimbing, Jurulatih sukan merupakan
individu yang bertanggungjawab melatih altlet dan pasukan sukan supaya prestasi
meningkat dan berpeluang untuk menang apabila bertanding. Jurulatih mempunyai
peranan dan pengaruh yang kuat terhadap pemain atau altlet, perancangan dan
pelaksanaan latihannya mempengaruhi prestasi pemain.
Untuk menjadikan seseorang
jurulatih berjaya menyampaikan segala teknik dan taktik permainan sesuatu
sukan, jurulatih perlu:
- Mengenali diri sendiri tentang
- Kekuatan dan kelemahan diri
- Kejayaan yang diperolehi
- Kekecewaan yang dialami
- Ilmu pengetahuan dan pengalaman
- Mengenali atlet sendiri
- Mengenalpasti bakat dan mengasah bakat
- Membataskan hubungan jurutatih-atlet
- Sedar dari segi pencapaian, komitmen, objektif, kecerdasan dan emosi, pemikiran, rakan dan keluarga, pemakanan, kesihatan dan masalah diri.
- Pengetahuan tentang sukan yang diceburi
- Meningkatkan pengetahuan tentang permainan, teknik, tektik dan strategi sukan yang diceburi.
Sifat-sifat jurulatih yang
baik
- Berpersonaliti
- Stabil emosi
- Tegas & berani
- Yakin diri
- Berobjektif
- Demokratik
- Berfikiran terbuka dan jujur
- Fleksibel
- Futuristik
- Rasional
- Kreatif
- Boleh menyesuaikan diri
- Berfalsafah
- Komited
Jurulatih yang baik juga perlu
berpengetahuan dan berkebolehan tentang :
- teknik dan taktik permainan
- pembinaan program latihan
- kaedah pengajaran, menganalisis dan menilai permainan
- struktur dan organ badan (anatomi)
- fungsi kesan tubuh manusia (fisiologi)
- kesan pemakanan terhadap attet
- pencegahan dan rawatan kecederaan
- proses dan reaksi pembelajaran motor
- psikologi kemanusiaan dan sosial