Tidur adalah penting untuk
tumbesaran otot.
Malah, ia juga penting untuk
pembakaran lemak.
Tidur yang kurang akan
meningkatkan tahap stress.
Ini akan mendorong kepada
peningkatan rembesan hormon kortisol.
Mudah kata, hormon ini banyak
mendatangkan kesan yang kita tidak mahu apabila mengejar tumbesaran otot dan
pembakaran lemak.
Ada satu lagi perkara yang
menyebabkan kita gemuk, dan ia berkaitan dengan psikologi manusia.
Jika malam tersebut kita tidur
lewat, keesokan harinya berkemungkinan besar menyebabkan kita rasa ingin
memakan secara berlebihan ataupun memakan makanan-makanan segera.
Ia turut berkait dengan perasaan
tekanan dan keletihan.
Ada satu kajian (meta-analisis) yang
diterbitkan oleh European Journal of Clinical Nutrition yang mengatakan
bahawa apabila seseorang itu tidak mendapat tidur yang cukup, mereka akan
memakan sebanyak 385 kalori (lebih kurang) pada hari berikutnya.
Situasi begini
dipanggil partial sleep deprivation. Kurang tidur di sini dikatakan hanya
tidur 4-5 jam sahaja.
Kenapa Jadi Begini?
Ada beberapa teori yang terlibat
dalam kajian ini.
Apabila anda kurang tidur, ia
akan mengaktifkan satu bahagian pada otak anda yang berkait dengan pemberian
ganjaran, dalam hal ini ialah makanan (terutama makanan yang menggemukkan).
Gangguan pada kitaran tidur anda
juga akan mengganggu pengimbangan regulasi hormon-hormon seperti hormon leptin
dan ghrelin.
Leptin adalah hormon kekenyangan
manakala ghrelin adalah hormon kelaparan.
Subjek-subjek yang terlibat dalam
kajian ini lebih cenderung kepada pemakanan tinggi lemak dan mereka juga kurang
mengambil protein apabila kekurangan tidur.
Dalam kajian lain pula mengatakan
bahawa individu yang kekurangan tidur (kurang daripada 5 jam sehari) mengalami
pengurangan hormon testosterone.
Kesan daripada pengurangan ini
boleh membawa kepada kelemahan ciri-ciri lelaki, kekurangan tenaga, tahap
keletihan yang tinggi, malah mengurangkan jisim otot dan meningkatkan
penyimpanan lemak.
Untuk pengetahuan anda,
subjek-subjek yang terlibat dalam kajian ini pula adalah dalam kalangan 20an di
mana pada waktu ini, testosterone mereka berada pada tahap tinggi.
Kekurangan tidur telah menurunkan
tahap hormon itu sebanyak 10-15%. Bayangkan apa yang berlaku pada golongan
berumur lebih dewasa yang semula jadi memiliki kadar rembesan testosterone yang
lebih rendah.
Rujukan
Shugart C. (25 February 2017),
Tip: The Bad Habit That Makes You Overeat, T-Nation, [accessed online] https://www.t-nation.com/living/tip-the-bad-habit-that-makes-you-overeat
[accessed on 26 February 2017].
H K Al Khatib, S V Harding, J
Darzi, G K Pot. The effects of partial sleep deprivation on energy balance: a systematic
review and meta-analysis. European Journal of Clinical Nutrition, 2016
R. Leproult, E. Van Cauter.
Effect of 1 Week of Sleep Restriction on Testosterone Levels in Young Healthy
Men. JAMA: The Journal of the American Medical Association, 2011; 305 (21):
2173
Erin C. Hanlon, Esra Tasali,
Rachel Leproult, Kara L. Stuhr, Elizabeth Doncheck, Harriet de Wit, Cecilia J.
Hillard, Eve Van Cauter. Sleep Restriction Enhances the Daily Rhythm of
Circulating Levels of Endocannabinoid 2-Arachidonoylglycerol. SLEEP, 2016