Lemak tepu telah menjadi viral
tidak baik kepada dunia kesihatan.
Namun, setiap jenis nutrisi jika
diambil secara berlebihan pastinya ada kesan sampingan.
Biasanya, lemak tepu dikaitkan
dengan penyakit jantung.
Masalah jantung tersumbat,
kegagalan jantung, strok, dan lain-lain.
Ini berlaku dengan pengambilan
lemak tepu secara berlebihan.
Lemak tepu bermaksud setiap atom
karbon bergabung dengan atom hidrogen.
Berbeza dengan lemak tidak tepu,
ada atom karbon yang tidak diturut bersama dengan atom hidrogen.
Apa yang bagusnya tentang lemak
tepu adalah kestabilannya berbanding lemak tidak tepu.
Kestabilan ini menjadikan lemak
tepu tidak mudah menjadi radikal bebas.
Lemak tidak tepu lebih mudah
menjadi radikal bebas, dan ini boleh mendorong kepada komplikasi-komplikasi
lain.
Lemak tidak tepu juga lebih mudah
rosak apabila terdedah pada haba, oksigen, dan cahaya.
Lemak tepu mempunyai kesan
positif terhadap pengimbangan hormon badan kita.
Mereka yang memakan lemak tepu
mempunyai tahap testosterone bebas dalam darah yang lebih tinggi berbanding
mereka yang tidak memakan lemak tepu.
Kenapa ini penting?
Mereka yang mempunyai
testosterone yang tinggi mempunyai kebolehan untuk membina otot dengan lebih
baik serta kadar pemulihan terhadap kecederaan turut meningkat.
Tidak lupa juga kepada kekuatan
dan penampilan mereka, seperti keintiman anda bersama pasangan anda juga
membara.
Asid lauric banyak terdapat dalam
minyak kelapa, merupakan lemak tepu dan kelapa dara mengandungi asid lauric
yang sangat tinggi.
Asid lauric dipercayai mampu
mencegah jangkitan kuman dan mengurangkan keradangan, iaitu boleh meningkatkan
tahap imun tubuh.
Jangan pandang lemak sebagai
komponen jahat hanya kerana namanya lemak.
Namun anda perlu kawal
pengambilan setiap komponen pemakanan anda.
Rujukan: John Meadows, 12
November 2010, The Truth About Saturated Fat, T-Nation